Friday, April 18, 2014

Wirid brjamaah slpas solat

Wirid brjamaah slpas solat
Pandangan al-Imam as-Syafie tentang zikir selepas solat dilakukan secara berjemaah atau secara sendiri-sendiri..

Kata al-Imam al-Syafi’i dalam kitab utamanya al-Umm الأم:
وأختار للامام والمأموم أن يذكرا الله بعد الانصراف من الصلاة ويخفيان الذكرَ إلا أن يكون إماما يُحِبُّ أن يتعلّم منه فيجهر حتى يُرى أنه قد تُعُلِّمَ منه ثم يُسِرّ
(Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan)

Adapun mengenai hadith Ibn ‘Abbas:
إنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi s.a.w”.

Al-Imam al-Syafi’i menjelaskan seperti berikut:
وأحسبه إنما جهر قليلا ليتعلّم الناس منه وذلك لأن عامة الروايات التي كتبناها مع هذا وغيرها ليس يذكر فيها بعد التسليم تَهليلٌ ولا تكبير، وقد يذكر أنه ذكر بعد الصلاة بما وصَفْتُ، ويذكر انصرافَه بلا ذكر، وذكرت أمُّ سلمةَ مُكْثَه ولم يذكر جهرا، وأحسبه لم يَمكُثْ إلاّ ليذكرَ ذكرا غير جهْرٍ. فإن قال قائل: ومثل ماذا؟ قلت: مثل أنه صلّى على المنبر يكون قيامُه وركوعُه عليه وتَقهْقَرَ حتى يسجدَ على الأرض، وأكثر عمره لم يصلّ عليه، ولكنه فيما أرى أحب أن يعلم من لم يكن يراه ممن بَعُد عنه كيف القيامُ والركوعُ والرفع. يُعلّمهم أن في ذلك كله سعة. وأستحبُّ أن يذكر الإمام الله شيئا في مجلسه قدر ما يَتقدم من انصرف من النساء قليلا كما قالت أم سلمة ثم يقوم وإن قام قبل ذلك أو جلس أطولَ من ذلك فلا شيء عليه، وللمأموم أن ينصرفَ إذا قضى الإمام السلامَ قبل قيام الإمام وأن يؤخر ذلك حتى ينصرف بعد انصرافِ الإمام أو معه أَحَبُّ إلي له.
(Aku berpendapat baginda menjelaskan suara (zikir) hanya seketika. Untuk orang ramai mempelajarinya dari baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini , atau selainnya tidak menyebut selepas salam tahlil dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang-kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut duduk baginda (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda zikir secara terang. Aku berpendapat baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak terang. Jika seseorang berkata: Seperti apa? . Aku katakan: Seperti baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua. Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Umm Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya).
RUJUK: Al-Syafi'i,Mausu‘at al-Imam al-Syafi'i: Al-Umm موسوعة الإمام الشافعي, 1/353. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi (2000).

Wednesday, August 28, 2013

HIMPUN PUASA ENAM DAN PUASA QADHA'

Himpun puasa enam dengan puasa qadha


Soalan; Adakah harus menghimpunkan niat puasa enam hari di bulan Syawal dengan puasa Qadha’ iaitu satu puasa untuk dua niat/tujuan?

Jawapan;

Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah (Mufti Mesir sekarang) dalam buku himpunan fatwanya menjelaskan; “Jika seseorang itu mampu menunaikan puasa Qadha yang tertanggung atasnya terlebih dahulu kerana berbuka pada bulan Ramadhan, kemudian setelah itu ia menunaikan puasa enam, maka itu yang paling baik (afdhal) kerana Rasulullah SAW bersabda;

“Hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas RA)

Dalam pada itu, harus dihitung puasa enam dari puasa Qadha yang dilakukan dalam bulan Syawal mengikut pandangan mazhab Syafi’ie. Namun yang paling baik ialah mengasingkan kedua-duanya (yakni dilakukan berasingan) untuk mengelak pertikaian dari pandangan mazhab lain (yang tidak mengharuskannya) di samping dapat memperbanyakkan amal soleh. Dan harus juga ia mendahulukan puasa enam hari dalam bulan syawal dan menunaikan puasa qadha pada bulan-bulan yang lain (selepas syawal) sebelum
tiba Ramadhan berikutnya

Monday, August 19, 2013

SOALAN KKP PIM3108 PPG KOHORT 2 SEM JUN-NOV 2013

SOALAN KKP UTK PIM3108 PPG KOHORT 2

Salam. Sila download KKP dari link di atas utk mendapatkan soalan KKP PIM3108 bagi Pelajar Sem. 4 PPG Kohort 2 IPGKKB.Taklimat bagi KKP ini telah diberikan dlm interaksi pada 17hb Ogos 2013. Sila patuhi taklimat tersebut dlm menjalankan tugasan ini.

Anda tidak akan dpt download soalan ini jika menggunakan talian internet Kementerian Pelajaran. TQ

Thursday, May 9, 2013

Kerja Kursus j-Qaf Kump 5 ambilan 2013

Lihat surat peringatan dlm emel masing2 bermula ahad ini.

Friday, January 25, 2013

Jawi translater UKM

Boleh cuba kongsi link ini utk translate tulisan rumi ke jawi

Thursday, October 25, 2012

Berkongsi Pahala Korban, Korban Dua Dlm Satu Dan Upah Dgn Daging Korban

Seseorang dibenarkan berkorban dan berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian daripada tujuh bahagian itu. Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah. Lalu Abu Ayyub menjawab: “Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain.” (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya no: 1425). * Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban. Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberi menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu. Ali r.a berkata, Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1317). * Tidak boleh berkongsi haiwan korban bagi ibadah korban dan akikah. Ada segelintir umat Islam yang menggabungkan ibadah korban dan akikah dengan menggunakan formula dua dalam satu. Hal ini sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sabit daripada Rasulullah. Syaikh Abu Muhammad ‘Ishom bin Mar’i dalam kitabnya Ahkamul Aqiqah berkata: “Dalam masalah ini pendapat yang benar adalah tidak sah menggabungkan niat akikah dengan korban. Sebab akikah dan korban adalah ibadah yang berbeza jika ditinjau dari segi bentuknya dan tidak ada dalil yang menjelaskan sahnya mengerjakan salah satunya dengan niat dua amalan sekali gus. Sedangkan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah dan Allah tidak pernah lupa.

Tuesday, October 2, 2012

SOALAN PROJEK PIM3110 PGSR AMBILAN 2008

Sila klik link ini pula untuk mendapatkan Soalan Kerja Kursus Projek PIM3110 Penilaian Dalam P.Islam. Download dan simpan dalam komputer anda.Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ust. Ahmad Fahmy b. Mohd Arshad

Wednesday, September 19, 2012

SOALAN KKBI PROJEK PIM3109 UTK PGSR 2009

Salam peserta kursus PGSR Pend. Islam ambilan 2009. Untuk download soalan KKBI PIM3109, sila klik tajuk post di atas. Bahan ini diupload dlm format zip. Sila extract sebelum membacanya.Internet KPM tidak dapat membuka link ini. Oleh itu, gunakan talian internet alternatif lain.Apa-apa persoalan, sila ajukan kepada Ustazah Isma. TQ

Sunday, September 16, 2012

KKBI PIM3114 FIQH

Khas utk siswa/siswi PGSR P.Islam Ambilan 2008, sila klik TAJUK POST DI ATAS utk mendapatkan soalan KKBI PIM3114 Pengajian Fiqh Sem.8

Saturday, September 8, 2012

Menyumbang Untuk Pembangunan Pendidikan Negara



Alhamdulillah, sudah boleh balik setelah 6 hari berada di ibu kota untuk memberi sumbangan tenaga dan kemahiran kepada pembangunan pendidikan negara. Ya Allah, Engkau masukkanlah sumbanganku ini sebagai sebahagian dari ibadat yang akan menjadi hujjah bagiku di akhirat nanti. Syukur

Monday, February 27, 2012

Salam. Dah 7 hari bercuti, tapi tak byk juga urusan keluarga yg tertangguh dpt dibereskan. Byk masa digunakan untuk menguruskan kehadiran baby baru yg merupakan anugerah Allah setelah sekian lama memanjatkan doa agar dikurniakan "boy". Syukur dgn kehadiran "boy" anugerah Allah ini dan syukur juga dengan kehadiran "girls" sebelum-belum ini. Penantian 18 tahun.
Jadual pencerapan KPLI j-QAF pun byk yg tertunggak, kelas PISMP pun byk juga, tetapi apa nak buat, dah aturannya begini.
Tak apa, kita qada' balik apa yg tertunggak. Bersedia untuk berkorban.

Monday, February 20, 2012

Kaunseling Syari'e: Setiap Manusia Mempunyai Qarinnya (Pendampingnya)

Kaunseling Syari'e: Setiap Manusia Mempunyai Qarinnya (Pendampingnya): Q arin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang di...