Himpun puasa enam
dengan puasa qadha
Soalan; Adakah
harus menghimpunkan niat puasa enam hari di bulan Syawal dengan puasa Qadha’
iaitu satu puasa untuk dua niat/tujuan?
Jawapan;
Syeikh Dr. ‘Ali
Jum’ah (Mufti Mesir sekarang) dalam buku himpunan fatwanya menjelaskan; “Jika
seseorang itu mampu menunaikan puasa Qadha yang tertanggung atasnya terlebih
dahulu kerana berbuka pada
bulan Ramadhan, kemudian setelah itu ia menunaikan puasa enam, maka itu yang
paling baik (afdhal) kerana Rasulullah SAW bersabda;
“Hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan.”
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas RA)
Dalam pada itu, harus dihitung puasa enam dari
puasa Qadha yang dilakukan dalam bulan Syawal mengikut pandangan mazhab
Syafi’ie. Namun yang paling baik ialah mengasingkan kedua-duanya (yakni
dilakukan berasingan) untuk mengelak pertikaian dari pandangan mazhab lain
(yang tidak mengharuskannya) di samping dapat memperbanyakkan amal soleh. Dan
harus juga ia mendahulukan puasa enam hari dalam bulan syawal dan menunaikan
puasa qadha pada bulan-bulan yang lain (selepas syawal) sebelum tiba Ramadhan berikutnya
Allah berfirman : Cahaya di atas cahaya, Allah memberikan cahayaNya (hidayahNya) kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Wednesday, August 28, 2013
Monday, August 19, 2013
SOALAN KKP PIM3108 PPG KOHORT 2 SEM JUN-NOV 2013
SOALAN KKP UTK PIM3108 PPG KOHORT 2
Salam. Sila download KKP dari link di atas utk mendapatkan soalan KKP PIM3108 bagi Pelajar Sem. 4 PPG Kohort 2 IPGKKB.Taklimat bagi KKP ini telah diberikan dlm interaksi pada 17hb Ogos 2013. Sila patuhi taklimat tersebut dlm menjalankan tugasan ini.
Anda tidak akan dpt download soalan ini jika menggunakan talian internet Kementerian Pelajaran. TQ
Salam. Sila download KKP dari link di atas utk mendapatkan soalan KKP PIM3108 bagi Pelajar Sem. 4 PPG Kohort 2 IPGKKB.Taklimat bagi KKP ini telah diberikan dlm interaksi pada 17hb Ogos 2013. Sila patuhi taklimat tersebut dlm menjalankan tugasan ini.
Anda tidak akan dpt download soalan ini jika menggunakan talian internet Kementerian Pelajaran. TQ
Thursday, May 9, 2013
Friday, January 25, 2013
Thursday, January 3, 2013
NUR MUHAMMAD
CUBA BACA LINK INI TENTANG NUR MUHAMMAD DAN BUATLAH BANDINGAN
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/nur-muhammad-menurut-ulama-ahlus-sunnah-wal-jamaah-0
http://jalansufi.com/Secebis-Perbahasan-Nur-Muhammad/secebis-perbahasan-nur-muhammad
http://www.myrazano.com/category/hakikat-nur-muhammad
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/nur-muhammad-menurut-ulama-ahlus-sunnah-wal-jamaah-0
http://jalansufi.com/Secebis-Perbahasan-Nur-Muhammad/secebis-perbahasan-nur-muhammad
http://www.myrazano.com/category/hakikat-nur-muhammad
Thursday, October 25, 2012
Berkongsi Pahala Korban, Korban Dua Dlm Satu Dan Upah Dgn Daging Korban
Seseorang dibenarkan berkorban dan berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian daripada tujuh bahagian itu.
Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah. Lalu Abu Ayyub menjawab: “Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain.” (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya no: 1425).
* Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.
Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.
Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberi menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.
Ali r.a berkata, Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1317).
* Tidak boleh berkongsi haiwan korban bagi ibadah korban dan akikah.
Ada segelintir umat Islam yang menggabungkan ibadah korban dan akikah dengan menggunakan formula dua dalam satu.
Hal ini sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sabit daripada Rasulullah. Syaikh Abu Muhammad ‘Ishom bin Mar’i dalam kitabnya Ahkamul Aqiqah berkata: “Dalam masalah ini pendapat yang benar adalah tidak sah menggabungkan niat akikah dengan korban. Sebab akikah dan korban adalah ibadah yang berbeza jika ditinjau dari segi bentuknya dan tidak ada dalil yang menjelaskan sahnya mengerjakan salah satunya dengan niat dua amalan sekali gus. Sedangkan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah dan Allah tidak pernah lupa.
Tuesday, October 2, 2012
SOALAN PROJEK PIM3110 PGSR AMBILAN 2008
Sila klik link ini pula untuk mendapatkan Soalan Kerja Kursus Projek PIM3110 Penilaian Dalam P.Islam. Download dan simpan dalam komputer anda.Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ust. Ahmad Fahmy b. Mohd Arshad
Subscribe to:
Posts (Atom)