Thursday, February 26, 2009

CONTOH-CONTOH PERMAINAN BAHASA

Radio Ajaib
Objektif: Melatih pelajar mendengar dan mengenalpasti.
Bahan: Rakaman suara binatang, fenomena alam, perbualan dan lain-lain.
Cara bermain: Berkumpulan

Langkah:
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Anda kemudiannya memperdengarkan bunyi dari rakaman anda. (persediaan yang
rapi diperlukan).
3. Anda meminta kumpulan tertentu menjawab / meneka secara bergilir.
4. Kumpulan yang berjaya meneka bunyi yang gagal diteka kumpulan lawan akan
mendapat markah bonus.

Nota:
􀁸 Anda boleh mempelbagaikan rakaman. Susunan rakaman mestilah daripada mudah
kepada sukar seperti daripada bunyi suara binatang kemudian fenomena alam,
suasana sekolah dan diakhiri dengan perbualan.


Membentuk Perkataan

Objektif: Supaya pelajar mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang
diberi.
Bahan: Kad yang mengandungi huruf tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan

Langkah:
1. Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan ejaannya.
2. Mereka dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya membentuk
perkataan yang betul ejaannya.
3. Peruntukan masa tertentu untuk setiap soalan yang diberi.


Nota:
􀁸 Cara yang sama juga boleh digunakan untuk permainan membentuk ayat. Dalam
permainan ini anda perlu menyediakan kad-kad yang mengandungi perkataan untuk
disusun membentuk ayat yang betul.
􀁸 Untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar, anda boleh memperuntukkan masa
yang singkat dalam satu-satu soalan. Keadaan ini juga boleh menambahkan lagi
tarikan dan keseronokan pelajar.


Permainan Teka Lukisan/Lakaran

Objektif : Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik
Bahan: Kertas dan Pensel
Cara bermain: Kelas/Berkumpulan

Langkah:
1. Pelajar duduk ditempat atau di dalam kumpulan masing-masing.
2. Anda akan melukis sesuatu objek sambil meminta pelajar anda meneka apakah
objek yang sedang anda lukis. Pertanyaan anda perlu dilakukan berdasarkan
peringkat lukisan atau lakaran.
3. Kumpulan yang paling banyak dapat meneka dengan tepat dikira pemenang.
4. Aktiviti melukis ini pula diikuti
oleh wakil kumpulan masing-masing manakala
kumpulan lawan membuat tekaan.



Pemainan Telefon Rosak

Objektif: Membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu dan
menyampaikannya kepada rakan dengan tepat.
Bahan: Kad yang mengandungi ayat tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan.
Langkah:
1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai
bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap
kumpulan.
3. Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang
perlu diingati.
4. Ketua kumpulan tersebut
5. Ketua kumpulan perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada orang
kedua dan orang kedua pula membisikkan kepada orang ketiga dan seterusnya
kepada orang terakhir.
6. Pelajar terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari melalui bisikan
tersebut.
7. Laporan maklumat kumpulan yang tepat akan dianggap pemenang.




Permainan Kotak Beracun

Objektif: Melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab soalan.
Bahan: Kotak, radio (sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi soalan.
Cara bermain: Kumpulan/Kelas.
Langkah:
1. Permainan ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan.
2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Pelajar akan meyerahkan kotak
tersebut kepada rakan sebelahnya dan begirulah seterusnya.
3. Apabila muzik dihentikan, pelajar yang terakhir yang memegang kotak itu akan
didenda.
4. Pelajar yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas yang
mengandungi soalan (denda), pelajar dikehendaki membaca denda itu dengan kuat.
5. Pelajar yang didenda akan melakonkan / menjawab soalan.
6. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula.
7. Seperti pusingan pertama, apabila mizik diberhentikan, pelajar terakhir yang
memegang kotak itu akan dikenakan denda mengikut arahan yang terdapat pada
lipatan kertas yang terdapat di dalam kotak tersebut.

Permainan Fikir dan Nyatakan

Objektif: Memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir
Bahan: Pen (marker/kapur), papan tulis, beberapa perkataan.
Cara bermain: Kumpulan
Langkah:
1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan yang
dibahagikan perlu mempunyai bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan huruf yang
hendak diteka. Contoh:- ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ (􀏥􀏮􀏤􀏠􀎴􀏤􀏟􀎍)
3. Selepas itu, pelajar-pelajar perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang perlu
diisi pada ruang kosong tersebut. Kumpulan yang silap meneka akan dikenakan
hukuman dimana guru akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala,
diikuti badan, tangan, dan akhir sekali kaki bagi setiap kesalahan teka yang mereka
lakukan.
4. Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi tersebut dikira tewas.
Nota:
􀁸 Anda boleh menjalankan permainan ini secara berpusingan mengikut peruntukan
masa yang dihadkan.


Permainan Teka Lakonan

Objektif: Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik
Bahan: Kertas arahan (sampul)
Cara bermain: Kelas/berkumpulan
Langkah:
1. Pelajar duduk di tempat masing-masing.
2. Anda perlu membuat satu lakonan.
3. Pelajar diminta meneka apa yang dilakonkan oleh anda.
4. Kemudian anda perlu memilih seorang pelajar membuat lakonan berdasarkan
arahan dalam sampul yang dipilih.
5. Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut.
6. Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan kumpulan.
Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil kumpulan lain.
7. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka.

Pengelolaan Permainan Bahasa

(a) Secara Berkumpulan
Anda boleh melaksanakan permainan bahasa menerusi pembentukan kumpulankumpulan
yang kecil. Bilangan empat hingga enam orang pemain dalam satu
kumpulan sudah memadai. Anda perlu teliti dalam menentukan bilangan ahli dalam
sesebuah kumpulan kerana ia memainkan peranan dalam menentukan kelancaran
permainan. Jika bilangan pelajar di dalam kelas anda terlalu ramai, anda hendaklah
membahagikan pelajar ke dalam banyak kumpulan. Keadaan ini mungkin kurang
selesa. Walau bagaimanapun, jika keadaan ini tidak dielakkan, permainan bahasa
bolehlah digantikan dengan jenis permainan yang tidak memerlukan terlalu banyak
gerak kerja menulis. Sebagai alternatif, anda boleh membawa pelajar anda keluar
kelas untuk meneruskan permainan.
Sebelum anda memulakan satu permainan yang baru secara kumpulan, anda
perlulah:
(i) Jelaskan kepada pelajar apakah jenis permainan yang hendak dimainkan itu.
(ii) Adakan tunjuk ajar atau demonstrasi. Dalam hal ini sebahagian daripada
pelajar boleh diminta membantu guru.
(iii) Arahan-arahan boleh ditulis di papan hitam, jika pelajar sudah boleh menulis,
membaca dan memahaminya.
(b) Secara Berpasangan
Permainan secara berpasangan boleh memberi lebih banyak peluang latihan
mendengar dan bertutur. Biasanya, permainan secara berpasangan tidak banyak
meninbulkan masalah jika dibandingkan dengan permaianan secara kumpulan. Anda
boleh mengawal pelajar anda dengan mudah.
(c) Secara Individu
Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya
dilakukan bagi pelajar yang pintar, cergas serta telah menghabiskan tugasan yang
diberikan oleh guru dalam sesuatu masa yang tertentu. Dalam situasi begini, pelajar
berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Jika tidak dapat
menyelesaikannya. Pelajar boleh merujuk kepada anda untuk mendapatkan petunjuk
dan panduan.

Objektif Permainan Bahasa

(a) Merangsangkan Interaksi Verbal Pelajar
Dalam permainan yang anda pilih, para pelajar akan diminta bercakap dan
mempraktikkan ungkapan-ungkapan tertentu. Di samping itu, mereka juga diminta
memberikan kerjasama. Permainan perlulah melibatkan pelajar sepenuhnya secara
aktif.Anda perlu mewujudkan kesedaran dikalangan pelajar anda bahawa mereka
merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu dan pada bila-bila masa
sahaja mereka akan diminta untuk bercakap. Tiada seorang pun daripada mereka
dibenarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya mereka harus menggunakan
peluang tersebut untuk berkomunikasi sesama mereka. Kesedaran seperti ini akan
memberi peluang kepada anda menghasilkan satu suasana pembelajaran yang
menarik dan berorientasikan pelajar. Anda hanya bertindak sebagai fasilitator dan
menjaga disiplin kelas.
(b) Menambah Kefasihan dan Keyakinan
Permainan yang dipilih perlulah bertujuan untuk mengingatkan kefasihan berbahasa
serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan dalam sesuatu
permainan itu tidak harus terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Fungsi
bahasa boleh melibatkan semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza.
Permainan yang mengandungi kegiatan-kegiatan memberi arahan umpamanya
boleh dimainkan pada semua peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa dan
kefasihan tertentu para pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila
berhadapan dengan permainan-permainan yang mencabar. Secara tidak langsung
mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang
dipelajari. Peranan anda adalah sebagai pemaklumat bahasa. anda harus bersedia
memenuhi keperluan para pelajar dalam permainan tersebut, terutama dalam
konteks kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa dan sinteks.
(c) Bertindak sebagai Alat yang Dapat Mengikis Rasa Bosan
Merasa bosan adalah fitrah semua guru. Begitu juga pelajar, mereka akan menjadi
bosan, mengantuk dan lapar apatah lagi apabila menjelangnya tengahari. Jika dalam
suasana ini anda cuba sampaikan suatu yang berbentuk pengetahuan tatabahasa
atau aspek berbahasa yang lain, ia akan mewujudkan suasana yang melesukan.
Sebagai altenatif, anda bolehlah menjadikan aktivi permainan sebagai satu teknik
pembelajaran.


(d) Bertindak sebagai Alat Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan
Dalam pengajaran bahasa, permainan yang anda jalankan hendaklah sebagai agen
aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Segelintit pelajar anda mungkin
menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran serta hafalan. Kelemahan ini
dapat diatasi sedikit demi sedikit dengan melibatkan mereka kedalam aktiviti-aktiviti
permainan yang dirancangkan.

Sunday, February 22, 2009


الاسم : أمينة صدقي
المدرسة : الابتدائية
السنة : الأولى
التاريخ : 20/2/2009
الوقت : 8.00 - 8.30صباحا
المادة : اللغة العربية الاتصالية
الموضوع : الأدوات المنزلية
المعلومات السابقة : قد عرف الطلاب الأدوات المنزلية باللغة الأم والإنجليزية .
نتاج التعلم : في آخر الحصة يتمكن التلاميذ من

المستوى الأول : ذكر الكلمات من الأشياء الموجودة في غرفة النوم بعدالاستماع إلى قراءة المعلم
المستوى الثاني : قراءة بطاقات الكلمات المعروضة قراءة صحيحة .
المستوى الثالث : نسخ الكلمات على السبورة نسخا صحيحا .
مهارة التفكير : التوفيق بين الكلمات والصور.
التركيز على المهارة : القراءة والكتابة
الترابط والتكامل : القواعد العربية
الربط بالمواد الأخرى: العلوم الشرعية ( أخلاق )
ربط الدرس بالقيم الاسلامية / المحمودة : حث التلاميذ على تعلم اللغة العربية
والاعتزاز بها باعتبار أنها لغة القرآن ولغة الاتصال العالمية.
الوسائل المعينة : شريط مسجل – بطاقة ومضية – لوحة ملفوفة مكتوبة عليها نص
الحوار.

Thursday, January 29, 2009

Helah Yahudi Mengelirukan Masjid al-Aqsa Dan Batu Tergantung

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2008/06/batu-tergantung-siapa-ada-cerita.html
http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2008/11/kesimpulan-mengenai-gambar-batu.html


Batu yg dikatakan nak mengikut sama ketika nabi mikraj jaraknya ke permukaan bumi ilaga sekitar 10 kaki sedangkan batu yg ditunjukkan dlm gambar ini begitu rendah sekali (11 cm). Jelaslah bahawa ia adalah batu di Arab Saudi, bukan di Masjid al-Aqsa. Wallahuaklam.

Jama'ah Tabligh : Satu ulasan

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2009/01/fatwa-fatwa-ulama-ahlus-sunnah-tentang.html

SAMBUTAN PERAYAAN AGAMA LAIN : SUATU CATATAN

Amalan ‘Kongsi Raya’ yang telah diperkenalkan oleh kerajaan semenjak dahulu lagi telah menimbulkan cukup banyak kekeliruan dan kontroversi dalam masyarakat. Tentangan dan pandangan yang menolak amalan ini cukup dominan dari kalangan alim ulama’. Namun begitu tidak kurang juga yang menerima atas alasan perpaduan. Ada juga para cerdik pandai yang hanya diam membisu.

Marilah sama-sama kita cuba untuk melihat isu ini dari sudut pandangan yang sedikit berbeza dengan harapan suatu anjakan paradigma yang lebih agresif dapat dilakukan.

Dalam penulisan ini, sebahagian kecil sahaja pandangan yang melarang dan mengharamkan sambutan hari raya bagi kaum lain akan ditampilkan manakala pandangan yang membenarkannya akan lebih diperbincangkan dengan serius.

Beberapa Pandangan yang MelarangJawatankuasa Syariah Negeri Perak yang telah bersidang bagi kali ke-162 pada 19 Muharram 1425 bersamaan 11 Mac 2004 yang lalu telah mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam adalah dilarang sama sekali menyertai sebarang perayaan agama lain, dalam apa jua bentuk yang dirayakan orang-orang bukan Islam di negeri ini.Bergabung dalam perayaan orang bukan Islam adalah haram. Sebab hal itu termasuk sikap tolong menolong dalam perbuatan dosa dan pelanggaran. Padahal Allah telah berfirman:“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Al-Maidah:2).Ibnul-Qayyim di dalam bukunya yang bertajuk Ahkamu Ahlidz-Dzimmah, 1/205 menyebut bahawa:“Menyampaikan ucapan selamat terhadap syiar-syiar kekufuran yang bersifat khusus adalah haram menurut kesepakatan ulama, seperti ucapan saat perayaan atau puasa mereka: “Selamat atas hari rayamu, semoga diberkati”, ataupun ucapan-ucapan lain yang senada meskipun yang mengucapkannya bisa selamat dari kekufuran, tetap saja hal itu merupakan sesuatu yang diharamkan. Ini setaraf dengan ucapan selamat atas sujud mereka kepada salib, dan masih banyak hal lain yang menyangkut masalah agama.”Fatwa MUI (Majlis Ulama Indonesia yang dipengerusikan oleh Bung Hamka) pada tarikh 7 Mac 1981 juga telah mengeluarkan fatwa HARAM umat Islam Indonesia merayakan bersama perayaan Hari Krismas atau Natal kerana perayaan itu adalah ibadah dan bercanggah dengan aqidah umat Islam. Yang jelas haram menurut Prof Hamka dan Majlis Ulema Indonesia ialah kita turut serta merayakan perayaan sambutan yang ada unsur ibadah dan akidah secara redha dan bertambah haramlah jika kita menyambutnya di tempat yang dianggap rumah peribadatannya.Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli Majlis Fatwa Kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti Hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau kerana hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).Melihat Dengan Kacamata Lain Dan Keperluan Semasa GerakanSebenarnya hubungan antara muslim dengan bukan muslim ialah di atas dasar ta’aruf (perkenalan); ta’awon (tolong-menolong), birr (kebaikan), dan adil; Dalil: al Hujurat:13; Mumtahinah:8Islam juga menggalakkan kita berhubung di atas dasar musalamah ( perdamaian); mu’asyarah (pergaulan mesra); mu’amalah bil husna (bermasyarakat secara baik); tabadulul maslahah (win-win relationship); dan ta’awon (bekerjasama di atas kebaikan). (Ruj: Sayyid Sabiq: Fiqh Sunnah, Vol2)Nabi Muhammad S.A.W juga pernah berhubung dan berkomunikasi dengan golongan bukan Islam. Sirah telah melakarkan bahawa baginda pernah meminta bantuan militeri terhadap bukan Islam, pernah memberi kepada bukan Islam harta rampasan perang (ghanimah), pernah berperang bersama dengan orang bukan Islam (Safwan Umaiyah dalam perang Hunain), baginda bertukar-tukar hadiah dengan bukan Islam, Rasulullah memenuhi undangan bukan Islam, pernah berkahwin dengan perempuan mereka (kaum Qibti) dan Rasulullah S.A.W juga bangun menghormati jenazah bukan Islam (ruj: Qardhawi: halal dan haram). Berdasarkan perkara di atas, marilah kita cuba memperhalusi isu ini mengikut keperluan semasa dakwah dan juga politik Islam kita. Hari ini kita semua hidup dalam suasana masyarakat yang terlalu majmuk dengan adanya orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Kedayan, Sakai, Serani dan sebagainya yang tidak mahu saya tuliskan semuanya di sini. Dan, mereka ini juga menganuti dan mengamalkan ajaran masing-masing yang banyak antaranya adalah bertentangan dengan Islam itu sendiri.Lantas, sebagai sebuah gerakan Islam yang dinamik dan berkomitmen tinggi dalam meninggikan syariat Allah di muka bumi ini, kita haruslah lebih bijak dalam menangani perhubungan dan persefahaman antara kaum yang ada di negara ini.Kepimpinan Kita Perlu Menunjukkan Sifat ToleransiKedudukan hukum akan berubah apabila melibatkan pemimpin negara dan juga pemimpin masyarakat. Bagaimana mungkin apabila tiba musim perayaan bagi orang Islam, maka cuti dan juga pelbagai acara diatur bagi memeriah dan menghidupkannnya. Sedangkan apabila tiba musim perayaan agama dan kaum lain, mereka dibiarkan begitu sahaja. Sudah pasti akan timbul fitnah dan rasa kurang senang (baca: tidak puas hati) kepada kerajaan yang memerintah. Bukanlah maksudnya kerajaan Islam perlu mengadakan perayaan yang bersifat besar seperti perayaan kita, tetapi tadbirlah ia dengan seadil dan selayaknya.Apabila ada unsur kejiranan, umpamanya teman sepejabat yang mengadakan rumah terbuka dan menjemput kita, maka haruslah kita juga melihatnya sebagai suatu peluang untuk mendekati mereka dan seterusnya menyampaikan dakwah kepada keluarga mereka. Fitnah akan timbul jika si muslim tidak mengunjungi jirannya sempena hari perayaan mereka. Ini semua perlu diambil kira apabila ia masuk bab maslahat dan menolak mudharat.Syarat mengunjungi perayaan rumah terbuka ini ialah kita kena menjaga hati supaya tidak redha dengan kekufuran agama mereka. Jadi hukum umat Islam mengunjungi perayaan tidaklah sama untuk semua orang dan untuk semua perayaan; ia berubah mengikut jenis perayaan itu.Dalam surah An Nisaa ayat ke-36 dijelaskan maksudnya:“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh….”.Maksud tetangga yang dekat iaitu tempat tinggalnya berdekatan ataupun tetangga yang masih ada hubungan kerabat atau nasab ataupun sama-sama beragama Islam. Sedangkan tetangga jauh maksudnya adalah tetangga yang tidak mempunyai hubungan kerabat, jauh tempatnya atau berlainan nasab mahupun agama. Jadi dengan tegas Allah menyuruh kita menghormati tetangga baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim (kafir).Dalam hadis yang diriwayatkan Al Bazza sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:“Tetangga itu ada tiga macam. Tetangga yang mempunyai satu hak iaitu tetangga yang terdekat haknya. Tetangga yang mempunyai dua hak dan tetangga yang mempunyai tiga hak iaitu tetangga yang paling utama haknya. Tetangga yang mempunyai satu hak adalah tetangga musyrik yang bukan kerabatnya. Ia hanya mempunyai hak sebagai tetangga. Tetangga yang mempunyai dua hak adalah tetangga muslim iaitu yang mempunyai hak sebagai orang Islam dan hak sebagai tetangga. Sedangkan yang mempunyai tiga hak adalah tetangga muslim yang masih ada hubungan keluarga, dia mempunyai hak sebagai tetangga, hak sebagai orang Islam dan hak sebagai keluarga”.Menurut Imam Al Qurthubi;“Berbuat baik kepada tetangga adalah perkara yang diperintahkan dan dianjurkan, baik terhadap orang muslim ataupun kafir. Berbuat baik itu ertinya memberikan pertolongan, bergaul dengan baik, membelanya jika ada gangguan dan ancaman”.Bahkan dalam hadis Rasulullah juga ditegaskan tidak beriman seseorang itu jika ia mengganggu tetangganya. Begitu indah ajaran Islam dalam menjalinkan hubungan antara sesama manusia di dunia ini. Tidak kiralah apakah mereka tergolong orang-orang muslim ataupun orang-orang kafir.Begitu jelas bahawa ajaran Islam menghormati dan menghargai setiap insan, maka tidak benar anggapan yang mengatakan bahawa Islam tidak menghormati hak orang yang bukan Islam.Sesungguhnya umat Islam dibolehkan untuk bekerjasama dan bergaul dengan umat agama lain dalam masalah-masalah yang berhubungan dengan masalah keduniaan.(Sila rujuk surah Al Hujarat ayat 13, Surah Luqman ayat 15 dan surah al-Mumtahanah, ayat 8)Bagaimana dengan ucapan sempena perayaan mereka?Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor menyebut bahawa;“mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk antara masalah furu’ (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama pada zaman ini. Perselisihan pendapat antara ulama mengenai hukum itu, pada hemat saya berpunca daripada tasawwur yang kurang jelas terhadap maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum Islam yang dikemukakan itu. Jika maksud pengucapan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh dilakukan”.Namun, sebenarnya, jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, dan juga dengan niat untuk membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang dan gembira hati dengan berkongsi kegembiraan mereka berhari raya, maka beliau berpendapat pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka.Khusus bagi kaum kafir yang tidak memusuhi Islam, telah disebutkan dalam perenggan yang sebelumnya yang mana Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 iaitu Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.Kita juga perlu mengambil kira hubungan kemanusiaan dalam isu ini, seperti mana bidang-bidang kemanusiaan lain, kita tidak dilarang mengadakan hubungan baik dengan bukan Islam. Hubungan yang langsung terputus dengan sendirinya tidak memberi laluan kepada pendakwah untuk menyatakan kebaikan Islam kepada mereka, sedangkan agama ini adalah agama dakwah, agama damai dan selamat. Perang hanya berlaku apabila dakwah ditolak, jalan-jalan damai tidak wujud lagi kepada pendakwah tegas Dr. Abdul Hayei.Perbuatan seperti memasang lampu warna-warni di keliling rumah, menghias rumah dengan pokok Krismas, menyertai perarakan Hari Deepavali dan lain-lain adalah jelas keharamannya kerana amalan ini ada hubungan terus dengan akidah. Akan tetapi, jika mereka dengan sudi telah menghulurkan makanan pada hari itu dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih kerana hadiah yang diberi mereka, maka tidak ada sebab untuk kita menolaknya kerana mereka mungkin akan terasa hati dan fitnah akan timbul ke atas kita iaitu tidak meraikan perpaduan nasional dan juga bersifat toleransi.Pandangan Ulama Terkemuka Yang LainDr. Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat: Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan.Al-Qaradawi memberi beberapa alasan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Ayat 8 dalam surah al-Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah.Menurut al-Qaradawi lagi, bidang-bidang kerjasama antara Islam dan bukan Islam seperti bidang teknikal, ketukangan dan lain-lain masih terbuka. Bahkan Nabi s.a.w. pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi bernama Abdullah Ibn Urayqit sebagai penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke Madinah.Peranan Abdullah ini sangat besar, ada kemungkinan jika dia berniat jahat pada ketika itu, kesannya boleh menggagalkan strategi hijrah atau jika dia mengambil kesempatan menipu, maka sudah pasti kesannya sangat buruk kepada Islam dan dakwah, namun baginda tetap menggunakan juga khidmat kepakaran Yahudi yang bukan Islam itu.Sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.KesimpulanDalam era baru gerakan Islam di Malaysia, adalah menjadi keperluan kepada kita untuk memahami suasana masyarakat yang terlalu variasi agama dan kepercayaannya. Memang menjadi hasrat kita untuk memupuk perpaduan antara kaum dan agama, namun tidaklah bermakna kita harus menafikan bahawa wujud perbezaan-perbezaan mutlak antara agama. Sebaliknya, dengan kita lebih memahami perbezaan inilah maka kita akan lebih hormat-menghormati antara satu sama lain dan kita akan lebih berjaya mendekati mereka seterusnya menyampaikan dakwah Islam dengan lebih berkesan.Tidak boleh dinafikan lagi bahawa perayaan-perayaan besar yang ada di negara kita ini adalah merupakan perayaan-perayaan yang bersifat agama. Perayaan mereka melambangkan anutan mereka. Apa yang harus kita fahami adalah kita sama-sama meraikan perayaan itu bukan kerana ’sebab’ perayaan itu berlangsung, tetapi yang kita kongsi ialah kegembiraan. Oleh sebab itu, apabila satu pihak mengucapkan selamat dan tahniah kepada pihak yang lain yang dimaksudkan ialah kegembiraan itu, bukan sebabnya. Sekiranya ini difahami dengan baik tidak akan timbul sebarang keraguan atau perasaan yang bukan-bukan.Wallahu’alam.