Saturday, January 9, 2010

Hijrah: Diantara Keazam, Kepercayaan Dan Kejayaaan

Maal Hijrah tiba lagi. Setiap tahun umat Islam diajak untuk bersama-sama mengimbau kembali ,sejarah peristiwa yang membentuk dua era iaitu pra dan pasca hijratul rasul. Peristiwa ini penting kerana membentuk tempoh transisi dari dakwah secara sulit kepada dakwah secara terang-terangan, fokus agama dalam akidah dan ibadah kepada muamalah siasah dan jinayah, dari dakwah kepada kaum kerabat kepada dakwah untuk kominiti yang lebih besar dari era dicela kepada era terbela. Hijrah telah membentuk dakwah Rasulullah kepada dua period. Ini bererti hidup kita juga mesti hendaklah dirancang dan diatur kepada period-period tertentu yang setiap satunya mempunyai aturan dan target tersendiri. Sebagai contoh, seseorang itu perlulah membahagikan usianya kepada era mencari ilmu, bekerja, berkahwin, berumah tangga dan sebagainya dengan target dan aturan tertentu.


Dalam menentukan aturan dan target ini, setiap insan tidak boleh hanya menerima apa yang ada dan terus-menerus dengan indoktrinasi sedia ada. Kita mesti menyemai sepenuh keyakinan dan kepercayaan bahawa kita mampu dan kita boleh mencapai apa yang kita aturkan. Jika tidak begitu, manakan boleh Islam telah berjaya membentuk sebuah negara selepas peristiwa hijratul rasul. Dengan hijrah ini, umat Islam di kala itu telah memperoleh satu kekuatan baru, percaya kepada diri sendiri dan yakin dengan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah. Jika umat Islam di kala itu terus dengan kelemahan, kehinaan dan indoktrinasi sedia ada sebagaimana yang diwarisi di tanah Mekah tentu sekali Islam tidak mampu memenuhi dua pertiga muka bumi ini sebagaimana sebagaimana sekarang.


Contoh mudah dalam konteks ini ialah gajah dengan rantainya. Dia boleh memutuskan rantai yang diikat di kakinya dengan belalai yang kuat itu tetapi tidak dilakukan kerana semasa kecil ia telah berulang kali mencubanya namun tidak berjaya. Ibunya juga begitu, terus patuh kepada gembala walaupun badannya besar dan mampu untuk memutuskan kerana telah diindoktrinasikan bhw ia tidak boleh.




Contoh yang amat baik untuk kita lihat adalah keyakinan Sultan Muhammad al-Fateh untuk membuka Kota Constantinople. Baginda yakin dengan janji Nabi Muhammad yang bermaksud Kota Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang ketua (Islam) yang baik, tentera yang baik dan mempunyai rakyat yang baik.


Dengan keyakinan itu baginda merancang sejak remaja lagi, dengan fasa-fasanya tersendiri untuk membentuk diri menjadi pemimpin yang baikentera yang baik dan memeimpin rakyat yang baik. Semuanya di atur dengan penuh strategi berbekalkan semanngat 'Yakin Boleh" kerana Rasulullah telah berjanji dengan kejayaan itu untuk umat Islam. Akhirnya Baginda berjaya walau pun dengan penantian selama 800 tahun.


Adakah kita umat Islam akan terus dengan indoktrinasi sedemikian. Tentu sekali tidak dan tidak dan tidak boleh. Oleh itu marilah kita mengubah nasib kita dan umat kita. Marilah kita mengambil iktibar dari hijrah dengan keluar dari kepompong sedia ada, membentuk azam dan kepercayaan baru bahawa kita boleh.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT MEMULAKAN SESI PENGAJIAN 2010

Selamat meneruskan pengajian untuk semua yang masih mengaji secara formal. PISMP P.Islam ke Sem. 7, KDC KPLI memasuki sesi praktikum, PPISMP P.Islam memasuki Sem. 2 Persediaan. Anak-anak di bangku sekolah, selamat memasuki penggal pertama 2010. Semoga maju jaya.

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Hebat !. Itulah yang bleh dikatakan untuk sambuatn tahun baru 2010. Tapi sehebat mana kita semua msayarakat Islam menyambut ketibaan tahun hijrah !. Sekian dimaklumkan.

Sunday, December 20, 2009

Family Holiday

Bercuti ke selatan tanah air, Kenal tempat orang bertambah pengalaman. Fa siiruu fil ardhi.... melupakan sekejap ketegangan, mengambil udara segar sepanjang pesisir Pantai Timur Semenanjung. Menghirup bayu monsun timur laut sepanjang perjalanan dari Pekan ke Mersing melalui Kuala Rompin, Nenasi danEndau . Tapi perkara yang agak mengecewakan, kebanyakan masjid berkunci pagarnya. Di satu masjid tu, waktu solat asar pun, masih berkunci, maknanya jemaah tak ada. Macamana boleh jadi gini sedangkan masjid besar lagi cantik. Entahlah. Terima kasih kepada Keluarga Ust. Zulkifli/Ustazah Isma yang menjadi sahabat sepanjang perjalanan. Lain kali kita fikir ke destinasi lain pula. Ke luar negara ?, Beijing, Morocco, Abu Dhabi ?

Wednesday, December 9, 2009

Beban Guru

Pihak KPM menjawab keluhan guru dengan menyatakan bahawa guru perlu menerima hakikat bahawa beban menulis buku rekod mengajar, menyemak buku latihan pelajar adalah sebahagian tugas guru. Kalau itulah yang dimaksudkan beban tugas guru, tidaklah guru merungut kerana memang mereka sedar itu tugas hakiki mereka.

Apa yang mereka sifatkan beban itu ialah kerja kerja lain. Suka saya menarik perhatian kpd pengalaman saya. Bila hampir tiba musim peperiksaan, saya terpaksa bertugas sebagai buruh mengatur kerusi meja peperiksaan jika pelajar sudah tiada atau pulang. Jika mereka ada, bolehlah minta tolong mereka siapkan, itu pun "serak dan pedih tekak" untuk mengendalikan mereka. Tukar mentol lampu jika ada yang tidak berfungsi dengan baik. Jika ada kerosakan major, amat susah untuk meminta pekerja sekolah membantu. Semua pihak saling tolak menolak untuk meminta tolong mereka agar tidak "terhutang budi" dengan pekerja, kena belanja makan.Pekerja pun satu hal, jika tak belanja makan, mereka kata kedekut kerana dirasainya ini bukan tugas dia. Tugas dia hanya tugas yg rutin dia lakukan shj. Kebersihan bilik peperiksaan dan kelengkapannya seperti pembesar suara dan seumpamanya perlu disediakan sendiri.

Bila tiba musim sukan, guru-guru dilihat bertungkus lumus membuat "line" di padang samada pagi mahu pun petang. Minyak hitam utk buat line, cari sendiri, muat dlm kereta sendiri. Kadang-kadang memesin sendiri rumput di lokasi gelanggang. Alasannya, pekerja sudah ada kerja rutinnya, tak sempat nak buat kerja-kerja berkala ini.

Bagi guru agama pula, kebersihan surau sekolah kena jaga sendiri, kena cuci karpet dengan vacum cleaner sendiri atas alasan bukan tugas pekerja untuk jaga premis khas ini. Dengan kata lain "coverage" mereka tidak termasuk dlm hal-hal kebersihan surau. Kolah air sembahyang kena pakat-pakat dengan pelajar utk mencucinya. Saya pernah bawa peralatan sendiri utk membaiki kemudahan surau kerana makluman saya kpd pihak atasan sering dilupai. Panjat tangki air sendiri utk baiki sistem bekalan air dan sistem pembesar suara dan sebagainya.



Pada satu peristiwa, seingat saya seorang guru sains disindir oleh pihak atas kerana "Taman Sains" yang diletakkan di bawah pengurusan makmal sains naik rumput panjang Apalah cikgu tu boleh buat,kerana pekerja sekolah tidak mesin rumput itu. Terpaksalah guru tu "merumput" sendiri pagi tu.



Suatu ketika dulu saya turun dari rumah jam 4 pagi. Untuk apa, semata-mata kerana nak nyalakan api dapur utk masak bubur asyura bersama beberapa org rakan setugas.13 kawah asyura nak dimasak kerana pihak atas nak buat pertandingan.Kalau ditanya utk apa ini semua, jawabnya demi pendidikan. Terfikir saya, org kerja bank, org kerja hospital, org kerja pejabat imigresen,,kastam ada ke semua ini. Di mana nak letak kerja utama mereka jika sentiasa menyibuk dengan kerja sebegini. Tapi kalau utk guru ,maka keluarlah madah... cubalah kerja dengan ikhlas, demi pelanggan kita, anak didik kita. Kenapa pekerja bank tak dikata begini " alahai dah jam 4.30 bank dah tutup !, buka lah lagi, ikhlaslah, demi pelanggan kita". Di mans nak letak tugas utama kita kalau sentiasa menyibukkan diri dengan tugas yg entah berantah ini.

bersambung....

Kuasa Mengambil Dan Membuang Guru.

Timbalan Menteri Pendidikan, Dr. Puad Zarkasyi dilihat begitu mengambil berat tentang mutu guru. Baru-baru ini beliau bercakap tentang Guru Sembrono dan kini bercakap pula tentang tajuk di atas. Tahniah kepada YB Timbalan Menteri diatas kepekaan ini. Saya sebagai seorang yang telah teribat dengan arena perguruan ini selama lebih 15 tahun dan biasa mengendalikan unit-unit penting di sekolah serta kini terlibat secara langsung dalam latihan perguruan, amat bersetuju jika pihak kementerian ingin mengambil berat fenomena 'Guru Sembrono' ini.

Bilangan guru yang mengabaikan tugas, tidak bersungguh-sungguh dalam tugas, dilihat menjadi duri dalam daging kepada pihak sekolah. Ada sesetengah sekolah saling bertukar-tukar guru-guru ini supaya semua sekolah dapat merasai susah senang memiliki guru-guru seperti ini. Jika tindakanin ingin diambil, banyak pula prosedur dan masalahnya maka pihak pentadbir pendidikan mengambil langkah menukar ke sana-kemari setiap tahun atau dua tahun sekali. Itu pun kalau boleh. Sampai bila pun masalah ini akan berkekalan dalam sektor pendidikan, walau ke sekolah mana pun mereka ditukarkan.

Oleh itu, jika YB Timbalan Menteri berhasrat untuk merangka strategi baru dalam menangani masalah ini, ia amat dialu-alukan. Biarlah 'rambut tidak putus, tepung tidak berselerak'. Pastikan duri tidak mencucuk daging tuannya.

Jika hendak diberi kuasa kepada pengetua dan guru besar mebuat pengambilan guru, sistemnya perlulah betul-betul teruji agar masalah kroni tidak timbul. Begitu juga dengan masalah pembuangan guru, biarlah masalah 'bimbang', dan seumpamanya tidak berlaku. Kita percaya pihak KPM akan melaksanakan kebijaksanaannya dalam hal ini.

Cuti Dan Tugas

Setiap kali tiba musim cuti sekolah, kesibukan dalam menjalankan kelas-kelas toturial semakin meningkat. Peningkatan tersebut dirasai berganda pada tahun ini kerana kemasukan lebih banyak pelajar melalui berbagai-bagai program latihan perguruan. Kesan langsung daripada kepelbagaian itu maka makin bertambahlah sesi-sesi toturial yang perlu diselesaikan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Selain dari sesi-sesi toturial yang bersimpang-siur itu, sesi mesyuarat dan bengkel pernyiapan dokumen MQA juga turut sama merebut masa dan meraih tenaga yang ada. Habis tamat persiapan akhir datang lagi persiapan akhir yang lain. Sudah berapa kali 'akhir' dah, namun masih tak siap-siap. Pada satu keadaan, keluar rumah dalam suasana hari masih gelap, jam 11 malam masih berada di pejabat demi akreditasi anak-anak PISMP. Dikatakan ini adalah persiapan terakhir, rupanya datang lagi yang lagi akhir. Buatlah lagi kami yang entah berapa kali 'akhir' ini buat kesekian kalinya. Semoga ia betul-betul akhir. Namun apa yang dirasai ialah apabila ia sudah dibuat berulang-ulang kali dan diubah serta diminta secara mengejut, dokumen-dokumen yang disediakan selama ini telah ber'tukar-takir' dan 'bercampur-gaul' tak tahu mana yang latest mana yang tidak, maka mutu dokumen yang disediakan tidaklah sangat memuaskan hati.

Bagi kelas-kelas toturial pula, saya cukup berhati-hati agar tidak mahu ada mana-mana bahagian yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh pelajar tidak sempat membincangkan sehingga menjejaskan mutu praktikum yang akan pelajar lalui. Dari pengalaman lepas, dapat saya simpulkan bahawa tertinggalnya beberapa aspek dalam toturial menyebabkan seperti penulisan hasil pembelajaran, pengukuhan dan penulisan jurnal tidak dapat disedia dan dilaksanakan dengan baik oleh pelajar. Untuk membetulkan keadaan ini, beberapa sesi lawatan yang memakan masa berminggu-minggu perlu diisi dengan melatih pelajar membetulkan keadaan yang kurang memuaskan itu. Masa dan tenaga akan kerugian dan kita akan terkejar-kejar di saat-saat akhir.

Selesai sesi toturial ini, suatu 'family holiday' perlu dijayakan agar segala ketegangan, stress dan tension dapat 'dikendurkan'. Insya-Allah, Johor Bharu menjadi destinasi. Disana nanti, kita 'menziarahi' Danga Bay, Pantai Mersing, Kota Tinggi, Pontian dan sebagainya.