Friday, September 24, 2010

NOTA KULIAH UUM

Para pelajar Diploma Pendidikan UUM-YIK, Nota-nota kuliah untuk pedagogi Pendidikan Islam boleh di salin dari blog ini.

SUKATAN P. ISLAM TING 4 DAN 5

Pendidikan Islam Tingkatan 4
TILAWAH AL-QUR`AN
1. Ayat Hafazan.
1. Surah Al-An`amm ayat 162-163.
2. Surah al-Mukminun ayat 1-11.
3. Surah Luqman ayat 12-19
2. Kefahaman Ayat.
1. Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t.
2. Manusia dipimpin oleh wahyu.
3. Hidayah Allah s.w.t.
4. Manusia bertanggungjawab.
5. Tanggungjawab mempertahankan negara.
6. Sabar menghadapi ujian Allah s.w.t.
7. Kebahagiaan dunia dan akhirat.
8. Nasihat Luqman Al-Hakim.
9. Hikmah Allah s.w.t menjadikan berbagai-bagai bangsa.
10. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.

ULUM SYAR`IYYAH
1. Aqidah.
1. Islam agama sarwajagat.
2. Peranan iman dalam kehidupan.
3. Alam tanda kekuasaan Allah s.w.t
4. Alam cakrawala.
5. Manusia dan alam.
2. Akhlak.
1. Kepentingan ilmu pengetahuan.
2. Menghormati hak dan kepentingan ramai.
3. Perpaduan umat punca kemajuan.
3. Ibadat.
1. Sejarah ibadat haji dan umrah.
2. Cara-cara mengerjakan haji dan umrah.
3. Institusi pengurusan haji di Malaysia.
4. Sembelihan dan perburuan.
5. Korban dan akikah.
6. Muamalat dan kepentingannya.
4. Sejarah.
1. Kesan Islam terhadap tamadun manusia.
2. Syariah Islam asas kemajuan umat.
3. Imam Abu Hanifah.
4. Imam Malik.
5. Imam As-Syafie.
6. Imam Ahmad bin Hanbal.
7. Imam Al-Bukhari.
8. Imam al-Ghazali.

Pendidikan Islam Tingkatan Lima:
BAHAGIAN TILAWAH AL-QUR`AN
1. Ayat-ayat hafazan;
1. Surah At-Taubah ayat 128-129.
2. Surah An-Nur ayat 35.
3. Surah Al-Hasyr ayat 21-24.
2. Ayat-ayat kefahaman:
1. Layanan Baik Kepada Mereka Yang Berminat Dengan Islam.
2. Kasih Sayang Nabi Muhammad saw Kepada Umatnya.
3. Peranan Rasul.
4. Pengharaman Zina.
5. Menutup Aurat Menurut Islam.
6. Ilmu Penyinar Kehidupan Manusia.
7. Ciri-ciri Orang Beriman.
8. Usaha Tangga Kejayaan.
9. Allah s.w.t Maha Adil.
10. Kesempurnaan Allah s.w.t.
ULUM SYAR`IYYAH
1. Aqidah.
1. Perkara Yang Membatalkan Iman.
2. Dosa Besar.
3. Tuntutan Bertaubat.
4. Kejadian Manusia Dalil Kewujudan dan Kekuasaan Allah s.w.t.
2. Akhlak.
1. Toleransi dan Kesederhanaan Dalam Islam.
2. Berjihad Menegakkan Keadilan.
3. Sabar.
3. Ibadat.
1. Perkahwinan dan Hikmatnya.
2. Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam.
3. Tanggungjawab Suami Isteri
4. Penyelesaian Masalah Rumah Tangga
5. Poligami.
6. Mahkamah Syariah: Kedudukan dan Peranannya.
4. Sejarah
1. Perkembangan Tamadun Islam Zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbasyiah
2. Ibn Sina
3. Ibn Rushd
4. Ibn Khaldun
5. Shah Waliullah Ad-Dahlawi
6. Jamaluddin Al-Afghani.
7. Syaikh Muhammad Abduh.
8. Syaikh Tahir Jalaluddin.
9. Hamka.

SUKATAN P. ISLAM KBSM : STRUKTUR DAN KANDUNGAN

STRUKTUR DAN KANDUNGAN SUKATAN

Kandungan sukatan pelajaran ini dibahagikan kepada tiga bahagian:
a) Tilawah al-Quran menumpukan perkara-perkara berikut:

Membaca ayat-ayat al-Quran mengikut hukum-hukum tajwid, memahami pengertian, pengajaran dan hikmat serta menghayatinya.

Menghafaz ayat-ayat al-Quran mengikut hukum-hukum tajwid, memahami pengertian, pengajaran dan hikmat serta menghayatinya.
b) 'Ulum Syar'iyah pula adalah menumpukan perkara-perkara berikut:

Pemantapan aqidah menerusi peneguhan Iman; pemupukan sikap; tanggungjawab pelajar sebagai manusia yang sedar dan insaf akan kedudukan dan tanggungjawabnya terhadap Allah S.W.T., diri, masyarakat, negara dan alam sekitar.

Penghayatan ibadah menerusi pengetahuan dan pemahaman tentang peraturan dan disiplin ibadah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. serta melakukannya.

Meneladani sirah Rasullah S.A.W. dan Tamadun Islam iaitu dengan mengetahui, mencontohi dan membangunkan kembali keagungan Tamadun Islam.
c) Manakala Akhlak Islamiyah pula menumpukan pembentukan peribadi pelajar kearah tingkahlaku muslim mukmin melalui pengetahuan dan pemahaman tentang peraturan dan cara hidup muslim dalam hubungannya dengan Allah S.W.T., diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar.

Nilai-nilai yang ditentukan dalam akhlak Islamiah sebahagiannya diajar khusus dalam Bidang Akhlak, dan sebahagiannya lagi disepadukan melalui Bidang-bidang Tilawah Al-Quran dan 'Ulum Syar 'iyah. Nilai-nilai diperincikan dan diajar secara sepadu serta dihubungkait antara satu sama lain, dan diulangi dari semasa ke semasa bagi memupuk sifat-sifat mahmudah secara berterusan di dalam diri pelajar. Kesemua nilai-nilai atau sifat-sifat mahmudah dalam bidang ini diajar pada setiap Tingkatan. Walau pun nilai itu sama, namun skop dan isi pelajarannya adalah berbeza kerana kandungan yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam.
Ketiga-tiga bidang ini merupakan kesepaduan ilmu yang dapat melahirkan insan soleh yang diredai Allah S.W.T. Pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan berdasarkan kandungan sukatan pelajaran ini adalah sesuai dengan peringkat dan keupayaan pelajar sekolah menengah.
Bahan-bahan rujukan seperti al-Quran, as-Sunnah, Sirah Rasulullah S.A.W. sejarah para Sahabat R.A., pendapat para sarjana Islam, dan ilmu lain seperti Sains, Matematik, Geografi dan Sejarah boleh dijadikan asas bagi mengolah pengetahuan dan kemahiran di dalam sukatan pelajaran ini. Pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi pada peringkat sekolah menengah ini dapat diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi.
ATAS


TINGKATAN 1
1.0 Tilawah Al-Quran
1.1 Objektif
Setelah mempelajari Tilawah Al-Quran Tingkatan I, pelajar dapat:
• membaca ayat-ayat Al-Quran dengan tartil;
• menghafaz ayat-ayat tertentu daripada Surah Al-Baqarah mengikut bacaan tadwir; dan
• memahami tafsiran, hikmat, dan pengajaran ayat-ayat Al-Quran serta menghayatinya.
1.2 Isi
a. Ayat Bacaan: Ayat 1 hingga 286 Surah Al-Baqarah.
b. Ayat Hafazan: Ayat 1 hingga 5,201, 255, 256, 284, 285 dan 286 Surah Al- Baqarah.
c. Ayat Kefahaman: Ayat 1 hingga 5, 34 hingga 37, ayat 83, 155 hingga 156, 168, 201, 219, 255, 256, 282, 284, 285 dan 286 Surah Al-Baqarah.
2.0 Ulum Syar 'iyah
2.1 Aqidah
2.1.1 Objektif
Setelah mempelajari aqidah Tingkatan I pelajar dapat:
a. memahami konsep aqidah;
b. mempertingkat dan memantapkan aqidah Islamiah;
c. memahami rukun-rukun iman yang menjadi asas aqidah Islamiah; dan
d. menyakini serta menghayati rukun-rukun iman.
2.1.2 Isi
a. Konsep aqidah
b. Asas-Asas aqidah Islamiah
c. Aqidah berteraskan rukun iman, dan
d. Dalil aqli tentang kewujudan Allah berdasarkan dalil naqli dan alam syahadah.
2.2 Ibadat
2.2.1 Objektif
Setelah mempelajari ibadat Tingkatan I, pelajar dapat:
a. memahami konsep dan cara-cara bersuci mengikut hukum syarak serta mengamalkannya dengan sempurna;
b. memahami kepentingan solat fardu, solat sunat serta dapat mengamalkannya dengan sempurna; dan
c. memahami kewajipan puasa serta dapat mengamalkannya dengan sempurna.
2.2.2 Isi:
a. Bersuci:
i) Konsep bersuci dan maananya.
ii) Bersuci daripada najis, cara dan hikmatnya.
iii) Intinjak.
iv) Wuduk dan hikmatnya
v) Tayammum dan kaifiat serta hikmatnya, dan
vii) Sertu dan samak serta cara-cara melakukannya.
b. Kesan bersuci dalam kehidupan individu dan masyarakat.
c. Solat:
i) Solat fardu kewajipan dan hikmatnya.
ii) Solat berjamaah dan kepentingannya.
iii) Solat sunat rawatib dan sunat tahiyyatul masjid cara-cara mengamalkan dan kepentingannya.
d. Puasa:
i) Puasa, kewajipan dan hikmatnya
ii) Jenis puasa.
2.3 Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam
2.3.1 Objektif:
Setelah mempelajari Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam Tingkatan I, pelajar dapat:
a. memahami konsep sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam;
b. memahami dan meneladani Sirah Rasulullah S.A.W. dalam menegakkan agama Allah S.W.T. di Makkah Al- Mukarramah;
c. mengenali tokoh-tokoh yang terkemuka dan berjasa pada zaman awal Islam, menghargai dan mencontohi perjuangan; dan
d. sumbangan tokoh-tokoh berkenaan dalam tamadun Islam.
2.3.2. Isi:
a. Konsep keimanan kepada Rasul.
b. Perjuangan Nabi Muhammada S.A.W. di Makkah Al- Mukarramah dalam menegakkan aqidah Islamiah.
c. Semangat dan perjuangan tokoh-tokoh berikut dalam menegakkan perjuangan Islam di Mekah:
i) Khadijah binti Khuwailid r.a.
ii) Abu Bakar As-Siddiq r.a.
iii) Sumaiyah r.a.
iv) Bilal bin Rabah r.a.
3.0 Akhlak Islamiah
3.1 Objektif
Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:
a. menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah;
b. menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam;
c. menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d. menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e. mengamatkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.
3.2 Isi
a. Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b. Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c. Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d. Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e. Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai dalam Lampiran 'A'
ATAS


TINGKATAN 2
1.0 Tilawah Al-Quran
1.1 Objektif:
Setelah mempelajari Tilawah al-Quran Tingkatan 2, pelajar dapat
a. membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tartil;
b. menghafaz ayat-ayat yang tertentu daripada Surah Ali Imran mengikut bacaan tadwir; dan
c. memahami tafsiran, hikmat, pengajaran dan menghayati ayat-ayat Al-Quran.
1.2 Isi:
a. Ayat Bacaan: Surah Ali Imran ayat 1 hingga 200
b. Ayat Hafazan: Surah Ali Imran ayat 8, 18, 26 dan 27
c. Ayat Kefahaman: Surah Ali Imran ayat 8, 18, 26, 27, 103, 110, 133 hingga 136 dan 159.
2.0 Ulum Syar'iyah
2.1 Aqidah:
2.1.1 Objektif:
Setelah mempelajari aqidah Tingkatan 2, pelajar dapat:
a. bertaabud dan bertaqarrub kepada Allah S.W.T.;
b. menghayati sifat mahabbah, rahmah, sakinah dan mawaddah dalam kehidupan bermasyarakat; dan
c. memanifestasikan rukun iman dalam kehidupan harian.
2.1.2 Isi:
a. Sifat-sifat Allah S.W.T. Yang Maha Esa, Maha Pengasih Maha Penyayang, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, dan Maha Adil.
b. Dalil naqli dan aqli yang menunjukkan bahawa Allah S.W.T. Maha Esa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha bijaksana, maha Mengetahui dan Maha Adil.
c. Kesan-kesan keimanan kepada Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Bijaksana dalam realiti kehidupan seperti kasih sayang kepada ibubapa, homrat kepada jiran, hormat kepada guru, dan lain-lain.
d. Keimanan kepada malaikat
i) Hakikat malaikat
ii) Tugas-tugas malaikat
iii) Kesan dan implikasi percaya kepada Malaikat
e. Keimanan kepada kitab-kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
i) Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. dan tujuannya.
ii) Al-Quran sebagai mukjizat yang dijamin ketulenan isi kandungannya.
iii) Al-Quran sebagai bacaan dan panduan hidup seharian.
2.2 Ibadat
2.2.1 Objektif:
Setelah mempelajari Ibadat Tingkakt 2, pelajar dapat:
a. memahami kewajipan dan kepentingan solat Jumaat, jamak, qasar dan mengamalkannya dengan sempurna.
b. memahami kewajipan puasa, serta menghayati bulan Ramadan; dan
c. memahami kewajipan zakat fitrah.
2.2.2 Isi:
a. Solat Jumaat:
i) Konsep Jumaat.
ii) Syarat wajib, sah serta cara mengamalkannya.
iii) Rukun Khutbah Jumaat.
iv) Adab Makmum.
b. Solat Jamak dan Qasar:
i) Konsep solat jamak dan qasae.
ii) Memahami dan menghargai solat jamak dan qasar.
iii) Hikmat, syarat-syarat dan kaifiatnya.
c. Puasa:
i) Konsep puasa.
ii) Syarat wajib, rukun, perkara yang membatalkan, sunat dan maksuh.
iii) Orang yang harus berbuka puasa.
iv) Qada dan fidyah puasa.
v) Penghayatan bulan Ramadan.
d. Zakat fitrah:
i) Konsep zakat fitrah.
ii) Syarat wajib zakat fitrah.
iii) Waktu mengeluar zakat fitrah.
iv) Hikmat zakat fitrah.
2.3 Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam
2.3.1 Objektif
Setelah mempelajari Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam Tingkatan 2; pelajar dapat:
a. memahami faktor kejayaan dakwah Rasulullah S.A.W. di Mekah;
b. meneladani dan mengambil iktibar peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah, dan
c. mengenali tokoh-tokoh sahabat terkemuka yang memberi sumbangan kepada kejayaan Islam.
2.3.2 Isi:
a. Faktor-faktor kejayaan dakwah Islamiah Rasulullah S.A.W. di Mekah.
b. Hijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah dan pengajaran yang diperolehi.
c. Semangat perjuangan tokoh:
i) Sayyidina Omar Al-Khattab r.a.
ii) Osman bin Affan r.a.
iii) Ali bin Abi Talib k.w.
iv) Hamzah bin Abd. Mutalib
3.0 Akhlak Islamiah
3.1 Objektif:
Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:
a. menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah;
b. menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam;
c. menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d. menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e. mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.
3.2 Isi:
a. Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b. Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c. Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d. Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e. Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai dalam Lampiran 'A'
ATAS


TINGKATAN 3
1.0 Tilawah Al-Quran
1.1 Objektif
Setelah mempelajari Tilawah Al-Quran Tingkatan 3; pelajar dapat:
a. membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tartil;
b. menghafaz ayat-ayat tertentu, daripada surah Al-A'raaf dan surah Al-Jumu 'ah mengikut bacaan tadwir, dan
c. memahami pengertian, hikmat, pengajaran ayat-ayat di atas dan menghayatinya.
1.2 Isi
a. Ayat Bacaan:
i) Surah Al-A'raaf, ayat 1 hingga 87; dan
ii) Surah Al-Jumu'ah, ayat 1 hingga 11;
b. Ayat Hafazan:
i) Surah Al-A'raaf, ayat 23.
ii) Surah Al-Jumu 'ah, ayat 9, 10 dan 11.
2.0 Ulum Syar'iyah
2.1 Aqidah
2.1.1 Objektif
Setelah mempelajari aqidah Tingkatan 3, pelajar dapat:
a. memperkukuhkan keyakinan terhadap Rasul, hari akhirat, qada dan qadar serta merasai kesannya dalam kehidupan harian;
b. meneladani Rasulullah S.A.W. sebagai uswah dan qudwah hasanah;
c. melaksanakan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat;
d. redha dengan qada dan qadar Allah S.W.T.
2.1.2 Isi
a. Keimanan terhadap Rasul:
i) Mentaati rasul bererti mentaati Allah S.W.T.
ii) Rasul-Rasul yang wajib diketahui dan sejarahnya secara ringkas.
iii) Sifat-sifat para rasul.
iv) Kesan-kesan keimanan kepada rasul.
v) Keimanan terhadap ismaturrasul.
b. Keimanan terhadap Hari Akhirat:
i) Ajal manusia, nikmat dan siksa kubur.
ii) Hari kiamat, dalil, dosa, pahala, mahsyar, hisab mizan, sirat, syurga dan neraka serta dalil-dalilnya.
iii) Persediaan menghadapi hari kiamat.
iv) Kesan keimanan terhadap hari kiamat.
c. Keimanan kepada qada dan qadar:
i) Qada dan qadar serta hikmat
ii) Kefahaman yang betul mengenai konsep ikhtiar, tawakkal dan af'alul ibad serta hubungannya dengan qada dan qadar.
2.3 Ibadat:
2.3.1 Objektif:
Setelah mempelajari ibadat Tingkatan 3, pelajar dapat:
a. memahami cara mengamalkan solat ketika sakit, solat jenazah, solat hjat; dan
b. memahami kewajipan zakat harta benda.
2.3.2 Isi:
a. Ibadat
i) ibadat ketika sakit.
ii) Kewajipan mengerjakan solat ketika sakit dan kaifiatnya.
iii) Keajipan solalt jenazah dan kaifiatnya.
iv) Solat hajat.
b. Zakat
i) Konsep zakat.
ii) Jenis harta yang diwajibkan zakat dan kaifiatnya.
iii) Zakat dan hikmatnya.
iv) Asnaf zakat.
v) Institusi pengurusan zakat di Malaysia.
2.4 Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam
2.4.1 Objektif:
Setelah mempelajari Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam Tingkatan 3; pelajar dapat:
a. memahami dan mencontohi Rasulullah S.A.W. sebagai pemimpin di Madinah.
b. memahami strategi perjuangan Rasulullah S.A.W. sehingga membawa kepada Fathu Makkah.
c. memahami dan mencontohi keperibadian agung Rasulullah S.A.W. sebagai pemimpin agung; dan
d. mengenali tokoh-tokoh sahabat terkemuka yang memberi sumbangan besar kepada kejayaan Islam.
2.4.2 Isi:
a. Kepimpinan Rasulullah S.A.W. dalam:
i) Pembinaan masjid dan pembentukan negara.
ii) Persaudaraan masyarakat Islam (Muhajirin dan Ansar).
iii) Pembentukan masyarakat Madinah (piagam Madinah).
iv) Perjanjian Hudaibiyah.
b. Pembukaan mekah.
c. Semangat dan perjuangan tokoh-tokoh Islam.
i) Abu Hurairah r.a.
ii) Abd. Rahman bin Auf r.a.
iii) Aishah binti Abu Bakar r.a.
iv) Khalid bin Al-Walid r.a.
v) Fatimah Al-Zahra' r.a.
3.0 Akhlak Islamiah
3.1 Objektif:
Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:
a. menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah;
b. menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam.
c. menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d. menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e. mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.
3.2 Isi:
a. Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b. Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c. Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d. Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e. Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai dalam Lampiran 'A'.
ATAS


TINGKATAN 4
1.0 Tilawah Al-Quran
1.1 Objektif
Setelah mempelajari Tilawah Al-Quran Tingkatan 4, pelajar dapat
a. membaca ayat-ayat Al-Quran dengan tartil;
b. menghafaz ayat-ayat tertentu daripada surah Al-An'am, surah Al- Mukminun dan surah Luqman dengan bacaan tadwir; dan
c. memahami pengertian, hikmat, pengajaran ayat-ayat tertentu dan menghayatinya.
1.2 Isi
a. Ayat Bacaan:
i) Surah Al-An'am, ayat 1-165;
ii) Surah Al-Mu'minun, ayat 1 - 35;
iii) Surah Luqman, ayat 1 - 21.
b. Ayat Hafazan:
i) Surah Al-An'am, ayat 162 - 163
ii) Surah Al-Mu'minun, ayat 1 - 11,
iii) Surah Luqman, ayat 12 - 19.
c. Ayat Kefahaman:
i) Surah Al-An'am, ayat 6, 50, 70, 125 dan 161 hingga 165.
ii) Surah Al-Mu'minum, ayat 1 - 11,
iii) Surah Luqman, ayat 12 - 19.
2.0 Ulum Syar'iyah
2.1 Aqidah:
2.1.2 Objektif:
Setelah mempelajari aqidah Tingkatan 4, pelajar dapat:
a. memahami perkara-perkara yang membatal dan merosakkan iman;
b. memelihara diri daripada perkara-perkara yang membatal dan memrosakkan iman; dan
c. memahami cara-cara bertaubat dan menghayatinya.
2.2 Isi
a. Perkara yang membatalkan iman:
i) Syirik.
ii) Kufur.
iii) Riddah.
iv) Khurafat.
v) Sihir.
vi) Nifaq.
b. Dosa-dosa besar yang merosakkan iman:
i) Menghina dan menderhakai ibu bapa.
ii) Riba.
iii) Mencuri.
iv) Menipu.
v) Minum arak dan menagih dadah.
vi) Berzina/ liwat/ musahaqah.
vii) Membunuh manusia.
viii) Memakan harta anak yatim.
ix) Lari dari medan perang.
x) Menuduh zina.
c. Taubat dan cara-caranya.
i) Konsep taubat.
ii) Dalil.
iii) Cara-cara bertaubat.
iv) Hikmat bertaubat.
2.2 Ibadat
2.2.1 Objektif
Setelah mempelajari ibadat Tingkatan 4, pelajar dapat:
a. memahami falsafah haji;
b. memahami konsep ibadat haji dan cara mengerjakannya;
c. memahami Institusi Haji di Malaysia;
d. memahami prinsip-prinsip asas muamalat Islam, dan
e. mengetahui kaifiat sembelihan dan hikmamtnya.
2.2.2 Isi
a. Falsafah Haji.
b. Konsep Haji dan cara mengerjakannya.
c. Institusi pengurusan haji di Malaysia.
d. Prinsip asas muamalat dan kepentingannya.
e. Sembelihan, qurban dan aqiqah serta fadilatnya.
2.3 Tamadun Islam
2.3.1 Objektif
Setelah mempelajari tamadun Islam Tingkatan 4, pelajar dapat
a. memahami dan mencontohi Khulafa' Al-Rasyidin dalam mengembangkan tamadun Islam; dan
b. mengenal dan mencontohi tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembinaan tamadun Islam.
2.3.2 Isi
a. Dasar penyebaran Islam di zaman Khulafa' Al-Rasyidin:
i) Ciri-ciri kepimpinan Khulafa' Al-Rasyidin.
ii) Sistem pentadbiran Khulafa' Al-Rasyidin.
b. Tokoh-tokoh Islam:
i) Imam Abu Hanifah r.a.
ii) Imam Malik r.a.
iii) Imam Syafie r.a.
iv) Imam Ahmad Ibnu Hambal r.a.
v) Imam Ghazali r.a.
vi) Imam Bukhari r.a.
3.0 Akhlak Islamiah
3.1 Objektif:
Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:
a. menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan
Al-Quran dan As-Sunnah;
b. menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam;
c. menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d. menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e. mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.
3.2 Isi:
a. Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b. Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c. Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d. Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e. Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai dalam Lampiran 'A'.
ATAS


TINGKATAN 5
1.0 Tilawah Al-Quran
1.1 Objektif
Setelah mempelajari Tilawah al-Quran Tingkatan 5, pelajar dapat:
a. membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tartil;
b. menghafaz ayat-ayat tertentu daripada surah At-Taubah, surah An- Nur dan surah Al-Hasyr dengan bacaan tadwir; dan
c. memahami pengertian, hikmat, pengajaran ayat-ayat di atas dan menghayatinya.
1.2 Isi
a. Ayat Bacaan:
i) Surah at-Taubah ayat 1 hingga 129.
ii) Surah An-Nur, ayat 1 hingga 38.
iii) Surah As-Sajdah, ayat 1 hingga 30.
iv) Surah Al-Hasyr, ayat 1 hingga 24.
b. Ayat Hafazan:
i) Surah At-Taubah ayat128 hingga 129;
ii) Surah An-Nur, ayat 35;
iii) Surah Al-Hasyr, ayat 21 hingga 24.
c. Ayat Kefahaman:
i) Surah at-Taubah ayat 6, 128 hingga 129;
ii) Surah An-Nur, ayat 30, 31 dan 35.
iii) Surah Al-Hasyr, ayat 21 hingga 24.
iv) Surah As-Sajdah ayat: 15 hingga 16.
2.0 'Ulum Syar'iyah
2.1 Aqidah
2.1.1 Objektif:
Setelah mempelajari aqidah Tingkatan 5, pelajar dapat:
a. memahami dan meyakini aqidah berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dan
b. mengenalpasti kepercayaan yang menyeleweng dan sesat.
2.1.2 Isi:
a. i) Pengenalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
ii) Prinsip aqidah berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
b. Ciri-ciri ajaran sesat dan menyeleweng:
i) Syiah
ii) Qadyani
iii) Bahai
2.2 Ibadat
2.2.1 Objektif:
Setelah mempelajari ibadat Tingkatan 5, pelajar dapat:
a. memahami konsep perkahwinan dalam Islam.
b. mengetahui keunggulan sistem kekeluargaan dalam Islam.
2.2.2 Isi
a. Konsep perkahwinan.
i) Perkahwinan dan hikmamtnya;
ii) Kaifiat perkahwinan mengikut Islam,
iii) Tanggungjawab suami, isteri, ibu dan bapa.
iv) Talak, rujuk, iddah, nusyuz, fasakh, khuluk dan zihar.
v) Poligami.
vi) Kemahiran keibu bapaan.
b. Isu-isu semasa berkaitan kekeluargaan.
i) HIV dan AIDS.
ii) Mut'ah (Nafkah)
iii) Wali hakim.
iv) Anak luar nikah.
v) Akta kekeluargaan
vi) Kahwin mutaah.
vii) Lain.
2.3 Tamadun Islam
2.3.1 Objektif
Setelah mempelajari Tamadun Islam Tingkatan 5, pelajar dapat:
a. memahami perkembangan, kemajuan Islam di zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbassiah, dan
b. mengenal serta mencontohi tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembinaan tamadun Islam.
2.3.2 Isi
a. Perkembangan Islam di zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbassiah.
i) Penyebaran Islam.
ii) Ketenteraan.
iii) Pendidikan.
iv) Kehakiman.
v) Perekonomian.
vi) Perkembangan ilmu pengetahuan.
vii) Semangat dan jihad.
viii) Sains dan teknologi
b. Tokoh-tokoh Islam.
i) Ibnu Sina.
ii) Ibnu Khaldun.
iii) Shah Waliullah.
iv) Jamaludin Al-Afghani.
v) Muhammad Abduh.
vi) Hamka.
vii) Sheikh Tahir Jalaluddin.
3.0 Akhlak Islamiah
3.1 Objektif:
Setelah mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:
a. menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah;
b. menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan syariat Islam;
c. Menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d. menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e. mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.
3.2 Isi:
a. Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b. Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c. Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara, mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d. Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e. Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai dalam Lampiran 'A'.
ATAS


LAMPIRAN "A"
Senarai Nilai-Nilai Murni/ Sifat-Sifat Mahmudah
1.0 HIKMAH
Berpengetahuan luas dan bijaksana bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan alam Syahadah' serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai.
1.1 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli.
1.2 Celik akal
Pintar, cerdas dan berkemampuan memahami serta manaakul sesuatu dengan cepat dan tepat.
1.3 Maarifah
Pengetahuan yakin dan pengalaman yang membolehkan sesaorang menjelas dan mengamalkan prinsip dan asas-asas Islam.
1.4 Bercakap benar
Melahirkan kata-kata yang bernas, betul, dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam secara berhikmah untuk faedah semua.
1.5 Menegakkan kebenaran
Yakin dan berpegang teguh kepada kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran dengan hikmah.
1.6 Kesyukuran
Perasaan, ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat kurniaan Allah S.W.T, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaanNya' serta berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.
1.7 Takutkan Allah S.W.T.
Perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah S.W.T. yang mendorong sesaorang melakukan ketaatan dan meninggalkan larangannya.
1.8 Kerajinan
Usaha berterusan dengan penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan.
1.9 Prihatin
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, menyedari masalah masyarakatk dan sedia berusaha menyelesaikannya.
1.10 Berketerampilan
Mempunyai kemahiran yang menyeluruh dalam berbagai-bagai bidang khasnya kebolehan berfikir, kemahiran belajar dan merekacipta.
2.0 'ADAALAH
Keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut syariah Islamiah.
2.1 Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan, lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu berteraskan prinsip Islam.
2.2 Silaturrahim
Jalinan persaudaraan menghubungkan kaksih sayang berdasarkan pertalian nasab, musaharah, keagamaan, kejiranan dan kemanusiaan.
2.3 Berterima kasih
Pengiktirafan, penghargaan dan ganjaran yang diberikan sebagai mengenang dan membalas sesuatu sumbangan dan jasa.
2.4 Baik pertimbangan
Membuat pertimbangan yang wajar untuk menghasilkan keputusan saksama serta tidak menimbulkan sebarang penyesalan dan ungkitan.
2.5 Toleransi
Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya perselisehan dan pertelingkahan.
2.6 Saling bermaafan
Sanggup meminta dan memberi maaf bahkan membalas keburukan dengan kebaikan.
2.7 Bermarwah
Menghiasi diri dengan budipekerti yang mulia melalui tuturkata' tingkah laku, pakaian dan pergaulan.
2.8 Ibadah
Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan cara menjunjung segala perintah dan menjauhi laranganNya.
2.9 Sensitif kepada kezaliman
Sanggup tampil membela makhluk yang dihina, teraniaya dan dizalimi.
2.10 Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
2.11 Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan oleh individu pada peringkat keluarga, komuniti dan masyarakat untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.
2.12 Semangat bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama bagi mewujudkakn keharmonian hidup bermasyarakat.
2.13 Bermuafakat
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan yang baik.
3.0 IFFAH
Mengawal nafsu daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang ma'arof serta sentiasa tunduk kepada petunjuk akal dan syarak.
3.1 Malu
Perasaan 'aib, hina dan rendah diri kepada Allah S.W.T., manusia dan diri sendiri kerana membuat sesuatu yang keji dan dilarang Allah.
3.2 Kesopanan
Bersikap tenang, berbudi bahasa, berbudi pekerti dan bersopan santun dalam pergaulan.
3.3 Sabah
Tenang, tabah, redha dan ikhlas dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta sentiasa berusaha mengatasinya.
3.4 Baik hati
Sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka secara tulus ikhlas dan ihsan.
3.5 Murah hati
Sedia memberi bantuan seca ikhlas dan ihsan kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan dan sokongan moral.
3.6 Kebebasan
Merasa tidak terkongkong melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab berdasarkan peraturan syarak, norma masyarakat dan undang-undang negara.
3.7 Qana'ah
Redha dengan ketentuan Allah S.W.T., tenang menghadapi cabaran, sentiasa berusaha, dan tidak mudah berputus asa.
3.8 Berdisplin
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana ia berada.
3.9 Daya usaha
Berusaha untuk menyempurnakan diri dengan penuh azam dan semangat inisiatif, keriatif dan inovatif berlandaskan petunjuk Allah S.W.T.
3.10 Sejahtera
Jiwa yang tenteram dan tenang serta tidak menyakiti orang lain hasil daripada keupayaan mengawal hawa nafsu.
3.11 Wara'
Menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah, haram dan beriltizam melakukan kerja-kerja yang baik.
3.12 Wasatiyah
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikirian, peraturan atau perlakuan supaya sesuai dengan agama, norma dan nilai masyarakat.
3.13 Kebersihan
Menjaga kebersihan rohani, jasmani dan mental serta alam sekitar bagi menjamin kesejahteraan hidup.
a. Kebersihan diri
Kebersihan diri dan tubuh badan daripada hadas, kekotoran dan najis untuk menjamin kesejahteraan hidup dan amal ibadat diterima Allah S.W.T.
b. Kebersihan persekitaran
Memelihara alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
c. Kebersihan mental
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.
d. Kebersihan rohani
Pemikiran, pertuturan dan perlakuan serta amalan yang bersih dari sebarang kepercayaan karut dan khurafat terhadap Allah S.W.T.
3.14 Menghargai masa
Mengisi masa secara berfaedah dengan menepati waktu dan menyegerakan sesuatu tugasan.
a. Menepati waktu
Melakukan sesuatu tepat pada waktunya atau selaras dengan jadual yang ditetapkan.
b. Bijak mengurus masa
Tahu menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan serta melaksanakannya dengan cepat dan tepat.
3.15 Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara yang berfaedah.
4.0 SYAJAAH
Sanggup berjuang dengan penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal, keturunan, harta benda, negara, maarwah dengan kekuatan fikiran, harta benda, tenaga dan jiwa.
4.1 Berjiwa besar
Sentiasa meningkatkan kebolehan diri, berwawasan, sanggup menghadapi resiko dan bersedia memikul tanggungjawab dengan tabah dan yakin.
4.2 Yakin diri
Kemampuan menghadapi dan menyelesaikan masalah serta boleh menjelaskan prinsip dan asas-asas dalam perkara yang berkaitan dengan syariat Islam berdasarkan dalil naqli dan aqli.
4.3 Hemah tinggi
Sentiasa bersedia melakukan segala amalan yang baik dengan penuh iltizam dan ikhlas ke arah kecemerlangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan.
4.4 Tetap pendirian
Meyakini kebenaran dan berpegang teguh kepadanya dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.
4.5 Istiqamah
Tekal, tepat, tetap dan berterusan dalam mengerjakan sesuatu yang baik.
4.6 Berani mencuba
Berani mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif dan inovatif yang tidak bertentangan dengan syarak.
4.7 Tahan lasak
Mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi hasil daripada yang latihan yang intensif dan sistematik.
4.8 Berdikari
Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain selaras dengan peraturan dengan peraturan, undang-undang dan agama.
a. Berupaya bertindak sendiri
Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
b. Yakin kepada diri sendiri
Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
c. Nasihat menasihati
Sedia memberi dan menerima nasihat dengan ikhlas dan sabar.
4.9 Berani berjihad
Sentiasa bersedia dan sanggup berjuang untuk mempertahankan agama, negara, keluarga dan diri serta kehormatan walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa daripada ancaman musuh dan godaan syaitan

Tujuan Dan Kandungan Kurikulum Pend. Islam

Kurikulum Pendidikan yang patut diberikan kepada anak-anak orang Islam bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan soleh dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek yang dapat memikul tanggungjawab untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Pendahuluan

Pendidikan membawa pengertian yang cukup luas. Ia meliputi hampir kesemua bidang aktiviti manusia daripada yang paling kecil seperti menjala ikan untuk dijadikan lauk hingga kepada aktiviti yang lebih kompleks seperti berfikir dalam bentuk individual ataupun secara kolektif. Boleh dikatakan, ia mencakupi bidang-bidang yang sama luasnya dengan tamadun sesuatu bangsa itu sendiri. Ini termasuklah bidang-bidang seperti falsafah, kesusasteraan, matematik, sains dan teknologi, pertukangan, ekonomi, agama, dan lain-lain. Jadi persoalannya, bagaimanakah sesuatu pendidikan itu mampu mencapai hasrat untuk melahirkan individu yang dapat menyumbang ke arah kemajuan diri, masyarakat dan negara
Jawapannya adalah bergantung kepada isi kandungan kurikulum suatu mata pelajaran. Kandungan Kurikulum menentukan sama ada suatu mata pelajaran itu mampu mendidik individu untuk menjadi seseorang yang bukan sahaja dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehinya untuk kegunaan sendiri, malah dapat digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.
Memandangkan betapa pentingnya kandungan kurikulum itu sendiri, maka pakar-pakar pendidikan telah menyediakan mata pelajaran-mata pelajaran yang difikirkan mempunyai kepentingan kepada masyarakat masing-masing. Jadi dalam konteks Malaysia, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Dalam kurikulum ini, pendidikan agama (Islam) dan moral adalah dititikberatkan dan menjadi teras kepada mata pelajaran yang lain untuk memastikan matlamat pendidikan negara yang digariskan melalui Falsafah Pendidikan Negara dapat dicapai.
Jadi dalam perbincangan ini, kita cuba mengupas bagaimana rupa bentuk kurikulum yang perlu dimasukkan dalam pendidikan Islam agar anak-anak Islam dapat dibentuk sebagai seorang individu yang soleh melalui penerapan nilai-nilai intelek, rohani, jasmani dan emosi yang seimbang agar mereka ini nanti mampu memikul tanggungjawab yang dituntut dalam ajaran Islam.
Tujuan Pendidikan Islam
Sebelum kita meneroka lebih jauh tentang isi kandungan kurikulum dalam pendidikan Islam, adalah lebih elok jika kita membincangkan tujuan-tujuan diwujudkan pendidikan Islam. Ini kerana, kurikulum dan tujuan pendidikan tidak boleh dipisahkan dan saling mempunyai wasilah di antara satu sama lain. Kurikulum pendidikan perlu dibentuk berdasarkan tujuan pendidikan itu sendiri. Dalam erti kata lain, kurikulum pendidikan digubal berdasarkan tujuan-tujuan tersebut. Oleh itu, untuk menjelaskan tentang tujuan pendidikan Islam, kita tinjau terlebih dahulu secara ringkas pendapat-pendapat beberapa tokoh yang berkaitan.
Kebanyakan tokoh menggariskan bahawa pendidikan sebenarnya bukanlah sekadar untuk memenuhi bidang pekerjaan tetapi fungsi utamanya ialah untuk mempelajari seberapa banyak ilmu pengetahuan mengajar manusia mengenali diri, penciptanya dan alam ini. Al-Jammali (1966:82) menyenaraikan tujuan pendidikan Islam dengan berdasarkan kepada kandungan al-Quran seperti berikut:
1. Memperkenalkan kepada manusia akan kedudukannya di antara sekalian makhluk dan tanggungjawab individu dalam alam ini.
2. Memperkenalkan kepada manusia akan hubungan-hubungan sosialnya dan tanggungjawabnya dalam rangka suatu sistem sosial.
3. Memperkenalkan kepada manusia akan makhluk (alam jagat), dan mengajaknya memahami hikmah penciptaannya.
4. Memerkenalkan kepada manusia akan Pencipta alam jagat ini.
Ibnu Khaldun pula membahagikan tujuan pendidikan itu kepada tujuh, iaitu:
1. Mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syiar-syiar agama melalui al-Quran dan al-Sunnah. Dengan jalan itu potensi iman dapat dikuatkan.
2. Memperlengkapkan akhlak manusia.
3. Memperlengkapkan sosial manusia.
4. Memperlengkapkan manusia dengan asas latihan vokasional atau pekerjaan.
5. Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan pemikiran seseorang itu dapat membuat berbagai pekerjaan dan pertukangan atau vokasional tertentu.
6. Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenian, termasuk muzik, syair, khat, senibina dan lain-lain.
Hasan Langgulung pula menyatakan bahawa terdapat tiga tujuan utama pendidikan Islam, iaitu; Pertama, untuk menentukan haluan bagi proses pendidikan, iaitu ke arah manakah tujuan usaha manusia mendidik generasi muda, atau apakah corak manusia yang dihasilkan melalui pendidikan. Kedua, untuk merangsang dan mendorong manusia bekerja bersungguh-sunggguh bagi mencapai nilai-nilai murni dalam kehidupan. Ketiga, untuk menjadi kriteria dalam menilai proses pendidikan, iaitu menilai pencapaian pendidikan itu, sama ada berjaya atau tidak. Di samping itu, beliau juga membahagikan tujuan pendidikan Islam tersebut kepada dua bahagian utama, iaitu tujuan khas dan tujuan am




Kurikulum Pendidikan Islam
Demikianlah pendapat mengenai tujuan pendidikan Islam yang diutarakan oleh beberapa tokoh Islam dan pakar-pakar pendidikan. Jadi, daripada pendapat-pendapat yang diutarakan di atas, dapatlah saya rumuskan bahawa tugas am pendidikan Islam sebenarnya adalah bertujuan untuk menjalankan fungsi yang sememangnya bersifat normatif. Ia memerlukan perubahan positif terhadap tingkah laku seseorang hasil daripada apa yang telah dipelajari. Tujuan khusus pendidikan Islam pula adalah untuk mengingatkan manusia bahawa alam ini dicipta oleh Allah S.W.T. Oleh itu setiap apa yang dilakukan oleh manusia mestilah ikhlas keranaNya. Hanya dengan mempelajari Islam, manusia akan dapat mencapai kesejahteraan dalam hidup.
Namun perlu dijelaskan di sini, dalam konteks pendidikan Islam, ajaran yang disampaikan bukan hanya menjurus kepada tujuan akhirat semata-mata, tetapi individu muslim juga perlu mempelajari pelbagai ilmu yang akan dapat memperkembangkan potensi mereka sama ada dari segi intelektual, spiritual, jasmani mahupun emosi. Hanya dengan ilmu ini sahajalah umat muslim dapat memperlengkapkan diri untuk memastikan kesejahteraan hidup semasa berada di dunia dan seterusnya mempersiapkan diri bagi memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.
Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam
Sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya ia merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Oleh itu kurikulum pendidikan Islam mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut.
Sebenarnya sistem pendidikan di Malaysia sememangnya berteraskan kepada ajaran agama untuk melahirkan individu-individu yang celik akal dan seimbang dari semua segi. Ini termasuklah dari sudut rohani, jasmani dan juga emosi. Hal ini telah dijelaskan dalam Falsafah Pendidikan negara, iaitu:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan di atas telah menjelaskan bahawa perkembangan potensi individu yang ditekankan mestilah berlandaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Ini bermakna, aspek agama amat dipentingkan dan diutamakan seiring dengan perkembangan tersebut.
Seterusnya, untuk membincangkan dengan lebih jelas tentang kandungan kurikulum pendidikan yang harus diajarkan kepada anak-anak Islam, adalah lebih baik sekiranya diperincikan satu-persatu tentang aspek kurikulum berkenaan. Ianya terdiri daripada:
• Intelektual atau pengetahuan.
• Aspek kerohanian.
• Aspek jasmani
• Aspek emosi
• Kepimpinan
• Ekonomi
i. Intelektual atau Pengetahuan

Apabila kita membincangkan kandungan atau kurikulum pendidikan Islam, kita perlu melibatkan perbincangan mengenai ilmu pengetahuan yang terkandung dalam pengajaran itu. Persoalan setakat mana pengetahuan itu dapat membantu anak-anak Islam menjadi seorang yang soleh adalah bergantung kepada sejauh mana tingkat pengetahuan tersebut atau bagaimana pengetahuan tersebut disampaikan.
Bagi menjamin anak-anak Islam mendapat pengetahuan yang sewajarnya, kurikulum Pendidikan Islam mestilah bersifat mantiq (logik) serta dapat memperkembangkan pemikiran seseorang. Pengetahuan yang disampaikan secara mantiq akan menjamin keupayaan seseorang untuk berfikir dan menggunakan ilmu yang mereka perolehi ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. Hal ini telah dijelaskan oleh ahli-ahli falsafah Islam sejak zaman dahulu lagi bahawa mereka amat mementingkan dan mewajibkan ilmu mantiq dalam semua institusi pendidikan Islam, walaupun ilmu mantiq itu sendiri berasal dari Yunani, iaitu ciptaan Aristoteles. Paling penting, pengetahuan yang diperolehi bukan sekadar untuk difahami oleh anak-anak Islam tetapi juga perlu digunakan dan diaplikasikan dalam bidang-bidang tertentu. Dengan itu ilmu yang mereka perolehi tidak sia-sia. Di samping dapat meningkatkan dan memartabatkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi, mereka boleh menceburkan diri dalam bidang pekerjaan.
Namun, paling utama ilmu yang diajar itu biarlah mengandungi pengetahuan terhadap Allah S.W.T. Ini akan menjamin kesempurnaan ilmu seseorang itu yang akan menjadikannya seorang yang berakhlak tinggi serta insan yang soleh. Ahli-ahli falsafah Islam juga amat bersetuju bahawa objek pengetahuan yang paling tinggi dan mulia adalah pengetahuan terhadap Allah S.W.T.:
“Islam menganggap Allah S.W.T. sebagai tumpuan tertinggi pengetahuan, objek hakiki dan manusia patut menumpukan pengetahuannya kepadaNya menerusi akal dan fikirannya”.
Diringkaskan di sini, ilmu pengetahuan yang perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah mestilah mengandungi ilmu akhirat dan ilmu duniawi. Kedua-dua jenis ilmu ini mempunyai perhubungan di antara satu sama lain. Umat Islam perlu mendapatkan kedua-dua ilmu ini bagi memperlengkapkan diri menuju kepada tingkat ilmu yang tertinggi


i. Aspek Kerohanian

Dalam konteks pendidikan Islam, pengajaran berkait rapat dengan konsep fitrah. Kanak-kanak yang lahir adalah mempunyai fitrah yang suci dan baik. Unsur-unsur luar sama ada yang baik atau buruklah yang akan mempengaruhi fitrah kanak-kanak. Jadi adalah amat perlu kanak-kanak diajar dengan unsur-unsur yang dapat mengekalkan fitrah mereka sebagaimana yang dibekalkan kepada mereka sejak lahir. Cara untuk mengekalkan kejadian fitrah tersebut adalah dengan memperkembangkan potensi semula jadi mereka berlandaskan ajaran Islam dan membersihkan hati atau rohani mereka yang juga disebut sebagai spiritual. Ini kerana menurut pandangan Islam, kebersihan rohani adalah ciri terpenting yang perlu ada pada setiap umatnya. Jadi, aspek kerohanian juga perlu dimasukkan dalam kurikulum pendidikan Islam. Aspek ini akan menjamin kebersihan rohani dan menyucikan jiwa anak-anak Islam daripada sifat-sifat yang boleh meruntuhkan akhlak mereka seterusnya dapat menjamin bahawa asosiasi yang bakal dilahirkan nanti menjadi insan yang soleh.
Bagi memastikan aspek kerohanian dapat diperkembangkan melalui Kurkulum Pendidikan Islam, pengetahuan seperti tauhid, aqidah, pengetahuan tentang perkara-perkara yang halal dan haram, hukum-hukum syariah Islam, pengetahuan tentang aspek kerohanian dan kehidupan serta pengetahuan tentang realiti alam ini mestilah diajarkan kepada mereka. Aspek ini akan dapat memandu anak-anak Islam untuk memahami tentang kejadian alam ini, penciptanya, memahami diri mereka serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul.
iii. Aspek Jasmani

Ahli falsafah barat ada mengatakan “Don’t judge a book by it’s cover”. Falsafah ini menerangkan bahawa kita tidak boleh menilai seseorang itu hanya dari segi luaran sahaja, tetapi perlu melihat dari dalam, barulah membuat kesimpulan. Namun dalam konteks ajaran Islam, faktor luaran dan dalaman mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Islam bukan sahaja menilai dari segi ilmu pengetahuan yang dimiliki seseorang tetapi juga mementingkan kebersihan diri dan kesihatan fizikal, iaitu aspek luaran. Aspek jasmani perlu seiring dengan ilmu yang dimiliki kerana ia akan mencerminkan keperibadian seseorang. Oleh itu amat perlu agar anak-anak Islam turut diajar tentang cara untuk menjaga kesihatan fizikal atau jasmani.
Sewajarnya kurikulum di sekolah, mengandungi pendidikan khas untuk memelihara kesihatan fizikal atau jasmani murid-murid. Aspek ini bukan sahaja boleh disampaikan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tetapi juga melalui Pendidikan Agama Islam. Penjagaan kesihatan perlu ditekankan dalam pendidikan Islam agar anak-anak Islam berpeluang mempelajari dan mengamalkan pengetahuan yang boleh memperkembangkan lagi potensi mereka dari pelbagai sudut. Sekiranya anak-anak Islam mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, bersih dari segi fizikal dan spiritualnya, maka barulah dikatakan dia telah dilengkapi dengan sifat-sifat insan yang soleh dan berkembang secara seimbang serta harmonis dalam pelbagai aspek sebagaimana yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
iv. Aspek Emosi

Emosi berkait rapat dengan mental dan kebolehan seseorang mengawal perasaan dalam semua tindak-tanduknya. Seseorang yang mampu mengawal emosinya akan juga dapat menjaga tingkah-lakunya. Manakala akal pula menjalankan tugasnya sebagai pengawal kepada emosinya. Sekiranya seseorang mampu menjaga akalnya, maka dia juga akan mampu mengawal emosinya.
Akal merupakan salah satu punca pengetahuan selain daripada deria dan intuisi. Sekiranya asosiasi yang hendak dididik itu mempunyai tahap kewarasan akal yang baik, maka mereka akan mampu mencapai tahap ilmu pengetahuan yang tertinggi serta dapat menggunakan pengetahuan tersebut dengan sebaik mungkin. Mengikut ahli-ahli falsafah Islam, selain mempunyai fungsi tersendiri, akal juga mempunyai beberapa kelebihan. Di antara kelebihan akal ialah, akal diibaratkan sebagai cahaya yang menerangi manusia di dalam gelap gelita yang menunjuknya pada kebenaran. Akallah yang mengajar manusia mengambil kesimpulan yang benar berdasarkan pengalaman yang lampau, yang memungkinkan manusia menilai pemikiran sendiri dan membezakan antara ilmu yang betul dengan khayalan kosong.
Huraian di atas menunjukkan betapa pentingnya manusia mengawal emosi dengan menggunakan akal yang waras. Hanya dengan memiliki emosi yang baik sahaja seseorang itu dapat memimpin diri dan seterusnya memanfaatkan ilmu yang diperolehinya untuk kesejahteraan masyarakat dan negara. Oleh itu, untuk menjamin anak-anak Islam berkembang dengan sifat-sifat yang sempurna, pendidikan yang menjurus kepada cara untuk memelihara emosi yang baik perlu ada dalam kurikulum yang diajarkan. Sebagai contoh mengajar mereka membentuk jati diri melalui penerapan nilai-nilai murni yang boleh diajarkan sama ada secara formal atau informal. Penekanan terhadap nilai-nilai murni dalam pendidikan di sekolah mampu melahirkan seorang individu yang mempunyai mental yang sihat.


v. Aspek Kepimpinan

Selain daripada usaha untuk memperkembangkan potensi murid-murid dari segi JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek), ciri-ciri kepimpinan juga amat perlu diajar kepada mereka. Aspek ini akan mengukuhkan lagi potensi dan perkembangan mereka dari segi yang disebutkan di atas.
Kandungan kurikulum perlu memasukkan elemen-elemen sejarah yang dapat menjelaskan tentang sifat-sifat kepimpinan yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin agung Islam pada masa dahulu. Berdasarkan pembelajaran tersebut anak-anak Islam yang hendak kita bentuk ini akan lahir sebagai seorang yang mempunyai kemahiran memimpin dan mewarisi sifat-sifat kepimpinan. Dengan itu juga mereka pastinya dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.
vi. Ekonomi

Meskipun kebanyakan tokoh-tokoh pendidikan berpendapat bahawa tujuan utama pendidikan di sekolah sebagaimana yang disebutkan di awal perbincangan ini bukanlah menjurus kepada memenuhi sesuatu bidang pekerjaan semata-mata, namun adalah perlu juga agar anak-anak Islam diajar dan diperkenalkan tentang sistem ekonomi, khususnya ekonomi Islam. Ini kerana kebolehan invididu untuk memikul tanggungjawabnya bagi memenuhi tuntutan agama juga mempunyai hubungan dengan bidang ekonomi. Perkembangan potensi dari segi JERI sahaja tidak mamadai untuk mereka. Tanpa ekonomi yang baik, individu berkenaan tidak akan mampu memikul tanggungjawab mereka atau menghadapi kehidupan di dunia globalisasi ini.
Ajaran Islam itu juga adalah berbentuk syumul. Maknanya, bukan sahaja ilmu pengetahuan akhirat yang perlu diambil kira, tetapi persediaan dan keperluan manusia semasa di dunia juga perlu dijaga. Salah satunya ialah bidang ekonomi yang akan menjana kehidupan seharian mereka. Oleh itu mereka perlu dididik dengan sempurna dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran agar mereka yang bakal lahir nanti merupakan insan yang soleh dan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
Penutup

Sekolah atau persekolahan merupakan sebuah institusi yang diwujudkan dengan tujuan melahirkan individu-individu berguna, berwibawa serta dapat mencapai apa yang dikehendaki. Dalam konteks pendidikan Islam, berguna yang dimaksudkan bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada masyarakat, bangsa, agama mahupun negara. Berwibawa pula membawa pengertian seeorang itu mampu memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan, sama ada tanggungjawab itu diberikan oleh orang lain mahupun diperintahkan oleh Allah S.W.T. Dengan adanya ciri-ciri tersebut, insya Allah anak-anak Islam akan menjadi seorang berkebolehan dari semua segi.
Berdasarkan daripada perbincangan-perbincangan yang telah dibuat sebelum ini, maka dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan kepada anak-anak Islam perlu merangkumi aspek-aspek berikut:
1. Pendidikan akal dan persiapan fikiran. Allah menyuruh manusia merenungi kejadian langit dan bumi agar manusia beriman kepadaNya.
2. Mengembangkan potensi dan bakat semula jadi kanak-kanak. Islam adalah agama fitrah. Ajarannya tidak terasing daripada tabiat semulajadi manusia, bahkan ia sesuai dengan fitrah kejadian manusia; tidak ada kerumitan atau perkara luar biasa.
3. Memberi kekuatan dan potensi generasi muda dan mendidik mereka sebaik-baiknya, sama ada lelaki ataupun perempuan.
4. Berusaha untuk menyeimbangkan segala potensi dan bakat manusia.
Justeru, untuk melahirkan insan yang soleh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, individu-individu khususnya anak-anak Islam perlu diajar dengan kurikulum yang sesuai dan dapat memenuhi tuntutan agama kita agar mereka ini akan lahir sebagai seorang insan mukmin yang dapat memikul tanggungjawab untuk memajukan diri, keluarga masyarakat, negara dan paling penting untuk agama. Oleh demikian, adalah diharapkan agar orang muslim, khususnya murid-murid mengambil peluang yang ada untuk mempelajari ilmu yang disampaikan kerana ilmu itu adalah sunnah dan ajaran Rasulullah, sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Apa yang di bawa oleh rasul hendaklah kamu mengikutinya, sedang yang dilarang, hendaklah kamu menjauhinya”.
(al-Hasyr:7)
Adalah diharapkan dengan adanya kandungan kurikulum pendidikan yang baik, matlamat untuk melahirkan insan mukmin yang soleh akan terlaksana.
Rujukan:
1. Al-Jamali, M.F (1972), Nahw Tauhid al-Fikr al Tarbawi fi al-Alam al Islami, Tunisia
2. DRS. Sidi Gazalba (1978), Ilmu Islam I, Perbahasan ilmu dan Filsafat Tentang Din Islam. Kuala Lumpur: Perusahaan Offset Bumikita Sdn. Bhd.
3. Hasan Langgulung (1986), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Ibnu Khaldun (1968), Al-Muqaddimah. Kaherah: Lujnah al-Bayan al-Arabi.
5. Jurnal Pelita Bahasa (Disember 1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Jurnal Pelita Bahasa (Ogos 1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Peranan, Kehendak Dan Pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan

PENDAHULUAN
Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989. Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 (www.moe.gov.my). Jadi secara amnya kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi mencapai matlamat pendidikan (Buku Laporan Kabinet,1979, dipetik dari Abdullah Sani, 2005: 144). Oleh itu amat pentinglah kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah, matlamat pendidikan, dan wawasan negara. Disamping itu, persoalan yang perlu dijawab di sini ialah sejauhmanakah kehendak-kehendak tersebut dilaksanakan di sekolah-sekolah agar mampu memenuhi tuntutan asalnya.
PERANAN KURIKULUM
Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa kearah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform (Abdullah Sani, 2005:145-146).
Semua sekolah yang terdapat dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah wajib menggunakan Kurikulum Kebangsaan tersebut. Bagi sekolah swasta, mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan handaklah diajar di sekolah tersebut. Kurikulum Kebangsaan meliputi mata pelajaran yang dapat menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid selepas menamatkan persekolahan. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran berhak melakukan penambahan, pegubahan atau pindaan ke atas Kurikulum Kebangsaan dari semasa ke semasa apabila merasakan perlu melakukan demikian. Setiap sekolah dikehendaki menyediakan murid-muridnya untuk menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
KEHENDAK-KEHENDAK KURIKULUM KEBANGSAAN
Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994: 100).
Kursus pengajian dan pakej elektif yang ditawarkan di peringkat sekolah rendah adalah berdasarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang mula dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 1983. KBSR ini dibentuk berasaskan kepada Laporan Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Pendidikan peringkat rendah menekankan perkembangan menyeluruh dalam bidang intelek, rohani, dan jasmani. Hal ini membolahkan pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui pengalaman secara langsung. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan pelajar secara aktif bagi membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis.
Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, “Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M)”. KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).
Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan.
Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1 hingga tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran yang ditawarkan diperingkat ini adalah merupakan pelajaran ‘teras’ iaitu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan (Abdullah Sani, 2005: 174-175).
Kursus pengajian dan pakej elektif bagi peringkat sekolah menengah pula adalah berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah menengah pada tahun 1989. KBSM ini juga dibentuk berlandaskan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam Perakuan 58, Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menyatakan “adalah diperakukan bahawa kurikulum peringkat menengah rendah hendaklah berupaya perkembangan daripada kurikulum sekolah rendah iaitu memperkukuhkan lagi pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan pra vokasional (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).
Matlamat pendidikan sekolah menengah adalah bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) bagi melahirkan insan yang seimbang, harmoni, dan berakhlak mulia. Pada peringkat menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga 3, mata pelajaran dibahagikan kepada kumpulan teras dan kumpulan tambahan. Mata pelajaran kumpulan adalah wajib dipelajari oleh semua pelajar.
Dalam Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat ini ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa Cina, Tamil, dan Arab. Mata pelajaran tambahan ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan pelajar (Abdullah Sani, 2005: 175-178). KBSR dan KBSM digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Semua warga pendidikan diharap akan berganding bahu dan berusaha dengan gigih agar FPK dapat dicapai demi kemakmuran negara kita Malaysia. Andai semua pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing FPK pasti memberi kesan yang diharapkan. Bagi melihat kesan FPK yang ketara, kita mungkin perlu menunggu masa satu atau dua generasi kehidupan (www.myschoolnet.ppk.kpm.my/perkelab).
PELAKSANAAN KURIKULUM DI SEKOLAH
Kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan berlandaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang bertitik tolak daripada Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Namun demikian, adalah menjadi suatu kesilapan sekiranya kita mempunyai kehendak-kehendak kurikulum yang baik tetapi tidak mampu dilaksanakan dengan jayanya dan bertentangan dengan objektif sebenar. Menyentuh kepada sejauhmanakah kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan dapat dilaksanakan disekolah agak sukar untuk diukur. Selalunya pengukuran tahap sejauhmana kurikulum sekolah boleh dinilai dari segi objektif, skop, mutu pegawai terlibat (khususnya guru), kebolehan para pelajar, kepentingan setiap mata pelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya (Ee Ah Meng,2003).
Secara amnya, penyeliaan dan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu melibatkan program utama yang merupakan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, program sokongan dan juga program sampingan ( Abdullah Sani, 2005: 146-172). Dalam program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada dua bidang utama iaitu bidang organisasi dan bidang pengajaran dan pembelajaran. Terdapat lima aspek yang dinilai dalam bidang organisasi iaitu melalui penilaian prestasi, peranan panitia mata pelajaran, iklim kelas, penyeliaan latihan dalam pengajaran serta profil murid. Manakala bidang pengajaran dan pembelajaran mencakupi pengajaran dan pembelajaran, penyampaian isi pelajaran, persediaan bahan pengajaran dan penggunaanya, akhir pelajaran dan teknik soal jawab.
Penilaian prestasi dilaksanakan bagi menentukan sejauhmana objektif-objektif pelajaran telah dicapai, dengan kata lain sejauhmanakah pelajar telah memahami pelajaran dan mampu mengaplikasikannya dalam situasi baru. Dalam situasi ini, guru boleh menjalankan sesi kuiz yang ringkas untuk menentukan aras kefahaman mereka. Dalam kelas KBSR, penilaian dijalankan pada tiga peringkat iaitu penilaian serta merta, penilaian kemajuan dan penilaian pencapaian (Ee Ah Meng, 2003:148). Biasanya, setiap sekolah mempunyai Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan yang bertujuan untuk menyelaras Perlaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah (PKSM) yang bertanggungjawab dalam merancang, mentadbir, melapor dan mengambil tindakan susulan dengan segala hal yang berkaitan dengan penilaian prestasi.
Untuk memantapkan lagi sistem perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah, panitia mata pelajaran juga ditubuhkan. Mesyuarat dan perkembangan ikhtisas panitia diadakan sekurang-kurangnya diadakan empat kali setahun dan mereka bertanggungjawab dalam memperoleh sukatan pelajaran baru yang telah dikemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia, memilih dan mencadangkan buku rujukan dan bahan bacaan tambahan untuk para guru, menyelaras soalan-soalan ujian, mengkaji dan menyelaras keputusan peperiksaan pelajar dan sebagainya. Penentu perlaksanaan kurikulum seterusnya ialah iklim kelas kerana ia banyak mempengaruhi kesungguhan guru dan pelajar mejalankan tanggungjawab masing-masing. Penyeliaan Latihan Dalam Pengajaran juga dilaksanakan terutamanya pemeriksaan dan penyemakan kerja-kerja bertulis perlu dilakukan sama ada penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan penyelaras tingkatan. Biodata dan maklumat lengkap murid juga perlu diambil kira bagi memudahkan perlaksanaan pengurusan organisasi sekolah.
Dalam program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran, terdapat satu bidang lagi yang terkandung selain bidang organisasi iaitu pengajaran dan pembelajaran. Selalunya perlaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan keberkesanan perlaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis bagi mempertingkatkan mutu pengajaran guru dalam bilik darjah supaya pendidikan yang diberi dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek. (Ibrahim Mamat, 2001:184) Penyampaian isi pelajaran oleh guru juga mesti berpandukan perancangan yang telah dibuat dan menepati langkah-langkah pengajaran dari awal hingga penutup. Di samping itu, alat bantu mengajar juga perlu disediakan dan apabila tamat pengajaran perlulah dibuat rumusan. Selain itu, teknik soal jawab diadakan bagi mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan guru.
Program sokongan merangkumi Program Kecemerlangan Akademik yang bertujuan untuk mempertingkatkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik bagi mempertingkatkan kecemerlangan sekolah. Selain itu terdapat Program SALC untuk SPM, Program Ulang Kaji Kendiri dan Program Tunas Cemerlang.
Manakala program sampingan meliputi Program Pengurusan Pelajar, Program Membaca dan NILAM, Program Celik Komputer, Pameran dan Pertandingan serta Jawatankuasa Kurikulum Sekolah yang akan diulas dengan lebih lanjut lagi mengenai tanggungjawab dan fungsi jawatan ini dalam melaksanakan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah.
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah merupakan sebuah badan professional yang ditubuhkan bagi mengetahui dan memahami bidang tugas masing-masing contohnya panitia matapelajaran serta mempertingkatkan lagi perananya di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui penyeliaan pencerapan. Peranan utama jawatankuasa kurikulum sekolah adalah merancang perlaksaan program jangka panjang dan jangka pendek peringkat sekolah yang dirancang bagi menentukan pencapaian kurikulum serta mengemukakan dan membincangkan kaedah-kaedah perancangan dan pengelolaan kuriulum dan aktiviti kurikulum tambahan. Melalui peranan inilah jawatankuasa kurikulum mampu mengalas kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan.
Menurut Abdullah Sani (2005), KBSR terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap satu yang mencakupi murid tahun satu hingga tiga dan tahap dua pula meliputi murid tahun empat hingga enam. Pada tahap ini penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan dan ia bukan sahaja oleh guru Pendidikan Moral atau Pendidikan Agama Islam, malah perlu diterapkan dalam matapelajaran yang lain di samping pemupukan budaya ilmu, sains dan teknologi. Malah penekanan-penekanan terhadap perpaduan negara, pemupukan budaya keusahawanan, pendedahan konsep pengantarabangsaan, peningkatan dan pengukuhan Bahasa Melayu, penumpuan terhadap bidang teknik dan vokasional, serta penekanan dalam pembangunan negara juga perlu dipraktikkan dalam proses pengajaran dalam mata pelajaran bagi peringkat KBSR dan KBSM. (Ee Ah Meng, 1996:122-124) Sebagai contoh, bagi meningkatkan pengukuhan perpaduan negara, mata pelajaran Sejarah telah diberi fokus yang baru. Unsur patriotisme dan perasaan kekitaan telah diserapkan ke dalam mata pelajaran sejarah dan setiap pelajar wajib mengambil mata pelajaran ini. Di peringkat sekolah rendah, pelajar mengambil matapelajaran Kajian Tempatan yang mengandungi komponen Sejarah.
Selain itu, Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat KBSR dan KBSM ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa Cina, Tamil, Arab dan yang terbaru adalah Bahasa Iban. Hal ini penting bagi memupuk semangat cintakan bahasa ibunda agar ianya tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.
Berbalik kepada perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah terutamanya membabitkan matapelajaran-matapelajaran dalam KBSR dan KBSM seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan sebagainya, guru merupakan individu penting yang melibatkan diri dalam beberapa perkara. Pertama, guru akan mentafsir sukatan pelajaran dan perlu mengetahuai sukatan terbaru melalui buku panduan khas serta mampu mengaplikasi objektif-objektif yang hendak di sampaikan. Kedua, guru hendaklah meninjau bagaimana isi pelajaran hendak disampaikan dan seterusnya perlu memikirkan bagaimana aktiviti-aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan. Selepas itu, beliau membuat perancangan pengajaran, menjalankan pengajaran dan kemudian menilai pengajarannya. (Ee Ah Meng, 2003:140-149)
Buat masa ini, keberkesanan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum amat bergantung pada pemerolehan kemahiran akademik. Namun agar sukar bagi kita untuk menilai sejauhmanakah kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan ini benar-benar dilaksanakan secara menyeluruh atau komprehensif di sekolah pada masa kini kerana penilaian melalui indeks-indeks tertentu tidak mencukupi untuk mengambarkan keadaan sebenar perlaksanaan kurikulum di negara kita. Ditambah lagi dengan pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelbagai pihak terutamanya melibatkan pihak sekolah yang menyebabkan ia terpaksa berfungsi di bawah beberapa batasan, menyukarkan lagi perlaksanan kurikulum di sekolah. Namun lazimnya, sesuatu kurikulum yang telah siap disusun, ia akan dilaksanakan dan dicuba di sekolah-sekolah setempat dan melalui percubaan perlaksanaan ini akan memberi maklum balas kepada perancang-perancang kurikulum. Apabila wujudnya kelemahan-kelemahan tertentu, maka isi kurikulum itu akan diubah supaya memenuhi keperluan pelajar.
PENUTUP
Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah. Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini. Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus Sekolah., PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. 1996. Pendidikan Di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng.2003. Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (semester 1), Selangor: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ibrahim Mamat,2001. Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Internet. http// www.moe.gov.my

I Internet. http// www.myschoolnet.ppk.kpm.my/perkelab

Laporan Jawatankuasa Kabinet. 1979. Mengkaji Pelaksanaan Dasar, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Daud Hamzah, 1994. Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
S. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls, 1987. Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka.

Misi Pendidikan Rasulullah

Oleh Panel PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


ADALAH menjadi salah satu tanda keagungan Allah SWT dan kemukjizatan Rasul-Nya SAW, walaupun sudah lebih 1400 tahun Baginda SAW meninggalkan kita, tetap akan ada sejumlah individu, kumpulan dan organisasi yang berusaha untuk menyambung misi perjuangan Rasulullah SAW.


Tinggal lagi, mungkin kerana keluasan skop misi perjuangan Rasulullah SAW, kita dapati, kalaupun mereka ini sama bersemangat untuk menyambung misi perjuangan beliau, akhirnya bentuk amal Islami yang terhasil akan berbeza-beza pendekatan dan acuan penghayatannya.


Antara pendekatan-pendekatan utama yang dapat kita perhatikan ialah pendidikan, kebajikan, politik, dakwah, kerohanian, ekonomi dan termasuk juga jihad bersenjata.


Dalam kepelbagaian 'jalan' yang dipilih, perlu rasanya dibuat penegasan bahawa misi utama dan teras kepada perjuangan Rasulullah SAW adalah pendidikan. Malah tidak salah dikatakan bahawa dimensi pendidikanlah yang lazimnya menjadi penentu kualiti dan keberkesanan sudut-sudut lain perjuangan warisan Nabawi.


Keutamaan pendidikan dan pendidik sebagai misi utama Nabi SAW jelas tampak dalam sumber al-Quran dan hadis seperti dalam ayat yang bermaksud: Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad SAW) itu adalah Dalam kesesatan yang nyata. (al-Jumu'ah : 2)


Manakala satu hadis yang menarik dalam soal ini ada diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam sunannya dan al-Darimi dalam sunannya daripada Abdullah ibnu Amru ibnu al 'Aas r.a, beliau berkata:


"Pada satu hari, Rasulullah SAW keluar daripada salah satu biliknya dan masuk ke masjid lalu Baginda berada antara dua kumpulan.


Salah satu daripadanya manusia yang sedang membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah Taala. Sementara yang satu kumpulan lagi sedang belajar dan mengajar. Lalu bersabda Rasulullah SAW berkata: "Kesemua mereka adalah baik. Adapun orang yang membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah SWT, jikalau Allah SWT inginkan kebaikan kepada mereka, nescaya Allah SWT akan beri, jikalau Allah SWT tidak menginginkan maka Dia akan menegahnya. Adapun orang yang mengajar dan belajar, maka sesungguhnya saya diutuskan sebagai pendidik," lalu Rasulullah SAW duduk bersama kumpulan mereka." (Sunan Ibnu Majah :1:83)


Bukti kejayaan Nabi SAW sebagai pendidik terlihat pada kualiti insan sebelum Baginda dibangkitkan dan sesudahnya. Baginda telah berhasil mengubah masyarakat jahiliah yang tandus daripada nilai kemanusiaan kepada satu generasi yang paling tinggi nilai keperibadiannya.


Lahirlah di tangan Baginda SAW, tokoh-tokoh perkasa berkeperibadian luhur yang muncul memimpin manusia secara sambung-menyambung hingga buahnya dapat dinikmati hingga ke zaman ini.


Rasulullah cintai ilmu


Penekanan dan keutamaan yang diberikan oleh Rasulullah SAW terhadap pendidikan juga dapat dirasakan apabila kita meninjau beberapa sikap Rasulullah SAW dalam aspek ini.


Kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al Hafiz al-Munziri dalam bab al-Tarhib fi Katmi al-'Ilm (Celaan Terhadap Menyembunyikan Ilmu) dan al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Majma' al-Zawaid ada merakamkan daripada 'Alqamah ibnu Saad ibnu Abd Rahman ibnu Abza daripada ayahandanya daripada datuknya dari Abd. Rahman ibnu Abza r.a telah berkata, Rasulullah SAW telah berkhutbah pada satu hari.


Baginda memuji Allah SWT dan berdoa serta menyebutkan tentang sekumpulan orang Islam dan mendoakan kebaikan ke atas mereka, lalu bersabda, "Alangkah malangnya kaum yang tidak memahamkan dan mengajarkan agama kepada jiran-jiran mereka serta tidak mencerdikkan mereka terhadap agama dan tidak pula menyuruh mereka membuat kebaikan dan melarang membuat keburukan."


Allamah Syeikh Mustofa al-Zarqa dalam kitabnya al-Madkhal al-Fiqhi al-'Aam telah mengulas hadis ini dengan berkata, "Ini adalah satu pernyataan yang penting dan jelas bahawa pengabaian terhadap pendidikan dan menuntut ilmu adalah merupakan jenayah kemasyarakatan yang amat besar dan sewajarnya mereka yang terlibat dalam jenayah ini dikenakan denda di dunia lagi. Jenayah kemasyarakatan ini akan mengakibatkan pengabaian pelbagai kewajipan agama."


Oleh itu, apabila seorang alim tidak melaksanakan peranannya mendidik dan seorang yang jahil tidak menunaikan tugasnya untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka wajib kedua pihak ini mendapat hukuman denda terhadap kecuaian mereka.


Umum mengetahui bahawa Rasulullah SAW telah mewajibkan menuntut ilmu dalam sabdanya yang bermaksud: "Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas lelaki dan perempuan."


Daripada pengertian hadis ini, dapat kita faham bahawa Nabi SAW mengkaitkan kefarduan menuntut ilmu dengan sifat Islam seseorang sebagai peringatan bahawa sesiapa yang menisbahkan dirinya sebagai seorang Islam, maka telah menjadi kewajipan padanya untuk menuntut ilmu dan menjauhi kejahilan.


Rasulullah SAW juga memperingatkan umatnya supaya mempelajari ilmu yang bermanfaat serta berwaspada daripada ilmu yang tidak bermanfaat.


Mesej ini dapat difahami daripada doa Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam satu hadis daripada Zaid Ibnu Arqam r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW telah berdoa: Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk (lalai) , daripada nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak mustajab. (Sahih Muslim 17:41)


Nabi model pendidik


Sewajarnya bagi setiap orang yang menjadi pembimbing dan pendidik manusia mempunyai sifat-sifat yang sesuai dengan peranan yang dilakukan.


Dalam konteks ini, tidak ada di sepanjang zaman seorang manusia pun yang mempunyai atau menghampiri ciri-ciri kesempurnaan akhlak sebagaimana yang dimiliki oleh Rasulullah SAW sehingga mendapat pujian unggul daripada Allah SWT sebagaimana firmannya: Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak Yang amat mulia. (al-Qalam :4)


Kesempurnaan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW adalah sifat-sifat yang seharusnya ada pada seorang pendidik dan boleh diperincikan kepada empat perkara iaitu kesempurnaan kejadian, kesempurnaan akhlak, kelebihan kata-kata dan kelebihan perbuatan.


Kesempurnaan zahir yang ada pada Nabi SAW yang ditonjolkan oleh kesederhanaan tubuh badannya terdiri daripada;


1. Ketenangan yang membangkitkan sifat hebat (menggerunkan) dan dipandang hebat. Sifat inilah yang telah menyebabkan utusan Raja Kisra menggeletar ketakutan apabila berhadapan dengannya. Sekalipun pandangan manusia kepadanya hebat tetapi Nabi SAW tetap bersifat tawaduk tidak mengambil kesempatan untuk menguasai seseorang.


2. Air muka yang berseri menyebabkan Baginda dicintai oleh setiap orang yang memandang wajahnya. Yang hampir berharap ingin sentiasa bersamanya, yang jauh ingin berdekatan dengannya.


3. Mendapat penerimaan yang menjadikan semua hati cenderung untuk menerima apa sahaja yang datang daripada Nabi SAW. Tidak ada yang mengingkari kecuali orang yang hasad.


4. Kecenderungan manusia untuk mentaati Rasulullah SAW sekalipun perlu kepada kesabaran dan kesusahan yang terpaksa mereka tetap berpegang teguh dan mentaati-Nya. Demikian antara kesempurnaan fizikal yang dimiliki oleh Rasulullah.


Adapun kesempurnaan akhlak Nabi SAW pula terdiri dari empat perkara iaitu:


*kebernasan fikiran, sangkaan dan firasatnya.


*Sabar di atas segala kesusahan dan rintangan.


*Zuhud terhadap dunia serta tidak berkehendak dan tidak cenderung kepadanya.


*Tawaduk kepada manusia lain sedangkan mereka semua adalah pengikutnya. Bermesra dengan sahabatnya tanpa ada jurang pemisah yang membezakan mereka.


*Berlemah lembut dengan manusia serta mudah mesra dan simpati dengan manusia lain. Sehingga setiap orang merasakan Rasulullah SAW seumpama ayah mereka.


*Memelihara janji dan tidak pernah memungkirinya.


Kelebihan Rasulullah dari sudut pengucapannya pula ialah:


1. Diberikan kepadanya kebijaksanaan dari segi menuturkan ucapan. Perkataannya dipenuhi dengan seni bahasa Arab yang terdiri daripada balaghah, ma'ani dan badi'. Walaupun begitu perkataan Rasulullah mudah difahami oleh mereka yang ingin menerimanya.


2. Menghafaz apa-apa yang dikhabarkan oleh Allah kepadanya dari kisah-kisah para nabi terdahulu dalam hafalan dadanya tanpa dicatat.


3. Perkara-perkara yang disuruhnya adalah terdiri dari perkara yang baik-baik dan adab-adab yang tinggi.


Kelebihan perbuatan Rasulullah SAW pula dapat dilihat dari berapa sudut. Antara ialah:


1. Elok perjalanan hidupnya dan tepat perancangannya.


2. Sederhana dalam melakukan perkara yang disyariatkan tanpa berlebihan atau kekurangan.


3. Tidak menjadikan sahabatnya terlalu cenderung terhadap hal keduniaan dan tidak pula menolak dunia secara keseluruhannya.


Kita tidak menafikan bahawa agenda pendidikan ada digarap dalam pelbagai pendekatan individu dan kumpulan yang beridealismekan perjuangan Rasulullah SAW di zaman kita ini.


Cuma yang harus dimuhasabah adalah setakat mana agenda ini diberi tempat yang utama dan sepatutnya dalam kerangka gerak kerja masing-masing. Juga setakat mana ciri-ciri acuan pendidikan Rasulullah SAW yang hakiki telah dihayati.


Seperti yang dihimbau di atas, sebagai pendidik ulung, acuan pendidikan Rasulullah SAW dicirikan oleh gaya penerangannya yang jelas, tuturan yang fasih, gaya bahasa yang indah, isyarat fizikal yang menawan, sinaran roh yang memancar, sifat kasih sayang yang tebal serta kebijaksanaan yang tiada tolok bandingnya. Semoga kita semua mampu menterjemahkannya dalam diri dan organisasi kita.


Sumber: Bicara Agama, Utusan Malaysia
Kurikulum Pendidikan Islam


Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat persekolahan. Langkah ini selaras dengan pernyataan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia.
Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan kesinambungan daripada program Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KBSR menekankan kemahiran membaca al-Quran, Asas 'Ulum Syar'iyah dan Asas Akhlak Islamiyah sebagai fardu 'ain kepada setiap individu. Dalam KBSM pula, para pelajar ditingkatkan lagi pengetahuan dan penghayatan mereka dalam bidang Tilawah al-Quran, 'Ulum Syari'yah dan Akhlak Islamiyah.
Pendidikan Islam KBSM akan memberikan penekanan dan tumpuan yang sepenuhnya kepada aspek pengukuhan aqidah Islamiah, pemahaman dan amalan ibadah dalam kehidupan harian serta asuhan budi pekerti dan akhlak yang mulia.
Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup harian seorang muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek amalan dan penghayatan.
Penghayatan fardu 'ain yang dipupuk pada peringkat sekolah rendah diperkukuh dan dipertingkatkan lagi pada peringkat sekolah menengah. Pelajar akan mengamalkan kewajipan ini sebagai tuntutan asasi dan benteng yang padu bagi menangani arus globalisasi dalam kehidupan seharian.
Bagi memastikan lagi keberkesana program Pendidikan Islam sekolah menengah ini, orientasi pengajaran dan pembelajarannya hendaklah sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek amalan dalam kehidupan harian. Nilai-nilai daripada mata pelajaran lain seperti Sains, Geografi, Sejarah dan Matematik juga perlulah ditentaskan supaya wujud kesepadua daripada berbagai-bagai ilmu yang diperolehi di sekolah menengah. Melalui pendekatan ini, cita-cita hendakl melahirkan insan harmonis, seimbang dan bertaqwa akan tercapai.


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
ATAS


MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal salih dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah ke arah menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa.
ATAS


OBJEKTIF PENDIDIKAN ISLAM
Setelah mempelajari Pendidikan Islam Kurikulum bersepadu sekolah menengah pelajar dapat:
i. memperkukuhkan kemahiran membaca, memahami, menghafaz dan menghayati al-Quran yang diperolehi pada peringkat sekolah rendah;
ii. memperkukuh dan mempertingkatkan amalan ibadat solat dan ibadat-ibadat lain yang diperolehi pada peringkat sekolah rendah;
iii. membaca, memahami dan menghayati kandungan al-Quran serta menghafaz ayat-ayat yang ada kaitan dengan amalan dalam kehidupan harian;
iv. memahami dan menghayati kandungan hadis-hadis Rasulullah S.A.W.;
v. memperkukuh pegangan aqidah Islamiah dan mengaitkan konsep tauhid dalam keseluruhan aspek hidup;
vi. membina keperibadaian serta mengamalkan akhlak mulia, sifat-sifat yang terpuji dan menghindari sifat-sifat yang tercela;
vii. memahami konsep ibadat dan mengamalkannya dengan betul dan sempurna;
viii. memahami, mengambil pengajaran dan meneladani sirah Rasulullah S.A.W., para sahabat R.A dan Tamadun Islam; dan
ix. memahami, mengamalkan dan menghayati Islam sebagai satu cara hidup.

Konsep falsafah Dan Pengertian Falsafah Pend. Islam

Falsafah Pendidikan Islam

Oleh Dr Mohd Yusof Ahmad, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya



Apakah yag dimaksudkan dengan falsafah pendidikan Islam?


Sebelum kita meninjau Falsafah Pendidikan Islam, adalah lebih elok diperincikan dahulu tentang Falsafah Islam itu sendiri dan juga asal perkataan falsafah. Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno, dan dalam pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah"(Al-Syaibany, 1991) Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh serta matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa.


Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai:


"Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with ultimate reality, or with the most general causes and principles of things and ideas and human perception and knowledge of them, physical phenomena and ethics"


Jadi, falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the thruth), dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah. Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalah falsafah. Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Yang kita tahu berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar dan mutlak. Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu tidaklah sebenar, ia tidak mutlak dan ianya bersifat relatif. Sebab itu bermacam-macam falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Seperti Liberalisme, Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme dan banyak lagi. Jika falsasfah itu berpunca daripada Allah atau wahyu, maka ia akan sama sahaja prinsipnya dan juga matlamatnya.


Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya, seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat susah ia menerima falsafah Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal bertentangan dengan kehendak Islam.


Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau kebenaran" maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran Islam. Dan ajaran Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Failasuf Islam dari setiap zaman, apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari daripada soalan-soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu: Siapa anda (apa hakikat diri anda)? Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini (alam dunia)? Kemana anda akan pergi? Apa tujuan hidup? Dan apakah hakikat mati? (Yaljin, 1991).


Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam Al-Quran dengan maksud yang berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Hikmah ada kalanya bermaksud bijaksana (surah An-Nahli 125). Mengikut Muhammad Nasir (1978) hikmah di sini bermaksud mengenal golongan. Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa "Hikmah itu ialah memahami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya".


Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu, kerana ilmulah penyuluh untuk mengenal sesuatu. Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar. Dalam versi yang lain Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu yang benar yang menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah".


Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem". Ia bermaksud orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus (Muhammad Nasir, 1978). Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu, iaitu ilmu yang tinggi martabatnya. Ini berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah. Orang yang mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan setakat lima atau enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat. Ini jelas seperti cerita Luqman al-Hakeem di dalam Al-Quran.


Falsafah Islam cuba maencari hakikat manusia dan alam semesta ini. Setelah berusaha mencari dan berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat dirumuskan bahawa manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai hamba dan khalifah, kemudian mereka akan mati dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah. Ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat 55 surah Az-Zariyat, 30 Al-Baqarah, 72 Al-Ahzab, 172 Al-A`raf dan lain-lain.


Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah pendidikan yang berteraskan ruh Ialam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany, 1991). Jadi, maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahaun yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang saleh.


Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam ialah orang yang berusaha berfikir mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke dalam kurikulum pendidikan. Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya, yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun bukan Islam. Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah: Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan, Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi.


Jadi, berdasarkan falsafah Islam, semua perkara yang disebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam kurikulum pendidikan Islam. Dengan demikian, barulah dapat melahirkan insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah dengan betul dan sempurna seperti yang dibincang dalam Matlamat Pendidikan Islam. Penyataan Falsalah Pendidikan Islam yang digubalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, nampaknya ada unsur untuk menuju ke arah ini.