PENDAHULUAN
Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989. Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 (www.moe.gov.my). Jadi secara amnya kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi mencapai matlamat pendidikan (Buku Laporan Kabinet,1979, dipetik dari Abdullah Sani, 2005: 144). Oleh itu amat pentinglah kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah, matlamat pendidikan, dan wawasan negara. Disamping itu, persoalan yang perlu dijawab di sini ialah sejauhmanakah kehendak-kehendak tersebut dilaksanakan di sekolah-sekolah agar mampu memenuhi tuntutan asalnya.
PERANAN KURIKULUM
Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa kearah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform (Abdullah Sani, 2005:145-146).
Semua sekolah yang terdapat dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah wajib menggunakan Kurikulum Kebangsaan tersebut. Bagi sekolah swasta, mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan handaklah diajar di sekolah tersebut. Kurikulum Kebangsaan meliputi mata pelajaran yang dapat menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid selepas menamatkan persekolahan. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran berhak melakukan penambahan, pegubahan atau pindaan ke atas Kurikulum Kebangsaan dari semasa ke semasa apabila merasakan perlu melakukan demikian. Setiap sekolah dikehendaki menyediakan murid-muridnya untuk menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
KEHENDAK-KEHENDAK KURIKULUM KEBANGSAAN
Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994: 100).
Kursus pengajian dan pakej elektif yang ditawarkan di peringkat sekolah rendah adalah berdasarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang mula dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 1983. KBSR ini dibentuk berasaskan kepada Laporan Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Pendidikan peringkat rendah menekankan perkembangan menyeluruh dalam bidang intelek, rohani, dan jasmani. Hal ini membolahkan pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui pengalaman secara langsung. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan pelajar secara aktif bagi membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis.
Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, “Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M)”. KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).
Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan.
Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1 hingga tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran yang ditawarkan diperingkat ini adalah merupakan pelajaran ‘teras’ iaitu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan (Abdullah Sani, 2005: 174-175).
Kursus pengajian dan pakej elektif bagi peringkat sekolah menengah pula adalah berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah menengah pada tahun 1989. KBSM ini juga dibentuk berlandaskan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam Perakuan 58, Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menyatakan “adalah diperakukan bahawa kurikulum peringkat menengah rendah hendaklah berupaya perkembangan daripada kurikulum sekolah rendah iaitu memperkukuhkan lagi pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan pra vokasional (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).
Matlamat pendidikan sekolah menengah adalah bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) bagi melahirkan insan yang seimbang, harmoni, dan berakhlak mulia. Pada peringkat menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga 3, mata pelajaran dibahagikan kepada kumpulan teras dan kumpulan tambahan. Mata pelajaran kumpulan adalah wajib dipelajari oleh semua pelajar.
Dalam Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat ini ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa Cina, Tamil, dan Arab. Mata pelajaran tambahan ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan pelajar (Abdullah Sani, 2005: 175-178). KBSR dan KBSM digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Semua warga pendidikan diharap akan berganding bahu dan berusaha dengan gigih agar FPK dapat dicapai demi kemakmuran negara kita Malaysia. Andai semua pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing FPK pasti memberi kesan yang diharapkan. Bagi melihat kesan FPK yang ketara, kita mungkin perlu menunggu masa satu atau dua generasi kehidupan (www.myschoolnet.ppk.kpm.my/perkelab).
PELAKSANAAN KURIKULUM DI SEKOLAH
Kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan berlandaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang bertitik tolak daripada Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Namun demikian, adalah menjadi suatu kesilapan sekiranya kita mempunyai kehendak-kehendak kurikulum yang baik tetapi tidak mampu dilaksanakan dengan jayanya dan bertentangan dengan objektif sebenar. Menyentuh kepada sejauhmanakah kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan dapat dilaksanakan disekolah agak sukar untuk diukur. Selalunya pengukuran tahap sejauhmana kurikulum sekolah boleh dinilai dari segi objektif, skop, mutu pegawai terlibat (khususnya guru), kebolehan para pelajar, kepentingan setiap mata pelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya (Ee Ah Meng,2003).
Secara amnya, penyeliaan dan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu melibatkan program utama yang merupakan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, program sokongan dan juga program sampingan ( Abdullah Sani, 2005: 146-172). Dalam program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada dua bidang utama iaitu bidang organisasi dan bidang pengajaran dan pembelajaran. Terdapat lima aspek yang dinilai dalam bidang organisasi iaitu melalui penilaian prestasi, peranan panitia mata pelajaran, iklim kelas, penyeliaan latihan dalam pengajaran serta profil murid. Manakala bidang pengajaran dan pembelajaran mencakupi pengajaran dan pembelajaran, penyampaian isi pelajaran, persediaan bahan pengajaran dan penggunaanya, akhir pelajaran dan teknik soal jawab.
Penilaian prestasi dilaksanakan bagi menentukan sejauhmana objektif-objektif pelajaran telah dicapai, dengan kata lain sejauhmanakah pelajar telah memahami pelajaran dan mampu mengaplikasikannya dalam situasi baru. Dalam situasi ini, guru boleh menjalankan sesi kuiz yang ringkas untuk menentukan aras kefahaman mereka. Dalam kelas KBSR, penilaian dijalankan pada tiga peringkat iaitu penilaian serta merta, penilaian kemajuan dan penilaian pencapaian (Ee Ah Meng, 2003:148). Biasanya, setiap sekolah mempunyai Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan yang bertujuan untuk menyelaras Perlaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah (PKSM) yang bertanggungjawab dalam merancang, mentadbir, melapor dan mengambil tindakan susulan dengan segala hal yang berkaitan dengan penilaian prestasi.
Untuk memantapkan lagi sistem perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah, panitia mata pelajaran juga ditubuhkan. Mesyuarat dan perkembangan ikhtisas panitia diadakan sekurang-kurangnya diadakan empat kali setahun dan mereka bertanggungjawab dalam memperoleh sukatan pelajaran baru yang telah dikemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia, memilih dan mencadangkan buku rujukan dan bahan bacaan tambahan untuk para guru, menyelaras soalan-soalan ujian, mengkaji dan menyelaras keputusan peperiksaan pelajar dan sebagainya. Penentu perlaksanaan kurikulum seterusnya ialah iklim kelas kerana ia banyak mempengaruhi kesungguhan guru dan pelajar mejalankan tanggungjawab masing-masing. Penyeliaan Latihan Dalam Pengajaran juga dilaksanakan terutamanya pemeriksaan dan penyemakan kerja-kerja bertulis perlu dilakukan sama ada penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan penyelaras tingkatan. Biodata dan maklumat lengkap murid juga perlu diambil kira bagi memudahkan perlaksanaan pengurusan organisasi sekolah.
Dalam program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran, terdapat satu bidang lagi yang terkandung selain bidang organisasi iaitu pengajaran dan pembelajaran. Selalunya perlaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan keberkesanan perlaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis bagi mempertingkatkan mutu pengajaran guru dalam bilik darjah supaya pendidikan yang diberi dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek. (Ibrahim Mamat, 2001:184) Penyampaian isi pelajaran oleh guru juga mesti berpandukan perancangan yang telah dibuat dan menepati langkah-langkah pengajaran dari awal hingga penutup. Di samping itu, alat bantu mengajar juga perlu disediakan dan apabila tamat pengajaran perlulah dibuat rumusan. Selain itu, teknik soal jawab diadakan bagi mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan guru.
Program sokongan merangkumi Program Kecemerlangan Akademik yang bertujuan untuk mempertingkatkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik bagi mempertingkatkan kecemerlangan sekolah. Selain itu terdapat Program SALC untuk SPM, Program Ulang Kaji Kendiri dan Program Tunas Cemerlang.
Manakala program sampingan meliputi Program Pengurusan Pelajar, Program Membaca dan NILAM, Program Celik Komputer, Pameran dan Pertandingan serta Jawatankuasa Kurikulum Sekolah yang akan diulas dengan lebih lanjut lagi mengenai tanggungjawab dan fungsi jawatan ini dalam melaksanakan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah.
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah merupakan sebuah badan professional yang ditubuhkan bagi mengetahui dan memahami bidang tugas masing-masing contohnya panitia matapelajaran serta mempertingkatkan lagi perananya di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui penyeliaan pencerapan. Peranan utama jawatankuasa kurikulum sekolah adalah merancang perlaksaan program jangka panjang dan jangka pendek peringkat sekolah yang dirancang bagi menentukan pencapaian kurikulum serta mengemukakan dan membincangkan kaedah-kaedah perancangan dan pengelolaan kuriulum dan aktiviti kurikulum tambahan. Melalui peranan inilah jawatankuasa kurikulum mampu mengalas kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan.
Menurut Abdullah Sani (2005), KBSR terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap satu yang mencakupi murid tahun satu hingga tiga dan tahap dua pula meliputi murid tahun empat hingga enam. Pada tahap ini penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan dan ia bukan sahaja oleh guru Pendidikan Moral atau Pendidikan Agama Islam, malah perlu diterapkan dalam matapelajaran yang lain di samping pemupukan budaya ilmu, sains dan teknologi. Malah penekanan-penekanan terhadap perpaduan negara, pemupukan budaya keusahawanan, pendedahan konsep pengantarabangsaan, peningkatan dan pengukuhan Bahasa Melayu, penumpuan terhadap bidang teknik dan vokasional, serta penekanan dalam pembangunan negara juga perlu dipraktikkan dalam proses pengajaran dalam mata pelajaran bagi peringkat KBSR dan KBSM. (Ee Ah Meng, 1996:122-124) Sebagai contoh, bagi meningkatkan pengukuhan perpaduan negara, mata pelajaran Sejarah telah diberi fokus yang baru. Unsur patriotisme dan perasaan kekitaan telah diserapkan ke dalam mata pelajaran sejarah dan setiap pelajar wajib mengambil mata pelajaran ini. Di peringkat sekolah rendah, pelajar mengambil matapelajaran Kajian Tempatan yang mengandungi komponen Sejarah.
Selain itu, Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat KBSR dan KBSM ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa Cina, Tamil, Arab dan yang terbaru adalah Bahasa Iban. Hal ini penting bagi memupuk semangat cintakan bahasa ibunda agar ianya tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.
Berbalik kepada perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah terutamanya membabitkan matapelajaran-matapelajaran dalam KBSR dan KBSM seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan sebagainya, guru merupakan individu penting yang melibatkan diri dalam beberapa perkara. Pertama, guru akan mentafsir sukatan pelajaran dan perlu mengetahuai sukatan terbaru melalui buku panduan khas serta mampu mengaplikasi objektif-objektif yang hendak di sampaikan. Kedua, guru hendaklah meninjau bagaimana isi pelajaran hendak disampaikan dan seterusnya perlu memikirkan bagaimana aktiviti-aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan. Selepas itu, beliau membuat perancangan pengajaran, menjalankan pengajaran dan kemudian menilai pengajarannya. (Ee Ah Meng, 2003:140-149)
Buat masa ini, keberkesanan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum amat bergantung pada pemerolehan kemahiran akademik. Namun agar sukar bagi kita untuk menilai sejauhmanakah kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan ini benar-benar dilaksanakan secara menyeluruh atau komprehensif di sekolah pada masa kini kerana penilaian melalui indeks-indeks tertentu tidak mencukupi untuk mengambarkan keadaan sebenar perlaksanaan kurikulum di negara kita. Ditambah lagi dengan pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelbagai pihak terutamanya melibatkan pihak sekolah yang menyebabkan ia terpaksa berfungsi di bawah beberapa batasan, menyukarkan lagi perlaksanan kurikulum di sekolah. Namun lazimnya, sesuatu kurikulum yang telah siap disusun, ia akan dilaksanakan dan dicuba di sekolah-sekolah setempat dan melalui percubaan perlaksanaan ini akan memberi maklum balas kepada perancang-perancang kurikulum. Apabila wujudnya kelemahan-kelemahan tertentu, maka isi kurikulum itu akan diubah supaya memenuhi keperluan pelajar.
PENUTUP
Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah. Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini. Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus Sekolah., PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. 1996. Pendidikan Di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng.2003. Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (semester 1), Selangor: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ibrahim Mamat,2001. Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Internet. http// www.moe.gov.my
I Internet. http// www.myschoolnet.ppk.kpm.my/perkelab
Laporan Jawatankuasa Kabinet. 1979. Mengkaji Pelaksanaan Dasar, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Daud Hamzah, 1994. Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
S. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls, 1987. Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka.
Allah berfirman : Cahaya di atas cahaya, Allah memberikan cahayaNya (hidayahNya) kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Friday, September 24, 2010
Misi Pendidikan Rasulullah
Oleh Panel PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
ADALAH menjadi salah satu tanda keagungan Allah SWT dan kemukjizatan Rasul-Nya SAW, walaupun sudah lebih 1400 tahun Baginda SAW meninggalkan kita, tetap akan ada sejumlah individu, kumpulan dan organisasi yang berusaha untuk menyambung misi perjuangan Rasulullah SAW.
Tinggal lagi, mungkin kerana keluasan skop misi perjuangan Rasulullah SAW, kita dapati, kalaupun mereka ini sama bersemangat untuk menyambung misi perjuangan beliau, akhirnya bentuk amal Islami yang terhasil akan berbeza-beza pendekatan dan acuan penghayatannya.
Antara pendekatan-pendekatan utama yang dapat kita perhatikan ialah pendidikan, kebajikan, politik, dakwah, kerohanian, ekonomi dan termasuk juga jihad bersenjata.
Dalam kepelbagaian 'jalan' yang dipilih, perlu rasanya dibuat penegasan bahawa misi utama dan teras kepada perjuangan Rasulullah SAW adalah pendidikan. Malah tidak salah dikatakan bahawa dimensi pendidikanlah yang lazimnya menjadi penentu kualiti dan keberkesanan sudut-sudut lain perjuangan warisan Nabawi.
Keutamaan pendidikan dan pendidik sebagai misi utama Nabi SAW jelas tampak dalam sumber al-Quran dan hadis seperti dalam ayat yang bermaksud: Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad SAW) itu adalah Dalam kesesatan yang nyata. (al-Jumu'ah : 2)
Manakala satu hadis yang menarik dalam soal ini ada diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam sunannya dan al-Darimi dalam sunannya daripada Abdullah ibnu Amru ibnu al 'Aas r.a, beliau berkata:
"Pada satu hari, Rasulullah SAW keluar daripada salah satu biliknya dan masuk ke masjid lalu Baginda berada antara dua kumpulan.
Salah satu daripadanya manusia yang sedang membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah Taala. Sementara yang satu kumpulan lagi sedang belajar dan mengajar. Lalu bersabda Rasulullah SAW berkata: "Kesemua mereka adalah baik. Adapun orang yang membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah SWT, jikalau Allah SWT inginkan kebaikan kepada mereka, nescaya Allah SWT akan beri, jikalau Allah SWT tidak menginginkan maka Dia akan menegahnya. Adapun orang yang mengajar dan belajar, maka sesungguhnya saya diutuskan sebagai pendidik," lalu Rasulullah SAW duduk bersama kumpulan mereka." (Sunan Ibnu Majah :1:83)
Bukti kejayaan Nabi SAW sebagai pendidik terlihat pada kualiti insan sebelum Baginda dibangkitkan dan sesudahnya. Baginda telah berhasil mengubah masyarakat jahiliah yang tandus daripada nilai kemanusiaan kepada satu generasi yang paling tinggi nilai keperibadiannya.
Lahirlah di tangan Baginda SAW, tokoh-tokoh perkasa berkeperibadian luhur yang muncul memimpin manusia secara sambung-menyambung hingga buahnya dapat dinikmati hingga ke zaman ini.
Rasulullah cintai ilmu
Penekanan dan keutamaan yang diberikan oleh Rasulullah SAW terhadap pendidikan juga dapat dirasakan apabila kita meninjau beberapa sikap Rasulullah SAW dalam aspek ini.
Kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al Hafiz al-Munziri dalam bab al-Tarhib fi Katmi al-'Ilm (Celaan Terhadap Menyembunyikan Ilmu) dan al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Majma' al-Zawaid ada merakamkan daripada 'Alqamah ibnu Saad ibnu Abd Rahman ibnu Abza daripada ayahandanya daripada datuknya dari Abd. Rahman ibnu Abza r.a telah berkata, Rasulullah SAW telah berkhutbah pada satu hari.
Baginda memuji Allah SWT dan berdoa serta menyebutkan tentang sekumpulan orang Islam dan mendoakan kebaikan ke atas mereka, lalu bersabda, "Alangkah malangnya kaum yang tidak memahamkan dan mengajarkan agama kepada jiran-jiran mereka serta tidak mencerdikkan mereka terhadap agama dan tidak pula menyuruh mereka membuat kebaikan dan melarang membuat keburukan."
Allamah Syeikh Mustofa al-Zarqa dalam kitabnya al-Madkhal al-Fiqhi al-'Aam telah mengulas hadis ini dengan berkata, "Ini adalah satu pernyataan yang penting dan jelas bahawa pengabaian terhadap pendidikan dan menuntut ilmu adalah merupakan jenayah kemasyarakatan yang amat besar dan sewajarnya mereka yang terlibat dalam jenayah ini dikenakan denda di dunia lagi. Jenayah kemasyarakatan ini akan mengakibatkan pengabaian pelbagai kewajipan agama."
Oleh itu, apabila seorang alim tidak melaksanakan peranannya mendidik dan seorang yang jahil tidak menunaikan tugasnya untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka wajib kedua pihak ini mendapat hukuman denda terhadap kecuaian mereka.
Umum mengetahui bahawa Rasulullah SAW telah mewajibkan menuntut ilmu dalam sabdanya yang bermaksud: "Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas lelaki dan perempuan."
Daripada pengertian hadis ini, dapat kita faham bahawa Nabi SAW mengkaitkan kefarduan menuntut ilmu dengan sifat Islam seseorang sebagai peringatan bahawa sesiapa yang menisbahkan dirinya sebagai seorang Islam, maka telah menjadi kewajipan padanya untuk menuntut ilmu dan menjauhi kejahilan.
Rasulullah SAW juga memperingatkan umatnya supaya mempelajari ilmu yang bermanfaat serta berwaspada daripada ilmu yang tidak bermanfaat.
Mesej ini dapat difahami daripada doa Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam satu hadis daripada Zaid Ibnu Arqam r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW telah berdoa: Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk (lalai) , daripada nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak mustajab. (Sahih Muslim 17:41)
Nabi model pendidik
Sewajarnya bagi setiap orang yang menjadi pembimbing dan pendidik manusia mempunyai sifat-sifat yang sesuai dengan peranan yang dilakukan.
Dalam konteks ini, tidak ada di sepanjang zaman seorang manusia pun yang mempunyai atau menghampiri ciri-ciri kesempurnaan akhlak sebagaimana yang dimiliki oleh Rasulullah SAW sehingga mendapat pujian unggul daripada Allah SWT sebagaimana firmannya: Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak Yang amat mulia. (al-Qalam :4)
Kesempurnaan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW adalah sifat-sifat yang seharusnya ada pada seorang pendidik dan boleh diperincikan kepada empat perkara iaitu kesempurnaan kejadian, kesempurnaan akhlak, kelebihan kata-kata dan kelebihan perbuatan.
Kesempurnaan zahir yang ada pada Nabi SAW yang ditonjolkan oleh kesederhanaan tubuh badannya terdiri daripada;
1. Ketenangan yang membangkitkan sifat hebat (menggerunkan) dan dipandang hebat. Sifat inilah yang telah menyebabkan utusan Raja Kisra menggeletar ketakutan apabila berhadapan dengannya. Sekalipun pandangan manusia kepadanya hebat tetapi Nabi SAW tetap bersifat tawaduk tidak mengambil kesempatan untuk menguasai seseorang.
2. Air muka yang berseri menyebabkan Baginda dicintai oleh setiap orang yang memandang wajahnya. Yang hampir berharap ingin sentiasa bersamanya, yang jauh ingin berdekatan dengannya.
3. Mendapat penerimaan yang menjadikan semua hati cenderung untuk menerima apa sahaja yang datang daripada Nabi SAW. Tidak ada yang mengingkari kecuali orang yang hasad.
4. Kecenderungan manusia untuk mentaati Rasulullah SAW sekalipun perlu kepada kesabaran dan kesusahan yang terpaksa mereka tetap berpegang teguh dan mentaati-Nya. Demikian antara kesempurnaan fizikal yang dimiliki oleh Rasulullah.
Adapun kesempurnaan akhlak Nabi SAW pula terdiri dari empat perkara iaitu:
*kebernasan fikiran, sangkaan dan firasatnya.
*Sabar di atas segala kesusahan dan rintangan.
*Zuhud terhadap dunia serta tidak berkehendak dan tidak cenderung kepadanya.
*Tawaduk kepada manusia lain sedangkan mereka semua adalah pengikutnya. Bermesra dengan sahabatnya tanpa ada jurang pemisah yang membezakan mereka.
*Berlemah lembut dengan manusia serta mudah mesra dan simpati dengan manusia lain. Sehingga setiap orang merasakan Rasulullah SAW seumpama ayah mereka.
*Memelihara janji dan tidak pernah memungkirinya.
Kelebihan Rasulullah dari sudut pengucapannya pula ialah:
1. Diberikan kepadanya kebijaksanaan dari segi menuturkan ucapan. Perkataannya dipenuhi dengan seni bahasa Arab yang terdiri daripada balaghah, ma'ani dan badi'. Walaupun begitu perkataan Rasulullah mudah difahami oleh mereka yang ingin menerimanya.
2. Menghafaz apa-apa yang dikhabarkan oleh Allah kepadanya dari kisah-kisah para nabi terdahulu dalam hafalan dadanya tanpa dicatat.
3. Perkara-perkara yang disuruhnya adalah terdiri dari perkara yang baik-baik dan adab-adab yang tinggi.
Kelebihan perbuatan Rasulullah SAW pula dapat dilihat dari berapa sudut. Antara ialah:
1. Elok perjalanan hidupnya dan tepat perancangannya.
2. Sederhana dalam melakukan perkara yang disyariatkan tanpa berlebihan atau kekurangan.
3. Tidak menjadikan sahabatnya terlalu cenderung terhadap hal keduniaan dan tidak pula menolak dunia secara keseluruhannya.
Kita tidak menafikan bahawa agenda pendidikan ada digarap dalam pelbagai pendekatan individu dan kumpulan yang beridealismekan perjuangan Rasulullah SAW di zaman kita ini.
Cuma yang harus dimuhasabah adalah setakat mana agenda ini diberi tempat yang utama dan sepatutnya dalam kerangka gerak kerja masing-masing. Juga setakat mana ciri-ciri acuan pendidikan Rasulullah SAW yang hakiki telah dihayati.
Seperti yang dihimbau di atas, sebagai pendidik ulung, acuan pendidikan Rasulullah SAW dicirikan oleh gaya penerangannya yang jelas, tuturan yang fasih, gaya bahasa yang indah, isyarat fizikal yang menawan, sinaran roh yang memancar, sifat kasih sayang yang tebal serta kebijaksanaan yang tiada tolok bandingnya. Semoga kita semua mampu menterjemahkannya dalam diri dan organisasi kita.
Sumber: Bicara Agama, Utusan Malaysia

Kurikulum Pendidikan Islam
Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat persekolahan. Langkah ini selaras dengan pernyataan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia.
Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan kesinambungan daripada program Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KBSR menekankan kemahiran membaca al-Quran, Asas 'Ulum Syar'iyah dan Asas Akhlak Islamiyah sebagai fardu 'ain kepada setiap individu. Dalam KBSM pula, para pelajar ditingkatkan lagi pengetahuan dan penghayatan mereka dalam bidang Tilawah al-Quran, 'Ulum Syari'yah dan Akhlak Islamiyah.
Pendidikan Islam KBSM akan memberikan penekanan dan tumpuan yang sepenuhnya kepada aspek pengukuhan aqidah Islamiah, pemahaman dan amalan ibadah dalam kehidupan harian serta asuhan budi pekerti dan akhlak yang mulia.
Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup harian seorang muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek amalan dan penghayatan.
Penghayatan fardu 'ain yang dipupuk pada peringkat sekolah rendah diperkukuh dan dipertingkatkan lagi pada peringkat sekolah menengah. Pelajar akan mengamalkan kewajipan ini sebagai tuntutan asasi dan benteng yang padu bagi menangani arus globalisasi dalam kehidupan seharian.
Bagi memastikan lagi keberkesana program Pendidikan Islam sekolah menengah ini, orientasi pengajaran dan pembelajarannya hendaklah sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek amalan dalam kehidupan harian. Nilai-nilai daripada mata pelajaran lain seperti Sains, Geografi, Sejarah dan Matematik juga perlulah ditentaskan supaya wujud kesepadua daripada berbagai-bagai ilmu yang diperolehi di sekolah menengah. Melalui pendekatan ini, cita-cita hendakl melahirkan insan harmonis, seimbang dan bertaqwa akan tercapai.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
ATAS
MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal salih dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah ke arah menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa.
ATAS
OBJEKTIF PENDIDIKAN ISLAM
Setelah mempelajari Pendidikan Islam Kurikulum bersepadu sekolah menengah pelajar dapat:
i. memperkukuhkan kemahiran membaca, memahami, menghafaz dan menghayati al-Quran yang diperolehi pada peringkat sekolah rendah;
ii. memperkukuh dan mempertingkatkan amalan ibadat solat dan ibadat-ibadat lain yang diperolehi pada peringkat sekolah rendah;
iii. membaca, memahami dan menghayati kandungan al-Quran serta menghafaz ayat-ayat yang ada kaitan dengan amalan dalam kehidupan harian;
iv. memahami dan menghayati kandungan hadis-hadis Rasulullah S.A.W.;
v. memperkukuh pegangan aqidah Islamiah dan mengaitkan konsep tauhid dalam keseluruhan aspek hidup;
vi. membina keperibadaian serta mengamalkan akhlak mulia, sifat-sifat yang terpuji dan menghindari sifat-sifat yang tercela;
vii. memahami konsep ibadat dan mengamalkannya dengan betul dan sempurna;
viii. memahami, mengambil pengajaran dan meneladani sirah Rasulullah S.A.W., para sahabat R.A dan Tamadun Islam; dan
ix. memahami, mengamalkan dan menghayati Islam sebagai satu cara hidup.

Konsep falsafah Dan Pengertian Falsafah Pend. Islam
Falsafah Pendidikan Islam
Oleh Dr Mohd Yusof Ahmad, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
Apakah yag dimaksudkan dengan falsafah pendidikan Islam?
Sebelum kita meninjau Falsafah Pendidikan Islam, adalah lebih elok diperincikan dahulu tentang Falsafah Islam itu sendiri dan juga asal perkataan falsafah. Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno, dan dalam pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah"(Al-Syaibany, 1991) Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh serta matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa.
Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai:
"Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with ultimate reality, or with the most general causes and principles of things and ideas and human perception and knowledge of them, physical phenomena and ethics"
Jadi, falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the thruth), dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah. Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalah falsafah. Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Yang kita tahu berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar dan mutlak. Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu tidaklah sebenar, ia tidak mutlak dan ianya bersifat relatif. Sebab itu bermacam-macam falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Seperti Liberalisme, Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme dan banyak lagi. Jika falsasfah itu berpunca daripada Allah atau wahyu, maka ia akan sama sahaja prinsipnya dan juga matlamatnya.
Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya, seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat susah ia menerima falsafah Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal bertentangan dengan kehendak Islam.
Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau kebenaran" maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran Islam. Dan ajaran Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Failasuf Islam dari setiap zaman, apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari daripada soalan-soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu: Siapa anda (apa hakikat diri anda)? Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini (alam dunia)? Kemana anda akan pergi? Apa tujuan hidup? Dan apakah hakikat mati? (Yaljin, 1991).
Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam Al-Quran dengan maksud yang berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Hikmah ada kalanya bermaksud bijaksana (surah An-Nahli 125). Mengikut Muhammad Nasir (1978) hikmah di sini bermaksud mengenal golongan. Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa "Hikmah itu ialah memahami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya".
Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu, kerana ilmulah penyuluh untuk mengenal sesuatu. Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar. Dalam versi yang lain Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu yang benar yang menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah".
Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem". Ia bermaksud orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus (Muhammad Nasir, 1978). Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu, iaitu ilmu yang tinggi martabatnya. Ini berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah. Orang yang mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan setakat lima atau enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat. Ini jelas seperti cerita Luqman al-Hakeem di dalam Al-Quran.
Falsafah Islam cuba maencari hakikat manusia dan alam semesta ini. Setelah berusaha mencari dan berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat dirumuskan bahawa manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai hamba dan khalifah, kemudian mereka akan mati dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah. Ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat 55 surah Az-Zariyat, 30 Al-Baqarah, 72 Al-Ahzab, 172 Al-A`raf dan lain-lain.
Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah pendidikan yang berteraskan ruh Ialam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany, 1991). Jadi, maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahaun yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang saleh.
Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam ialah orang yang berusaha berfikir mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke dalam kurikulum pendidikan. Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya, yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun bukan Islam. Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah: Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan, Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi.
Jadi, berdasarkan falsafah Islam, semua perkara yang disebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam kurikulum pendidikan Islam. Dengan demikian, barulah dapat melahirkan insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah dengan betul dan sempurna seperti yang dibincang dalam Matlamat Pendidikan Islam. Penyataan Falsalah Pendidikan Islam yang digubalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, nampaknya ada unsur untuk menuju ke arah ini.

Thursday, August 26, 2010
Saturday, July 24, 2010
Monday, April 5, 2010
ZIARAH SAUDARA SERUMPUN DI THAILAND
Cuti Keputeraan yg baru lalu, saya bersama keluarga melawat Selatan Thai. Byk asam garam dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Insyaallah, catatan akan menyusul bila senang-senang nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)