Thursday, October 25, 2012

Berkongsi Pahala Korban, Korban Dua Dlm Satu Dan Upah Dgn Daging Korban

Seseorang dibenarkan berkorban dan berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian daripada tujuh bahagian itu. Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah. Lalu Abu Ayyub menjawab: “Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain.” (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya no: 1425). * Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban. Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberi menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu. Ali r.a berkata, Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1317). * Tidak boleh berkongsi haiwan korban bagi ibadah korban dan akikah. Ada segelintir umat Islam yang menggabungkan ibadah korban dan akikah dengan menggunakan formula dua dalam satu. Hal ini sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sabit daripada Rasulullah. Syaikh Abu Muhammad ‘Ishom bin Mar’i dalam kitabnya Ahkamul Aqiqah berkata: “Dalam masalah ini pendapat yang benar adalah tidak sah menggabungkan niat akikah dengan korban. Sebab akikah dan korban adalah ibadah yang berbeza jika ditinjau dari segi bentuknya dan tidak ada dalil yang menjelaskan sahnya mengerjakan salah satunya dengan niat dua amalan sekali gus. Sedangkan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah dan Allah tidak pernah lupa.

Tuesday, October 2, 2012

SOALAN PROJEK PIM3110 PGSR AMBILAN 2008

Sila klik link ini pula untuk mendapatkan Soalan Kerja Kursus Projek PIM3110 Penilaian Dalam P.Islam. Download dan simpan dalam komputer anda.Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ust. Ahmad Fahmy b. Mohd Arshad

Wednesday, September 19, 2012

SOALAN KKBI PROJEK PIM3109 UTK PGSR 2009

Salam peserta kursus PGSR Pend. Islam ambilan 2009. Untuk download soalan KKBI PIM3109, sila klik tajuk post di atas. Bahan ini diupload dlm format zip. Sila extract sebelum membacanya.Internet KPM tidak dapat membuka link ini. Oleh itu, gunakan talian internet alternatif lain.Apa-apa persoalan, sila ajukan kepada Ustazah Isma. TQ

Sunday, September 16, 2012

KKBI PIM3114 FIQH

Khas utk siswa/siswi PGSR P.Islam Ambilan 2008, sila klik TAJUK POST DI ATAS utk mendapatkan soalan KKBI PIM3114 Pengajian Fiqh Sem.8

Saturday, September 8, 2012

Menyumbang Untuk Pembangunan Pendidikan Negara



Alhamdulillah, sudah boleh balik setelah 6 hari berada di ibu kota untuk memberi sumbangan tenaga dan kemahiran kepada pembangunan pendidikan negara. Ya Allah, Engkau masukkanlah sumbanganku ini sebagai sebahagian dari ibadat yang akan menjadi hujjah bagiku di akhirat nanti. Syukur

Monday, February 27, 2012

Salam. Dah 7 hari bercuti, tapi tak byk juga urusan keluarga yg tertangguh dpt dibereskan. Byk masa digunakan untuk menguruskan kehadiran baby baru yg merupakan anugerah Allah setelah sekian lama memanjatkan doa agar dikurniakan "boy". Syukur dgn kehadiran "boy" anugerah Allah ini dan syukur juga dengan kehadiran "girls" sebelum-belum ini. Penantian 18 tahun.
Jadual pencerapan KPLI j-QAF pun byk yg tertunggak, kelas PISMP pun byk juga, tetapi apa nak buat, dah aturannya begini.
Tak apa, kita qada' balik apa yg tertunggak. Bersedia untuk berkorban.

Monday, February 20, 2012

Kaunseling Syari'e: Setiap Manusia Mempunyai Qarinnya (Pendampingnya)

Kaunseling Syari'e: Setiap Manusia Mempunyai Qarinnya (Pendampingnya): Q arin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang di...