Wednesday, August 28, 2013

HIMPUN PUASA ENAM DAN PUASA QADHA'

Himpun puasa enam dengan puasa qadha


Soalan; Adakah harus menghimpunkan niat puasa enam hari di bulan Syawal dengan puasa Qadha’ iaitu satu puasa untuk dua niat/tujuan?

Jawapan;

Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah (Mufti Mesir sekarang) dalam buku himpunan fatwanya menjelaskan; “Jika seseorang itu mampu menunaikan puasa Qadha yang tertanggung atasnya terlebih dahulu kerana berbuka pada bulan Ramadhan, kemudian setelah itu ia menunaikan puasa enam, maka itu yang paling baik (afdhal) kerana Rasulullah SAW bersabda;

“Hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas RA)

Dalam pada itu, harus dihitung puasa enam dari puasa Qadha yang dilakukan dalam bulan Syawal mengikut pandangan mazhab Syafi’ie. Namun yang paling baik ialah mengasingkan kedua-duanya (yakni dilakukan berasingan) untuk mengelak pertikaian dari pandangan mazhab lain (yang tidak mengharuskannya) di samping dapat memperbanyakkan amal soleh. Dan harus juga ia mendahulukan puasa enam hari dalam bulan syawal dan menunaikan puasa qadha pada bulan-bulan yang lain (selepas syawal) sebelum
tiba Ramadhan berikutnya

Monday, August 19, 2013

SOALAN KKP PIM3108 PPG KOHORT 2 SEM JUN-NOV 2013

SOALAN KKP UTK PIM3108 PPG KOHORT 2

Salam. Sila download KKP dari link di atas utk mendapatkan soalan KKP PIM3108 bagi Pelajar Sem. 4 PPG Kohort 2 IPGKKB.Taklimat bagi KKP ini telah diberikan dlm interaksi pada 17hb Ogos 2013. Sila patuhi taklimat tersebut dlm menjalankan tugasan ini.

Anda tidak akan dpt download soalan ini jika menggunakan talian internet Kementerian Pelajaran. TQ