Thursday, July 30, 2009

Selamat Belajar

Selamat belajar diucapkan kepada pelajar baru Program Persediaan.

Saturday, July 11, 2009

KRISIS UMAT ISLAM MINORITI

Pada hari ini, umat Islam minoriti di serata dunia dinafikan haknya. Krisis yang terbaru adalah di China.Tetapi para pemimpin Islam tidak mampu menolong saudara seagama yang ditindas. Apakan daya kita...



Namun demikian, apa yang positif, sejak krisis ini meletus, ramai orang mula sedar bahawa terdapat ramai umat Islam di Negeri China termasuk Etnik Ughir ini tetapi berita-berita lain tentang mereka tidak pula kita ketahui kecuali sekadar apa yang dipaparkan oleh agensi berita bukan Islam. Di kala inilah kelihatan peranan agensi berita milik umat Islam sendiri amat penting untuk menyalurkan maklumat dan memfokuskan berita untuk kepentingan Islam. Apa yang berlaku pada mereka sebenarnya, secara terperinci, apa bantuan yang mereka perlukan, bagaimana kedudukan mereka dalam sistem politik China dan sebagainya tidak kita ketahui. Kita hanya bersimpati... itulah daya yang ada.

Sekian.

Friday, July 10, 2009

Kursus Jurulatih Bestari dan Sambutan Hari Lahir




Tanggal 6 hingga 10 Julai merupakan tarikh-tarikh yang pada mulanya agak merimaskan.Apakan tidak kerana terpaksa meninggalkan pejabat, rumahtangga, anak isteri dan lain-lain untuk tempoh 5 hari 4 malam iaitu sehingga menjangkau ke hari Jumaat, hari cuti bagi negeri tempat tinggal saya.Namun demikian, digagahkan juga diri ini untuk memenuhi kewajipan itu demi melengkapkan ilmu dan kemahiran dalam mengendalikan kursus-kursus sekolah bestari selepas ini.Kalau sebelum ini kursus-kursus tersebut dikendalikan secara agak kurang tersusun dan kabur namun selepas ini diharapkan ia akan lebih jelas, teratur dan berkesan.
Hasrat itu telah mula dirasai sebaik sahaja masuk hari kedua kursus.Segala masalah tentang kursus Bestari sebelum ini kelihatan agak terungkai dengan beberapa siri penerangan dan perbincangan dari fasilitator.Keseronokan makin terserlah apabila beberapa kemahiran baru hasil perkongsian maklumat dari fasilitator dan rakan peserta kursus diperolehi sedikit demi sedikit.Pertambahan rakan dan kenalan sekerja juga merupakan satu unsur yang menyeronokkan.Tenggelamlah sudah sedikit sebanyak kerimasan dan kekaburan sebelum ini.
Suatu kelainan yang agak mengejutkan kali ini ialah sambutan Hari Lahir dua orang peserta kursus yang dilaksanakan secara mengejut dan spontan oleh urusetia dan pihak hotel membuatkan para peserta begitu teruja sekali.Tahniah kepada pihak urusetia diatas keperihatinan dan kebijaksaan itu.Dalam pada kita menjalankan tugas, unsur-unsur kemanusiaan, sosial, hubungan inter personal dan intera personal perlu juga diambil kira dan dititik beratkan.Tahniah kepada urusetia dan orang yang diraikan. Hal ini perlu turut difikir dan diikuti juga oleh urusetia-urusetia lain di jabatan lain.Semoga hidup kita ceria kerja kita juga sempurna.