Monday, August 24, 2009

Aduh penatnya...

Assalamualaikum wr. wbt.

Tanggal 15 - 21 haribulan Ogos 2009 adalah hari-hari yang saya lalui dengan agak tertekan. Apa tidaknya, kerana tarikh-tarikh itu dipenuhi dengan berbagai-bagai ujian dalam peperiksaan PTK Gred 48. (Jika lulus peperiksaan ini dengan band minimum 3, layak dipertimbangkan ke gred 52, itu pun jika ada tawaran) 7 ujian yang kami lalui dengan dimulai dengan penulisan esei diperingkat analisis sebulan sebelum tarikh tersebut. 6 ujian lagi diadakan dalam tempoh 5 hari yang terakhir itu. Kepenatan dan hambatan masa amat terasa kerana sebelum itu, selama seminggu bermesyuarat di Terengganu untuk proses pemurnian pengkalan data kelulusan MQA.

Selepas tamat tempoh itu, saya kembali ke rumah dan diserang demam selsema (atau demam keletihan...) selama 3 hari 4 malam. Bukan saya sorang sahaja yang demam, tapi kedengaran khabar berita bahawa beberapa rakan saya juga turut mengalami keadaan yang sama. Tak tahu nak ceritalah saya apa yang saya rasai, tapi tempoh-tempoh yang saya lalui ini rasanya tak mahu lagi saya ulangi. Pada awalnya bimbang juga saya kalau-kalau simptom yang saya alami ini adalah gejala H1N1 tetapi alhamdulillah, kini nampaknya ia hanya demam biasa.Saya bermohon pada Allah.

Esok ada kuliah untuk kumpulan pelajar Pendidikan Khas, tak tahulah.. dapat hadir ke tak, tapi sebagai langkah awasan, saya dah passing kepada sahabat lain, tolong uruskan.

Kesimpulan dari apa yang saya lalui, pertama ; mana-mana pegawai yang akan menduduki peperiksaan PTK sepatutnya diberikan ruang masa secukupnya oleh organisasi yang ia sertai untuk membuat persediaan PTK , kedua ; PTK itu tidak sesuai dinamakan kursus PTK tetapi sesuai untuk dinamakan Peperiksaan PTK. Mungkin pihak berwajib telah menamakan dengan nama sedemikian sekarang ini namun sesetengah kakitangan awam masih menyebutnya "kursus" kerana masih terbawa-bawa dengan istilah tersebut, yang dilaksanakan untuk gred 44 suatu ketika dulu. Walau pun kursus sedemikian untuk gred 44 telah diubah ke cara lain tetapi "istilah" nya masih dipakai orang hingga kini.