Saturday, November 21, 2009

Siapa Ahlu Sunnah Wa al-Jamah

Dalam soal aqidah, Ahlu Sunnah Wa al-Jamaah ini difahami sebagai golongan yang berlawanan dengan golongan Muktazilah, Qadariah, Jabariah, Syiah dan sebagainya. Mereka sering digelar sebagai "puak sunni".

Tetapi kadang-kadang, dalam perbincangan kita di Malaysia, ahlu sunnah wa al-jamaah digambarkan sebagai kumpulan yang menolak pandangan-pandangan lain selain dari mazhab syafie.

Salah satu negeri di Malaysia pula menggelar merekalah yg sebenarnya berpegang dengan fahaman ahli sunnah wa al-jamaah kerana mereka berpegang dengan sunnah rasulullah dlm beribadah, tidak berpegang sepenuhnya kepada satu mazhab khususnya mazhab syafie sahaja.

Apakah maksud sebenar bagi istilah ini. Adakah maksudnya berbeza apabila skop atau konteksnya berbeza ? Istilah ini sebenarnya berkaitan dengan sejarah perkembangan pemikiran, aqidah dan ibadah umat Islam selepas kewafatan Rasulullah. Sekian.

Ahli Sunnah Wa al-Jamaah.

Assalamualaikum.

Bising satu Malaysia pasal Ahlu Sunnah Wa al-Jamaah. Wahabi, beragama tanpa mazahab dan sebagainya. Sebenarnya perkara ini sudah lama berputar dalam kehidupan muslim di Malaysia, cuma mungkin ianya dalam "penjenamaan yang berbeza" seperti "kaum muda, kaum tua, golongan pondok, muslim moderate" dan seumpamanya.

Sebenarnya, bagi memudahkan pemahaman, saya kategorikan fahaman ini kepada dua atau tiga sahaja iaitu pertama, yang berpegang dengan amalan tradisi di nusantara yang menerima pakai amalan tahlil arwah, tunggu kubur, selawat berdiri dan berjamaah, solat teman dan seumpamanya. Kelompok kedua pula menolak amalan-amalan sedemikian dan mengambil serta menerima pakai amalan-amalan (ibadat) yang di perkenalkan oleh Rasulullah sahaja secara terpilih.

Cuma sedikit perubahan kini kerana kelihatan seolah-olah muncul kumpulan yang lebih rigid dari kumpulan kedua tadi iaitu menambah lagi penolakan mereka terhadap berbagai-bagai perkara-perkara yang masih boleh diterima oleh kumpulan kedua.

Ada di kalangan kita sekarang ini menerima pakai keharusan untuk menjamakkan solat w/pun jarak perjalanan tidak sampai dua marhalah, menerima pakai Mazhab Hanbali dengan mengatakan tidak batal wudhu w/pun bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita dalam keadaan biasa, wirid selepas solat dengan senyap, tidak membaca qunut dlm solat subuh dan sebagainya. (berada dalam kumpulan yang berlainan)

Pendapat ketiga ini kelihatan lebih bercampur-campur antara mazhab dan inilah sebahagiannya menggelar diri mereka "tidak mazhab".

Pihak berkuasa agama di Malaysia dilihat agak keberatan untuk mengizinkan suasana ini terus berleluasa dlm masyarakat kerana dibimbangi nanti akan membawa perpecahan masyarakat. Mana-mana ustaz yang menyampaikan kuliah agama yang mempunyai unsur-unsur di atas dinasihati agar berpaksikan Mazhab Shafie dalam kuliah mereka agar perpecahan itu tidak semakin melebar.

Nyata dari realti yang ada, pemikiran kedua dan ketiga di atas tidak boleh dikembangkan bukan kerana ianya salah tetapi kerana tidak sesuai dan tidak serasi dengan amalan setempat sahaja.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sendiri memperakui bahawa "Wahabi itu tidak difatwakan sebagai ajaran sesat dan ia diamalkan di Arab Saudi. Imam-imam Masjidil Haram pun Wahabi, kalau mereka dihukum sesat, habislah kita.


Dari sini timbul beberapa persoalan yang sering diperkatakan orang :

1. Sampai bila masyarakat kita tidak boleh didedahkan dengan pendapat-pendapat dari mazhab lain. Kalau dikatakan pemikiran masyarakat kita masih belum sampai ke tahap itu, ya tetapi sebahagian sahaja. Sebahagian lagi sudah mampu berfikir di luar dari kotak pemikiran lama.

2. Siapa itu ahli sunnah wa al-jamaah. Jika dikatakan ahli sunnah wal jamaah itu ialah orang yang mengikut sunnah, siapa sebenarnya yg mengikut sunnah dalam hal ini.

3. Sering kedengaran, " kita tak ikut mazhab syafie , kerana kita pengikut "ahli sunnah wal jamaah". Persoalannya adakah mazahab-mazhab lain itu bukan ahli sunnah wal jamaah.

4. Berbaloi ke umat Islam bertegang dalam hal ini (fiqh ibadat) sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlukan perhatian kita bersama, khususnya dalam aplikasi hukum syariah (muamalat, jenayah, siasah dll) dalam kehidupan masyarakat.

Setahu saya ahli sunnah wal jamaah ini adalah mazhab dalam aqidah, bukan mazhab dalam ibadah. (Maafkan saya jika silap) Ahli sunnah wa al-jamaah menolak fahaman Qadariah, Jabariah, Muktazilah, Syiah dan sebagainya. Hari ini, khususnya di negara-negara lain mereka disebut "puak sunni"

Wallahuaklam, sekadar menulis dengan ilmu yg amat sedikit.

Wednesday, November 11, 2009

Adab Pelajar Terhadap Guru

Apabila bercakap tentang adab pelajar terhadap guru, rata-rata masyarakat akan mengaitkan resam masyarakat Malaysia di era sebelum dan pasca merdeka dalam menuntut ilmu khususnya dalam konteks pengajian di pondok atau rumah guru-guru al-Quran.

Sorotan sedimikian ada logiknya kerana budaya di era itu amat menekankan adab menghormati para guru. Peredaran zaman, suasana dan kepentingan semasa telah merubah segalanya. Guru-guru kini kurang dihormati. Kehebatan mereka tidak lagi dirasai.

Para pelajar dahulu amat menjaga adab terhadap gurunya. Duduk mereka untuk menuntut ilmu adalah duduk yang selayaknya selaku seorang yang ingin berguru, bukan lagak bagai seorang yang alim. Mereka juga tidak meninggikan suara melebihi suara gurunya tanpa sebarang keperluan. Tetapi kita lihat hari ini, pelajar berani menengking guru, malah di tempat saya beertugas dahulu, ada pelajar membaling kerusi kearah guru. Ada pula sesetengah pelajar mentertawakan guru sedangkan fenomena ini tidak berlaku dalam era pendidikan dahulu.

Seringkali pula pelajar asyik bercakap semasa sesi pengajaran, menyampuk di sana sini, proses pengajaran tentu sekali terganggu, sedangkan sepatutnya mengikut adab Islam, pelajar hendaklah mengurangkan percakapan semasa belajar, khususnya percakapan antara sesama sahabat rakan sepelajarannya. Percakapan hanya sekadar apa yang perlu sahaja.,

Satu keadaan lagi yang kurang menyenangkan adalah pelajar tidak menumpukan sepenuh perhatian, apatah lagi untuk duduk dengan tenang dalam majlis ilmu. Mereka sering berpaling sana-sini, tanpa memberi perhatian apa yang diterangkan oleh guru. Sepatutnya sebagai adab seorang pelajar, mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diperkatakan oleh guru. Hal ini kadang-kadang meruntuhkan semangat seorang guru untuk menumpukan perhatian terhadap p & p khususnya terhadap pelajar bermasalah.

Para pelajar djuga isarankan agar mengelakkan diri dari terlibat dengan kesibukan lain yang menghalang proses pencarian ilmu seperti 'direct selling' dan sebagainya. Sebab itu institusi-institusi pendidikan menghalang para mahasiswanya terlibat dengan sebarang aktiviti perniagaan.

Para pelajar juga perlu membersihkan jiwa dari segala sifat mazmumah sebagai persediaan untuk menerima ilmu khususnya ilmu al-Quran yang suci itu. Pepatah Arab ada menyebut,
" Dibersihkan hati untuk menerima ilmu sebagaimana dibersihkan sawah untuk penamanan".

Bagaimanakah agak untuk mengembalikan suasana pembelajaran yang cukup menghormati guru sebagaimana yang sering dibanggakan di era sebelum ini khususnya dalam konteks pengajian pondok dan pembelajaran al-Quran di zaman-zaman sebelum tanah air merdeka. Sama-samalah kita fikirkan. Sekian, sekadar mencetuskan satu isu untuk terus dibincangkan.

Thursday, October 29, 2009

Hafazlah al-Quran. Ia mempunyai seribu kelebihan

Menghafal al-Quran perlu dijadikan budaya hidup. Hafalan boleh dimulakan dari surah-surah pendek, bukan dimulai dari surah al-Baqarah. Kelebihannya juga banyak, tidak terhitung. Terdapat dua hadis di sini yang sering dijadikan rujukan sebagai galakan menghafal al-Quran.
حافظ القرآن رفيع المنزلة عالي المكانة ففي الحديث :"مثل الذي يقرأ القرآن وهو حافظ له مع السفرة الكرام البررة
فقد روى الترمذي (2914) وأبو داود (1464) عن عبد الله بن عمرو عن النبي صلى الله عليه وسلم قال :" يقال لصاحب القرآن اقرأ وارتق ورتل كما كنت ترتل في الدنيا فإن منزلتك عند آخر آية تقرأ بها " والحديث صححه الألباني في السلسلة الصحيحة (5/281) برقم 2240 ، وقال بعده :
( واعلم أن المراد بقوله : " صاحب القرآن " حافظه عن ظهر قلب

Ingat Kemudian Lupa, Berdosa ?

Anda sering lupa ayat-ayat hafazan yang sudah dihafal. Takut berdosa jika terlupa ayat-ayat yang telah dihafal. Sila baca petikan ini.
فأنت يا أخي عليك بتعلم القرآن على الإخوان المعروفين بإجادة قراءة القرآن حتى تستفيد وتقرأ قراءة صحيحة. أما ما يعرض لك من النسيان فلا حرج عليك في ذلك، فكل إنسان ينسى، كما قال عليه الصلاة والسلام: ((إنما أنا بشر مثلكم أنسى كما تنسون)) وسمع مرة قارئا يقرأ فقال: ((رحم الله فلان لقد أذكرني آية كذا كنت أسقطتها)) أي أنسيتها، والمقصود أن الإنسان قد ينسى بعض الآيات ثم يذكر، أو يذكره غيره، والأفضل أن يقول: ((نُسِّيت)) بضم النون وتشديد السين، أو: أنسيت، لما ورد أنه صلى الله عليه وسلم قال: ((لا يقولن أحدكم نسيت آية كذا بل هو نسي)) يعني أنساه الشيطان، أما حديث: ((من حفظ القرآن ثم نسيه لقي الله وهو أجذم)) فهو حديث ضعيف عند أهل العلم لا يثبت عن النبي، والنسيان ليس باختيار الإنسان وليس في طوقه السلامة منه، والمقصود أن المشروع لك حفظ ما تيسر من كتاب الله عز وجل، وتعاهد ذلك، وقراءته على من يجيد القراءة حتى يصحح لك أخطاءك.

Sunday, October 18, 2009

Golongan-golongan manusia yang mendapat doa malaikat

Assalamualaikum.

Terdapat 11 golongan manusia yang mendapat doa malaikat. Tetapi di sini hanya tersenarai 6 golongan sahaja yang berkaitan dengan solat. Baki 5 lagi adalah berkaitan dengan yang lain.

6 golongan tersebut adalah :

1. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.''

2. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

3. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

4. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

7. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

8. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.


Berikut adalah diantara mereka yang mendapat doa malaikat. Adakah kita tergolong daripadanya? Wallahualam.

Saturday, October 17, 2009

Demi Tugas

Assalamualaikum.

Seminggu dua ni asyik tiada di stesyen saja. Mengiringi kumpulan mahasiswa/i sepenuh masa dalam lawatan mereka, mesyuarat di trg dan KL. 3 kali lipat, sampai nak tengok rumah tangga pun tak sempat. Selama satu mlm anak isteri bergelap kerana sistem pendawaian rosak, tak tahu nak baiki. Akhirnya saya baiki melalui telefon shj. Pakai remote katakan..... tapi tak apa kerana dlm kesusahan ada kesenangan. Itu janji Allah. Lagi pun sesiapa yg bertugas demi agama, kerana Allah, ganjarannya tidak terhitung.

Walau dalam keletihan mengiringi lawatan, ada kelebihan juga.

Dalam ke sana ke mari menyiapkan dokumen pengiktirafan, ada kesenangan juga. Biarlah... apa pun tugas mesti dilaksanakan dengan tekun. Sabda Rasul : Sesungguhnya Allah amat suka apabila seseorang itu melaksanakan tugas, dia laksanakannya dengan tekun. Bukan hadiah lumayan dan harapan tinggi yang saya, pasukan saya dan semua yg terlibat dlm usaha ini harapkan. Ccuma selepas ni ... , terutama selepas grad nanti, penat jerih kami dihargai. Ye lah.... bukan senang untuk mendapatkan pengiktirafan ijazah yang para pelajar akan genggam itu.Tapi entahlah...

Ujian hafazan dah berlangsung, tetapi..... .

Bagi kumpulan dlm perkhidmatan pula, last minit begini, bila kursus nak tamat, baru nak tanya itu-ini. Dulu tak tanya... mungkin mereka belum mengenali secara mendalam lagi. Tak apa, pertemuan sekejap itu akan membuahkan perkenalan yg berpanjangan.Kita saling bertukar ilmu dan pengalaman.

Bagi kumpulan LPBS pula, yg sedang berada di medan, maaf kerana perjumpaan bulanan tak sempat untuk saya hadir. Agak renggang rasanya, Walau satu kali pun, tak sempat saya nak bersama dalam perjumpaan-perjumpaan yg dibuat itu, kerana asyik dgn usaha dan mesyuarat untuk mendapat pengiktirafan kpd pengajian kumpulan yg sepenuh masa di atas yang tak berkesudahan. Namun begitu alhamdulillah, kerja kursus nampak macam penuh je rekod penghantarannya. Tahniah.

Bagi kumpulan adik-adik PP, dah 3 minggu tak ketemu, insyaAllah, dlm minggu depan akan adalah perjumpaan.Kita bincang, mcm mana urusan seterusnya.

Terima kasih kpd semua pengunjung terutama yg membuat coretan positif dlm blog ini.

Sekian. 12.37 mlm 17 Okt 09