Sunday, December 20, 2009

Family Holiday

Bercuti ke selatan tanah air, Kenal tempat orang bertambah pengalaman. Fa siiruu fil ardhi.... melupakan sekejap ketegangan, mengambil udara segar sepanjang pesisir Pantai Timur Semenanjung. Menghirup bayu monsun timur laut sepanjang perjalanan dari Pekan ke Mersing melalui Kuala Rompin, Nenasi danEndau . Tapi perkara yang agak mengecewakan, kebanyakan masjid berkunci pagarnya. Di satu masjid tu, waktu solat asar pun, masih berkunci, maknanya jemaah tak ada. Macamana boleh jadi gini sedangkan masjid besar lagi cantik. Entahlah. Terima kasih kepada Keluarga Ust. Zulkifli/Ustazah Isma yang menjadi sahabat sepanjang perjalanan. Lain kali kita fikir ke destinasi lain pula. Ke luar negara ?, Beijing, Morocco, Abu Dhabi ?

Wednesday, December 9, 2009

Beban Guru

Pihak KPM menjawab keluhan guru dengan menyatakan bahawa guru perlu menerima hakikat bahawa beban menulis buku rekod mengajar, menyemak buku latihan pelajar adalah sebahagian tugas guru. Kalau itulah yang dimaksudkan beban tugas guru, tidaklah guru merungut kerana memang mereka sedar itu tugas hakiki mereka.

Apa yang mereka sifatkan beban itu ialah kerja kerja lain. Suka saya menarik perhatian kpd pengalaman saya. Bila hampir tiba musim peperiksaan, saya terpaksa bertugas sebagai buruh mengatur kerusi meja peperiksaan jika pelajar sudah tiada atau pulang. Jika mereka ada, bolehlah minta tolong mereka siapkan, itu pun "serak dan pedih tekak" untuk mengendalikan mereka. Tukar mentol lampu jika ada yang tidak berfungsi dengan baik. Jika ada kerosakan major, amat susah untuk meminta pekerja sekolah membantu. Semua pihak saling tolak menolak untuk meminta tolong mereka agar tidak "terhutang budi" dengan pekerja, kena belanja makan.Pekerja pun satu hal, jika tak belanja makan, mereka kata kedekut kerana dirasainya ini bukan tugas dia. Tugas dia hanya tugas yg rutin dia lakukan shj. Kebersihan bilik peperiksaan dan kelengkapannya seperti pembesar suara dan seumpamanya perlu disediakan sendiri.

Bila tiba musim sukan, guru-guru dilihat bertungkus lumus membuat "line" di padang samada pagi mahu pun petang. Minyak hitam utk buat line, cari sendiri, muat dlm kereta sendiri. Kadang-kadang memesin sendiri rumput di lokasi gelanggang. Alasannya, pekerja sudah ada kerja rutinnya, tak sempat nak buat kerja-kerja berkala ini.

Bagi guru agama pula, kebersihan surau sekolah kena jaga sendiri, kena cuci karpet dengan vacum cleaner sendiri atas alasan bukan tugas pekerja untuk jaga premis khas ini. Dengan kata lain "coverage" mereka tidak termasuk dlm hal-hal kebersihan surau. Kolah air sembahyang kena pakat-pakat dengan pelajar utk mencucinya. Saya pernah bawa peralatan sendiri utk membaiki kemudahan surau kerana makluman saya kpd pihak atasan sering dilupai. Panjat tangki air sendiri utk baiki sistem bekalan air dan sistem pembesar suara dan sebagainya.



Pada satu peristiwa, seingat saya seorang guru sains disindir oleh pihak atas kerana "Taman Sains" yang diletakkan di bawah pengurusan makmal sains naik rumput panjang Apalah cikgu tu boleh buat,kerana pekerja sekolah tidak mesin rumput itu. Terpaksalah guru tu "merumput" sendiri pagi tu.



Suatu ketika dulu saya turun dari rumah jam 4 pagi. Untuk apa, semata-mata kerana nak nyalakan api dapur utk masak bubur asyura bersama beberapa org rakan setugas.13 kawah asyura nak dimasak kerana pihak atas nak buat pertandingan.Kalau ditanya utk apa ini semua, jawabnya demi pendidikan. Terfikir saya, org kerja bank, org kerja hospital, org kerja pejabat imigresen,,kastam ada ke semua ini. Di mana nak letak kerja utama mereka jika sentiasa menyibuk dengan kerja sebegini. Tapi kalau utk guru ,maka keluarlah madah... cubalah kerja dengan ikhlas, demi pelanggan kita, anak didik kita. Kenapa pekerja bank tak dikata begini " alahai dah jam 4.30 bank dah tutup !, buka lah lagi, ikhlaslah, demi pelanggan kita". Di mans nak letak tugas utama kita kalau sentiasa menyibukkan diri dengan tugas yg entah berantah ini.

bersambung....

Kuasa Mengambil Dan Membuang Guru.

Timbalan Menteri Pendidikan, Dr. Puad Zarkasyi dilihat begitu mengambil berat tentang mutu guru. Baru-baru ini beliau bercakap tentang Guru Sembrono dan kini bercakap pula tentang tajuk di atas. Tahniah kepada YB Timbalan Menteri diatas kepekaan ini. Saya sebagai seorang yang telah teribat dengan arena perguruan ini selama lebih 15 tahun dan biasa mengendalikan unit-unit penting di sekolah serta kini terlibat secara langsung dalam latihan perguruan, amat bersetuju jika pihak kementerian ingin mengambil berat fenomena 'Guru Sembrono' ini.

Bilangan guru yang mengabaikan tugas, tidak bersungguh-sungguh dalam tugas, dilihat menjadi duri dalam daging kepada pihak sekolah. Ada sesetengah sekolah saling bertukar-tukar guru-guru ini supaya semua sekolah dapat merasai susah senang memiliki guru-guru seperti ini. Jika tindakanin ingin diambil, banyak pula prosedur dan masalahnya maka pihak pentadbir pendidikan mengambil langkah menukar ke sana-kemari setiap tahun atau dua tahun sekali. Itu pun kalau boleh. Sampai bila pun masalah ini akan berkekalan dalam sektor pendidikan, walau ke sekolah mana pun mereka ditukarkan.

Oleh itu, jika YB Timbalan Menteri berhasrat untuk merangka strategi baru dalam menangani masalah ini, ia amat dialu-alukan. Biarlah 'rambut tidak putus, tepung tidak berselerak'. Pastikan duri tidak mencucuk daging tuannya.

Jika hendak diberi kuasa kepada pengetua dan guru besar mebuat pengambilan guru, sistemnya perlulah betul-betul teruji agar masalah kroni tidak timbul. Begitu juga dengan masalah pembuangan guru, biarlah masalah 'bimbang', dan seumpamanya tidak berlaku. Kita percaya pihak KPM akan melaksanakan kebijaksanaannya dalam hal ini.

Cuti Dan Tugas

Setiap kali tiba musim cuti sekolah, kesibukan dalam menjalankan kelas-kelas toturial semakin meningkat. Peningkatan tersebut dirasai berganda pada tahun ini kerana kemasukan lebih banyak pelajar melalui berbagai-bagai program latihan perguruan. Kesan langsung daripada kepelbagaian itu maka makin bertambahlah sesi-sesi toturial yang perlu diselesaikan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Selain dari sesi-sesi toturial yang bersimpang-siur itu, sesi mesyuarat dan bengkel pernyiapan dokumen MQA juga turut sama merebut masa dan meraih tenaga yang ada. Habis tamat persiapan akhir datang lagi persiapan akhir yang lain. Sudah berapa kali 'akhir' dah, namun masih tak siap-siap. Pada satu keadaan, keluar rumah dalam suasana hari masih gelap, jam 11 malam masih berada di pejabat demi akreditasi anak-anak PISMP. Dikatakan ini adalah persiapan terakhir, rupanya datang lagi yang lagi akhir. Buatlah lagi kami yang entah berapa kali 'akhir' ini buat kesekian kalinya. Semoga ia betul-betul akhir. Namun apa yang dirasai ialah apabila ia sudah dibuat berulang-ulang kali dan diubah serta diminta secara mengejut, dokumen-dokumen yang disediakan selama ini telah ber'tukar-takir' dan 'bercampur-gaul' tak tahu mana yang latest mana yang tidak, maka mutu dokumen yang disediakan tidaklah sangat memuaskan hati.

Bagi kelas-kelas toturial pula, saya cukup berhati-hati agar tidak mahu ada mana-mana bahagian yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh pelajar tidak sempat membincangkan sehingga menjejaskan mutu praktikum yang akan pelajar lalui. Dari pengalaman lepas, dapat saya simpulkan bahawa tertinggalnya beberapa aspek dalam toturial menyebabkan seperti penulisan hasil pembelajaran, pengukuhan dan penulisan jurnal tidak dapat disedia dan dilaksanakan dengan baik oleh pelajar. Untuk membetulkan keadaan ini, beberapa sesi lawatan yang memakan masa berminggu-minggu perlu diisi dengan melatih pelajar membetulkan keadaan yang kurang memuaskan itu. Masa dan tenaga akan kerugian dan kita akan terkejar-kejar di saat-saat akhir.

Selesai sesi toturial ini, suatu 'family holiday' perlu dijayakan agar segala ketegangan, stress dan tension dapat 'dikendurkan'. Insya-Allah, Johor Bharu menjadi destinasi. Disana nanti, kita 'menziarahi' Danga Bay, Pantai Mersing, Kota Tinggi, Pontian dan sebagainya.

Saturday, November 28, 2009

Bukan Islam Masuk Masjid ?

Dalam era sebelum 80an, pendapat yang mengatakan bahawa bukan Islam tidak boleh masuk masjid adalah pendapat yang mutlak. Tidak wujud ketika itu keraguan pendapat apatah lagi pendapat kedua dan ketiga. Namun sejak akhir 80an dan awal 90an, pendapat kedua mula timbul dan masyarakat mula didedahkan dengan pendapat sebaliknya, Hal ini, saya nilai sebagai suatu latihan ilmiah yang sihat untuk masyarakat kerana semakin ramai ahli masyarakat kita yang mampu berfikir aras tinggi dan merujuk di mana-mana rujukan yang muktabar. Tidak hanya mendengar satu pendapat atau merujuk satu kitab, terus menghukum.

Kembali kepada hukum tadi, Orang Kafir tidak boleh masuk masjid, benarkah demikian? Apakah sebenarnya pandangan para fuqaha berkenaan dengan isu ini? Jika dikaji sebenarnya terdapat perbezaan pandangan yang ketara di dalam isu ini ekoran tiadanya nas mutlak yang melarang orang-orang bukan Islam memasuki masjid. Satu tulisan tentang hal ini dipaparkan untuk penelitian pembaca. Ia meringkaskan perbezaan itu kepada beberapa pandangan sebagaimana berikut :

Pertama : Pandangan yang menyatakan harus termasuklah Masjidil Haram. Ini merupakan pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi. Mereka berhujah bahawa Rasulullah SAW pernah menerima tetamu dari Thaqif yang masih kafir pada masa itu di masjidnya. Ini kerana apa yang menjadi najis bukan tubuh badan mereka tetapi iktikad mereka. Berkenaan firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat 28 yang bermaksud : ”Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, Maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini..”
Mereka berhujah bahawa ayat ini menegah orang-orang kafir memasuki Masjidil Haram dalam keadaan telanjang sebagaimana adat mereka ketika jahiliyyah dan perbuatan ini menghina Masjidil Haram. Oleh yang demikian, ’illah larangan bukanlah kekufuran mereka tetapi penghinaan terhadap masjid.

Kedua : Dibolehkan orang-orang kafir memasuki masjid dengan izin kaum muslimin kecuali majidil Haram dan masjid-masjid yang ada di Tanah Haram. Ini merupakan pandangan ulama-ulama mazhab Syafie (Lihat Raudhah Tolibin, jilid 1 / ms 296). Pandangan ini merupakan salah satu pandangan Imam Ahmad dan juga pandangan sebahagian ulama Mazhab Hambali.
Hujah mereka ialah kata-kata Said bin Musayyib : Sesungguhnya Abu Sufyan masuk ke Masjid Madinah ketika dia kafir namun itu tidak diizinkan untuk Masjidil Haram. (Rujuk Tafsir Ibnu Abi Hatim di dalam pentafsiran ayat 28, surah al-Taubah)
Pandangan yang ketiga : Diharamkan sama sekali bagi orang-orang kafir untuk memasuki masjid. Ini merupakan pandangan Imam Ahmad bin Hanbal dan majoriti fuqaha yang bermazhab Hambali. Mereka berhujah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Umar bin Al-Khattab pernah memerintahkan seseorang memasuki masjid tetapi dihalang oleh Abu Musa kerana orang itu seorang Nasrani. Saidina Umar RA tidak membantah kata-kata Abu Musa. Ini menunjukkan pandangan bahwa orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke masjid merupakan pandangan yang masyhur di kalangan sahabat. Pandangan ini diperkuatkan oleh al-Qurtubi semasa menafsirkan ayat 28 surah al-Taubah dengan beberapa hujah yang lain).
Pandangan keempat : Tidak dibenarkan orang-orang kafir memasuki masjid sekalipun diizinkan oleh orang-orang Islam melainkan di dalam keadaan dharurat. Jika mereka memasuki masjid sekalipun hendaklah dengan pengawasan orang-orang Islam kerana dibimbangi akan membuat perkara-perkara yang menghina kesucian masjid. Ini merupakan pandangan mazhab Malik (Rujuk Hasyiah al-Showi dan Hasyiah al-Dusuki).
Selain itu, ada juga pandangan para ulama yang membezakan hukum menurut perbezaan jenis kafir itu sendiri samada harbi, zimmi atau ’ahdi.
Perbezaan-perbezaan pandangan ini menunjukkan keluasan fiqh di dalam masalah non-muslim memasuki masjid. Oleh yang demikian, tidaklah wajar mana-mana pihak menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas apatah lagi jika sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi, sudah tentu pandangan yang wajar diambil ialah harus. Di dalam medan dakwah untuk mengajak orang-orang bukan Islam bersama-sama kaum muslimin dan melembutkan hati mereka, pandangan ini wajar diambil selagi mana mereka tidak melakukan perkara-perkara yang menghina kesucian masjid.
Wallahu a’lam.

Saturday, November 21, 2009

Siapa Ahlu Sunnah Wa al-Jamah

Dalam soal aqidah, Ahlu Sunnah Wa al-Jamaah ini difahami sebagai golongan yang berlawanan dengan golongan Muktazilah, Qadariah, Jabariah, Syiah dan sebagainya. Mereka sering digelar sebagai "puak sunni".

Tetapi kadang-kadang, dalam perbincangan kita di Malaysia, ahlu sunnah wa al-jamaah digambarkan sebagai kumpulan yang menolak pandangan-pandangan lain selain dari mazhab syafie.

Salah satu negeri di Malaysia pula menggelar merekalah yg sebenarnya berpegang dengan fahaman ahli sunnah wa al-jamaah kerana mereka berpegang dengan sunnah rasulullah dlm beribadah, tidak berpegang sepenuhnya kepada satu mazhab khususnya mazhab syafie sahaja.

Apakah maksud sebenar bagi istilah ini. Adakah maksudnya berbeza apabila skop atau konteksnya berbeza ? Istilah ini sebenarnya berkaitan dengan sejarah perkembangan pemikiran, aqidah dan ibadah umat Islam selepas kewafatan Rasulullah. Sekian.

Ahli Sunnah Wa al-Jamaah.

Assalamualaikum.

Bising satu Malaysia pasal Ahlu Sunnah Wa al-Jamaah. Wahabi, beragama tanpa mazahab dan sebagainya. Sebenarnya perkara ini sudah lama berputar dalam kehidupan muslim di Malaysia, cuma mungkin ianya dalam "penjenamaan yang berbeza" seperti "kaum muda, kaum tua, golongan pondok, muslim moderate" dan seumpamanya.

Sebenarnya, bagi memudahkan pemahaman, saya kategorikan fahaman ini kepada dua atau tiga sahaja iaitu pertama, yang berpegang dengan amalan tradisi di nusantara yang menerima pakai amalan tahlil arwah, tunggu kubur, selawat berdiri dan berjamaah, solat teman dan seumpamanya. Kelompok kedua pula menolak amalan-amalan sedemikian dan mengambil serta menerima pakai amalan-amalan (ibadat) yang di perkenalkan oleh Rasulullah sahaja secara terpilih.

Cuma sedikit perubahan kini kerana kelihatan seolah-olah muncul kumpulan yang lebih rigid dari kumpulan kedua tadi iaitu menambah lagi penolakan mereka terhadap berbagai-bagai perkara-perkara yang masih boleh diterima oleh kumpulan kedua.

Ada di kalangan kita sekarang ini menerima pakai keharusan untuk menjamakkan solat w/pun jarak perjalanan tidak sampai dua marhalah, menerima pakai Mazhab Hanbali dengan mengatakan tidak batal wudhu w/pun bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita dalam keadaan biasa, wirid selepas solat dengan senyap, tidak membaca qunut dlm solat subuh dan sebagainya. (berada dalam kumpulan yang berlainan)

Pendapat ketiga ini kelihatan lebih bercampur-campur antara mazhab dan inilah sebahagiannya menggelar diri mereka "tidak mazhab".

Pihak berkuasa agama di Malaysia dilihat agak keberatan untuk mengizinkan suasana ini terus berleluasa dlm masyarakat kerana dibimbangi nanti akan membawa perpecahan masyarakat. Mana-mana ustaz yang menyampaikan kuliah agama yang mempunyai unsur-unsur di atas dinasihati agar berpaksikan Mazhab Shafie dalam kuliah mereka agar perpecahan itu tidak semakin melebar.

Nyata dari realti yang ada, pemikiran kedua dan ketiga di atas tidak boleh dikembangkan bukan kerana ianya salah tetapi kerana tidak sesuai dan tidak serasi dengan amalan setempat sahaja.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sendiri memperakui bahawa "Wahabi itu tidak difatwakan sebagai ajaran sesat dan ia diamalkan di Arab Saudi. Imam-imam Masjidil Haram pun Wahabi, kalau mereka dihukum sesat, habislah kita.


Dari sini timbul beberapa persoalan yang sering diperkatakan orang :

1. Sampai bila masyarakat kita tidak boleh didedahkan dengan pendapat-pendapat dari mazhab lain. Kalau dikatakan pemikiran masyarakat kita masih belum sampai ke tahap itu, ya tetapi sebahagian sahaja. Sebahagian lagi sudah mampu berfikir di luar dari kotak pemikiran lama.

2. Siapa itu ahli sunnah wa al-jamaah. Jika dikatakan ahli sunnah wal jamaah itu ialah orang yang mengikut sunnah, siapa sebenarnya yg mengikut sunnah dalam hal ini.

3. Sering kedengaran, " kita tak ikut mazhab syafie , kerana kita pengikut "ahli sunnah wal jamaah". Persoalannya adakah mazahab-mazhab lain itu bukan ahli sunnah wal jamaah.

4. Berbaloi ke umat Islam bertegang dalam hal ini (fiqh ibadat) sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlukan perhatian kita bersama, khususnya dalam aplikasi hukum syariah (muamalat, jenayah, siasah dll) dalam kehidupan masyarakat.

Setahu saya ahli sunnah wal jamaah ini adalah mazhab dalam aqidah, bukan mazhab dalam ibadah. (Maafkan saya jika silap) Ahli sunnah wa al-jamaah menolak fahaman Qadariah, Jabariah, Muktazilah, Syiah dan sebagainya. Hari ini, khususnya di negara-negara lain mereka disebut "puak sunni"

Wallahuaklam, sekadar menulis dengan ilmu yg amat sedikit.

Wednesday, November 11, 2009

Adab Pelajar Terhadap Guru

Apabila bercakap tentang adab pelajar terhadap guru, rata-rata masyarakat akan mengaitkan resam masyarakat Malaysia di era sebelum dan pasca merdeka dalam menuntut ilmu khususnya dalam konteks pengajian di pondok atau rumah guru-guru al-Quran.

Sorotan sedimikian ada logiknya kerana budaya di era itu amat menekankan adab menghormati para guru. Peredaran zaman, suasana dan kepentingan semasa telah merubah segalanya. Guru-guru kini kurang dihormati. Kehebatan mereka tidak lagi dirasai.

Para pelajar dahulu amat menjaga adab terhadap gurunya. Duduk mereka untuk menuntut ilmu adalah duduk yang selayaknya selaku seorang yang ingin berguru, bukan lagak bagai seorang yang alim. Mereka juga tidak meninggikan suara melebihi suara gurunya tanpa sebarang keperluan. Tetapi kita lihat hari ini, pelajar berani menengking guru, malah di tempat saya beertugas dahulu, ada pelajar membaling kerusi kearah guru. Ada pula sesetengah pelajar mentertawakan guru sedangkan fenomena ini tidak berlaku dalam era pendidikan dahulu.

Seringkali pula pelajar asyik bercakap semasa sesi pengajaran, menyampuk di sana sini, proses pengajaran tentu sekali terganggu, sedangkan sepatutnya mengikut adab Islam, pelajar hendaklah mengurangkan percakapan semasa belajar, khususnya percakapan antara sesama sahabat rakan sepelajarannya. Percakapan hanya sekadar apa yang perlu sahaja.,

Satu keadaan lagi yang kurang menyenangkan adalah pelajar tidak menumpukan sepenuh perhatian, apatah lagi untuk duduk dengan tenang dalam majlis ilmu. Mereka sering berpaling sana-sini, tanpa memberi perhatian apa yang diterangkan oleh guru. Sepatutnya sebagai adab seorang pelajar, mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diperkatakan oleh guru. Hal ini kadang-kadang meruntuhkan semangat seorang guru untuk menumpukan perhatian terhadap p & p khususnya terhadap pelajar bermasalah.

Para pelajar djuga isarankan agar mengelakkan diri dari terlibat dengan kesibukan lain yang menghalang proses pencarian ilmu seperti 'direct selling' dan sebagainya. Sebab itu institusi-institusi pendidikan menghalang para mahasiswanya terlibat dengan sebarang aktiviti perniagaan.

Para pelajar juga perlu membersihkan jiwa dari segala sifat mazmumah sebagai persediaan untuk menerima ilmu khususnya ilmu al-Quran yang suci itu. Pepatah Arab ada menyebut,
" Dibersihkan hati untuk menerima ilmu sebagaimana dibersihkan sawah untuk penamanan".

Bagaimanakah agak untuk mengembalikan suasana pembelajaran yang cukup menghormati guru sebagaimana yang sering dibanggakan di era sebelum ini khususnya dalam konteks pengajian pondok dan pembelajaran al-Quran di zaman-zaman sebelum tanah air merdeka. Sama-samalah kita fikirkan. Sekian, sekadar mencetuskan satu isu untuk terus dibincangkan.

Thursday, October 29, 2009

Hafazlah al-Quran. Ia mempunyai seribu kelebihan

Menghafal al-Quran perlu dijadikan budaya hidup. Hafalan boleh dimulakan dari surah-surah pendek, bukan dimulai dari surah al-Baqarah. Kelebihannya juga banyak, tidak terhitung. Terdapat dua hadis di sini yang sering dijadikan rujukan sebagai galakan menghafal al-Quran.
حافظ القرآن رفيع المنزلة عالي المكانة ففي الحديث :"مثل الذي يقرأ القرآن وهو حافظ له مع السفرة الكرام البررة
فقد روى الترمذي (2914) وأبو داود (1464) عن عبد الله بن عمرو عن النبي صلى الله عليه وسلم قال :" يقال لصاحب القرآن اقرأ وارتق ورتل كما كنت ترتل في الدنيا فإن منزلتك عند آخر آية تقرأ بها " والحديث صححه الألباني في السلسلة الصحيحة (5/281) برقم 2240 ، وقال بعده :
( واعلم أن المراد بقوله : " صاحب القرآن " حافظه عن ظهر قلب

Ingat Kemudian Lupa, Berdosa ?

Anda sering lupa ayat-ayat hafazan yang sudah dihafal. Takut berdosa jika terlupa ayat-ayat yang telah dihafal. Sila baca petikan ini.
فأنت يا أخي عليك بتعلم القرآن على الإخوان المعروفين بإجادة قراءة القرآن حتى تستفيد وتقرأ قراءة صحيحة. أما ما يعرض لك من النسيان فلا حرج عليك في ذلك، فكل إنسان ينسى، كما قال عليه الصلاة والسلام: ((إنما أنا بشر مثلكم أنسى كما تنسون)) وسمع مرة قارئا يقرأ فقال: ((رحم الله فلان لقد أذكرني آية كذا كنت أسقطتها)) أي أنسيتها، والمقصود أن الإنسان قد ينسى بعض الآيات ثم يذكر، أو يذكره غيره، والأفضل أن يقول: ((نُسِّيت)) بضم النون وتشديد السين، أو: أنسيت، لما ورد أنه صلى الله عليه وسلم قال: ((لا يقولن أحدكم نسيت آية كذا بل هو نسي)) يعني أنساه الشيطان، أما حديث: ((من حفظ القرآن ثم نسيه لقي الله وهو أجذم)) فهو حديث ضعيف عند أهل العلم لا يثبت عن النبي، والنسيان ليس باختيار الإنسان وليس في طوقه السلامة منه، والمقصود أن المشروع لك حفظ ما تيسر من كتاب الله عز وجل، وتعاهد ذلك، وقراءته على من يجيد القراءة حتى يصحح لك أخطاءك.

Sunday, October 18, 2009

Golongan-golongan manusia yang mendapat doa malaikat

Assalamualaikum.

Terdapat 11 golongan manusia yang mendapat doa malaikat. Tetapi di sini hanya tersenarai 6 golongan sahaja yang berkaitan dengan solat. Baki 5 lagi adalah berkaitan dengan yang lain.

6 golongan tersebut adalah :

1. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.''

2. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

3. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

4. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

7. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

8. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.


Berikut adalah diantara mereka yang mendapat doa malaikat. Adakah kita tergolong daripadanya? Wallahualam.

Saturday, October 17, 2009

Demi Tugas

Assalamualaikum.

Seminggu dua ni asyik tiada di stesyen saja. Mengiringi kumpulan mahasiswa/i sepenuh masa dalam lawatan mereka, mesyuarat di trg dan KL. 3 kali lipat, sampai nak tengok rumah tangga pun tak sempat. Selama satu mlm anak isteri bergelap kerana sistem pendawaian rosak, tak tahu nak baiki. Akhirnya saya baiki melalui telefon shj. Pakai remote katakan..... tapi tak apa kerana dlm kesusahan ada kesenangan. Itu janji Allah. Lagi pun sesiapa yg bertugas demi agama, kerana Allah, ganjarannya tidak terhitung.

Walau dalam keletihan mengiringi lawatan, ada kelebihan juga.

Dalam ke sana ke mari menyiapkan dokumen pengiktirafan, ada kesenangan juga. Biarlah... apa pun tugas mesti dilaksanakan dengan tekun. Sabda Rasul : Sesungguhnya Allah amat suka apabila seseorang itu melaksanakan tugas, dia laksanakannya dengan tekun. Bukan hadiah lumayan dan harapan tinggi yang saya, pasukan saya dan semua yg terlibat dlm usaha ini harapkan. Ccuma selepas ni ... , terutama selepas grad nanti, penat jerih kami dihargai. Ye lah.... bukan senang untuk mendapatkan pengiktirafan ijazah yang para pelajar akan genggam itu.Tapi entahlah...

Ujian hafazan dah berlangsung, tetapi..... .

Bagi kumpulan dlm perkhidmatan pula, last minit begini, bila kursus nak tamat, baru nak tanya itu-ini. Dulu tak tanya... mungkin mereka belum mengenali secara mendalam lagi. Tak apa, pertemuan sekejap itu akan membuahkan perkenalan yg berpanjangan.Kita saling bertukar ilmu dan pengalaman.

Bagi kumpulan LPBS pula, yg sedang berada di medan, maaf kerana perjumpaan bulanan tak sempat untuk saya hadir. Agak renggang rasanya, Walau satu kali pun, tak sempat saya nak bersama dalam perjumpaan-perjumpaan yg dibuat itu, kerana asyik dgn usaha dan mesyuarat untuk mendapat pengiktirafan kpd pengajian kumpulan yg sepenuh masa di atas yang tak berkesudahan. Namun begitu alhamdulillah, kerja kursus nampak macam penuh je rekod penghantarannya. Tahniah.

Bagi kumpulan adik-adik PP, dah 3 minggu tak ketemu, insyaAllah, dlm minggu depan akan adalah perjumpaan.Kita bincang, mcm mana urusan seterusnya.

Terima kasih kpd semua pengunjung terutama yg membuat coretan positif dlm blog ini.

Sekian. 12.37 mlm 17 Okt 09

Friday, September 18, 2009

Juadah Aidilfitri dan Halal Haram kandungannya

Assalamualaikum,

Dalam kesibukan menyediakan juadah hari raya dengan berbagai-bagai resipi dan ramuan, sangat elok jika kita turut sama meneliti kandungan bahan-bahan yang digunakan. Apabila kita membeli kotak-kotak baking powder, perisa, tepung dan sebagainya amat baik untuk kita meneliti ruang ingredients yang tertera di bahagian luar bungkusan atau kotak-kotaknya sama ada ia mengandungi makanan-makanan yang terlarang oleh umat Islam. Jika timbul perasaan was was tentang halal haram khususnya berkaitan dengan lemak-lemak haiwan dan sebagainya, eloklah dirujuk kepada laman web-laman web tertentu yang dapat memberi penjelasan tentangnya seperti laman web JAKIM, laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (www.muslimconsumer.org.my), CAP dan sebagainya. Kita tidak mahu masyarakat kita hanya seronok berhari raya dan tidak pernah terfikir tentang halal haram ramauan-ramuan yang dimasukkan dalam hidangan kuih-kuih raya khususnya kuih-kuih raya moden yang diadun dari berbagai-bagai butter, self raising powder, baking powder dan sebagainya. Janganlah kita hanya berfikiran bahawa makanan-makanan haram itu hanya dalam bentuk daging babi dan arak sahaja tetapi apa yang lebih penting dan meluas kini, ia disebar kepada umat Islam dalam bentuk ekstrak, campuran alkohol dalam perisa dan sebagainya. Sekian.

Tuesday, September 8, 2009

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA untuk semua pengunjung blog ini. كل عام وأنتم بخير . Kalau ramadhan boleh membawa pahala berganda untuk kita, syawal juga menyediakan menu yang tidak kurang hebatnya dalam menjana pahala. Tawaran keemasan tidak selalu datang. Hari raya bukan sahaja menghidangkan kuih-muih tetapi ia juga menyediakan ruang-ruang pahala yang hebat untuk kita rebut. Sekian.

Wednesday, September 2, 2009

دعـــاء حفظ القرآن الكريم

{دعاء حفظ القرآن الكريم}

اللهم ارحمني بترك المعاصي أبدا ما أبقيتني ، وارحمني أن أتكلف ما لا يعنيني ، وارزقني حسن النظر فيما يرضيك عني .
اللهم بديع السموات والأرض ذا الجلال والاكرام والعزة التي لا ترام أسألك يا الله يا رحمن بجلالك ونور وجهك أن تلزم قلبي حفظ كتابك كما علمتني وارزقني أن أتلوه على النحو الذي يرضيك عني .
اللهم بديع السموات والأرض ذا الجلال والاكرام والعزة التي لا ترام أسألك يا الله يا رحمن بجلالك ونور وجهك أن تنور بكتابك بصري وأن تطلق به لساني وأن تفرج به عن قلبي وأن تشرح به صدري وأن تستعمل به بدني فإنه لا يعينني على الحق غيرك ولا يؤتينيه إلا أنت ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
ملحوظة هامة :
يصلي الداعي بهذا الدعاء ليلة الجمعة ( يفضل الثلث الأخير من الليل ) أربع ركعات يقرأ في الأولى الفاتحة ويس وفي الثانية الفاتحة والدخان وفي الثالثة الفاتحة والسجدة وفي الرابعة الفاتحة والملك ثم يدعو بهذا الدعاء بعد التشهد الأخير وقبل التسليم

دعـــاء حفظ القرآن الكريم

اللهم حفظنا القرآن كما تحفظه الملائكة واستعملنا واشغلنا واكفنا به عمن سواه لوجهك الكريم ولك الحمد والشكر أكثر وأحب إليك وإلينا من كل شئعدد خلقك ورضا نفسك وزنة عرشك ومداد كلماتك ‏‏‏‏اللهم اشغلناواكفنا من كل شئ بقرآنك وتهليلك وذكرك وتوحيدك وتسبيحك وحمدك وشكرك وتكبيرك وتوقيرك ومديحك وتمجيدك وتعظيمك واستغفارك واسترجاعك وعبادتك وطاعاتك وفي مرضاتك دوماً أبداً أكثر وأحب إليك وإلينا من كل شئ ولك الحمد والشكر أكثر وأحب إليك وإلينا من كل شئ عدد خلقك ورضا نفسك وزنة عرشك ومداد كلماتك
ها هو الدعاء ولكن بصيغة الجماعة لتعم الفائدة وتصبح ذو فضل على
غيرك سبحانك اللهم لا نحصي ثناءً عليك أنت كما أثنيت على نفسك وبحمدك عدد خلقك ورضا نفسك وزنة عرشك ومداد كلماتك اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وآله والأنبياء والمرسلين وكل عبادك الصالحين وحملة عرشك المقربين وملائكتك والمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات أجمعين واغفر لهم وارض عنهم عدد خلقك ورضا نفسك وزنة عرشك ومداد كلماتك اللهم حفظنا القرآن كما تحفظه الملائكة واستعملنا واشغلنا واكفنا به عمن سواه لوجهك الكريم وارحمنا بترك المعاصي أبدا ما أبقيتنا وارحمنا من أن نتكلف ما لا يعنينا وارزقنا حسن النظر فيما يرضيك عنا وألزم قلوبنا حفظ كتابك كما علمتنا وارزقنا أن نتلوه على النحو الذي يرضيك عناوأن تنور بالكتاب أبصارنا وتطلق به ألسنتنا وتفرج به كروبنا وتشرح به صدورنا وتستعمل به أبداننا وتقوينا على ذلك وتعيننا عليه فإنه لا يعيننا على الخير غيرك ولا يوفق له إلا أنت ولا حول ولا قوة إلابجمال نور وجهك الكريم ولك الحمد أكثر وأحب إليك وإلينا من كل شئ عدد خلقك ورضا نفسك وزنة عرشك ومداد كلماتك ‏‏اللهم اشغلنا واكفناعنك لشئ بقرآنك وتهليلك وتكبيرك وتوقيرك ومديحك وتمجيدك وذكرك وتوحيدك وتسبيحك وحمدك وشكرك وتعظيمك واستغفارك واسترجاعك وعبادتك وطاعاتك وفي مرضاتك دوماً أبداً أكثر وأحب إليك وإلينا من كل شئ ولك الحمد والشكر أكثر وأحب إليك وإلينا من كل شئ عدد خلقك ورضا نفسك وزنة عرشك ومداد كلماتك سبحانك لا نحصي ثناءً عليك أنت كما أثنيت على نفسك سبحانك اللهم سامح واغفر كل شئ لمن ساهم في هذا الدعاء ووالديهم ومن قرأه ومن طبعه ومن نشره ومن نفع به خلقك وقربهم كلهم منك واملأ قلوبهم وعقولهم بكل ما ملأت به قلوب وعقول أوليائك الربانيين الصالحين المقربين ومن ولايتك ونورك وإيمانك ويقينك وهداك وتقواك وخشيتك وخيفتك وذكرك وشكرك وعبادتك ورحماك ونجواك وحبك وعشقك وأنسك وهواك أكثر وأحب إليك وإليهم من كل شئعدد خلقك ورضا نفسك وزنة عرشك ومداد كلماتك واعف وارض عنهم واغفر لهم وارحمهم وأيدهم وانصرهم وانتصر لهم وأكرمهم وأسعدهم وهنئهم عفو ورضا وغفران ورحمة ونصر وانتصار وكرم وسعادة وهناء الدارين أكثر وأحب إليك وإليهم من كل شئ عدد خلقك ورضا نفسك وزنة عرشك ومداد كلماتك واحكم لهم بما حكمت به لعبادك الصالحين وحملة عرشك المقربين وهب لهم وأدر معهم حبك وحب حبيبك وآله وحب ودعاء الصالحين والمؤمنين وخلقك لهم ولسلالاتهم وكل خير وبر ونور وطهر ويسر ونصر وإنتصار وظفر وقدرة وإقتداروعفوك وفضلك وحنانك المبين الأوفى الأزكى الأوفرومددك وعونك وتوفيقك ومناجاتك وحبك وذكرك وعشقك المطلق المبين الأبقى الأسمى الأكثروواسع حصنك وعصمتك وفضلك وكرمك ونعيمك وعزك وحنانك وإحسانك وعفوك وغفرانك ورضوانك ونصرك وإنتصارك المطلق المبين الأوسع الأعظم الأدوم الأبهر الأكبرفي الدارين بكرمك ورحمتك يا أكرم الأكرمين يا أرحم الراحمين سبحانك لا نحصي ثناءً عليك أنت كما أثنيت على نفسك ولوجهك كامل ومطلق كل الشكر وكل الحمد.عدد خلقك ورضا نفسك وزنة عرشك ومداد كلماتك آمـــــين إحرص على قراءة الفاتحة والقرآن والدعاء وإهدائه للمؤمنين ولأحبابك بالله عليكم أكثروا من الصلاة والسلام على سيدنا النبي وآله وقراءة أم الكتاب دائماً أبداًالصلاة والسَّلامُ عَلَيْكمَ أيُّهَا النَّبيُّ وآلك وقرباك وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُه وَنَفَحَاتُه عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَى نَفْسهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ ومعلوماته ورحماته وأكثر وأحب من كل شئ كلما ذكره الذاكرون وغفل عن ذكره الغافلون ‏بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ {1} الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {2}الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ {3} مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ {4}إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ {5} اهدِنَـا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ {6}صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ {7}‏آمين.وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين___________________________
مع تحياتى اليكم جميعا

Panduan Asas Menghafal Quran

Berikut adalah beberapa panduan umum yang perlu dilakukan semasa menghafaz al-Quran:

1. Niat yang suci dan ikhlas, kerana menjaga kemuliaan agama, tanpa sebarang rasa terpaksa.
2. (Amalkan) hafazan dengan doa sebelum menghafaz dan sudahi dengan doa selepas menghafaz. (akan diposkan pada artikel akan datang)
3. Sunat dilakukan solat sunat memohon kepada Allah akan pertolongan dan juga kemudahan.
4. Jangan mencampuradukkan hafazan dengan tilawah (terutama yang baru memulakan hafazan al-Quran)
5. Sebelum memulakan hafazan, sebaik-baiknya diperhatikan dahulu baris-baris, tanda-tanda waqaf, dan hukum-hukum tajwid yang terdapat di dalamnya. Dan jangan memulakan hafazan melainkan setelah memperelokkan bacaan.
6. Dituntut juga supaya mendengar bacaan daripada guru ataupun memperdengarkan bacaan di hadapannya.
7. Membaca tafsir dan memahami pengertian ayat-ayat yang hendak dihafaz (walaupun sedikit @ sekadar termampu).
8. Jadikan khatam al-Quran sebagai amalan mingguan, bulanan atau sekadar mana yang termampu dilakukan, sekurang-kurangnya 2 kali khatam dalam setahun. (perlu diingatkan, amalan ini adalah tidak berkaitan dengan hafazan harian).
9. Jangan mulakan amalan seharian melainkan setelah membaca al-Quran. (saya teramat kagum dengan salah seorang bekas Syeikh saya semasa menuntut dahulu, di mana beliau tidak akan makan atau membuat perkara yang lain di awal pagi sehinggalah beliau menamatkan 3-5 juzuk bacaan!)
10. Syaratkan pada diri agar melakukan amalan-amalan tambahan yang lain; seperti berpuasa sunat, bersedekah, tolong menolong dan amalan-amalan utama yang lain.
11. Sebaik-baiknya jangan menggunakan mushaf yang kecil dan juga jangan sentiasa bertukar-tukar mushaf.
12. Membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam sembahyang, seperti sembahyang sunat. Alangkah baik lagi jika dibaca ketika menjadi imam, terutamanya waktu subuh atau juga sewaktu sembahyang terawih – di samping menjaga tertib dan juga tingkatan bacaan al-Quran.
13. Bersahabatlah dengan orang yang sentiasa dapat memberikan ingatan kepada kita tentang membaca al-Quran
14. Jika bersembahyang di belakang imam, dan kita menghafaz ayat yang dibacakan imam, maka jadilah seorang pendengar, bukan seorang penyemak. Jika diyakini imam tersalah atau terlupa bacaannya, berharaplah keampunan kepada Allah dengan hati yang tenang tanpa menegurnya. Namun jika dirasakan pada ketika itu imam memerlukan pertolongan, maka bantulah bacaan tersebut dengan niat memuliakan kalam Allah s.w.t. dan membantu hafazan imam

Monday, August 24, 2009

Aduh penatnya...

Assalamualaikum wr. wbt.

Tanggal 15 - 21 haribulan Ogos 2009 adalah hari-hari yang saya lalui dengan agak tertekan. Apa tidaknya, kerana tarikh-tarikh itu dipenuhi dengan berbagai-bagai ujian dalam peperiksaan PTK Gred 48. (Jika lulus peperiksaan ini dengan band minimum 3, layak dipertimbangkan ke gred 52, itu pun jika ada tawaran) 7 ujian yang kami lalui dengan dimulai dengan penulisan esei diperingkat analisis sebulan sebelum tarikh tersebut. 6 ujian lagi diadakan dalam tempoh 5 hari yang terakhir itu. Kepenatan dan hambatan masa amat terasa kerana sebelum itu, selama seminggu bermesyuarat di Terengganu untuk proses pemurnian pengkalan data kelulusan MQA.

Selepas tamat tempoh itu, saya kembali ke rumah dan diserang demam selsema (atau demam keletihan...) selama 3 hari 4 malam. Bukan saya sorang sahaja yang demam, tapi kedengaran khabar berita bahawa beberapa rakan saya juga turut mengalami keadaan yang sama. Tak tahu nak ceritalah saya apa yang saya rasai, tapi tempoh-tempoh yang saya lalui ini rasanya tak mahu lagi saya ulangi. Pada awalnya bimbang juga saya kalau-kalau simptom yang saya alami ini adalah gejala H1N1 tetapi alhamdulillah, kini nampaknya ia hanya demam biasa.Saya bermohon pada Allah.

Esok ada kuliah untuk kumpulan pelajar Pendidikan Khas, tak tahulah.. dapat hadir ke tak, tapi sebagai langkah awasan, saya dah passing kepada sahabat lain, tolong uruskan.

Kesimpulan dari apa yang saya lalui, pertama ; mana-mana pegawai yang akan menduduki peperiksaan PTK sepatutnya diberikan ruang masa secukupnya oleh organisasi yang ia sertai untuk membuat persediaan PTK , kedua ; PTK itu tidak sesuai dinamakan kursus PTK tetapi sesuai untuk dinamakan Peperiksaan PTK. Mungkin pihak berwajib telah menamakan dengan nama sedemikian sekarang ini namun sesetengah kakitangan awam masih menyebutnya "kursus" kerana masih terbawa-bawa dengan istilah tersebut, yang dilaksanakan untuk gred 44 suatu ketika dulu. Walau pun kursus sedemikian untuk gred 44 telah diubah ke cara lain tetapi "istilah" nya masih dipakai orang hingga kini.

Thursday, July 30, 2009

Selamat Belajar

Selamat belajar diucapkan kepada pelajar baru Program Persediaan.

Saturday, July 11, 2009

KRISIS UMAT ISLAM MINORITI

Pada hari ini, umat Islam minoriti di serata dunia dinafikan haknya. Krisis yang terbaru adalah di China.Tetapi para pemimpin Islam tidak mampu menolong saudara seagama yang ditindas. Apakan daya kita...



Namun demikian, apa yang positif, sejak krisis ini meletus, ramai orang mula sedar bahawa terdapat ramai umat Islam di Negeri China termasuk Etnik Ughir ini tetapi berita-berita lain tentang mereka tidak pula kita ketahui kecuali sekadar apa yang dipaparkan oleh agensi berita bukan Islam. Di kala inilah kelihatan peranan agensi berita milik umat Islam sendiri amat penting untuk menyalurkan maklumat dan memfokuskan berita untuk kepentingan Islam. Apa yang berlaku pada mereka sebenarnya, secara terperinci, apa bantuan yang mereka perlukan, bagaimana kedudukan mereka dalam sistem politik China dan sebagainya tidak kita ketahui. Kita hanya bersimpati... itulah daya yang ada.

Sekian.

Friday, July 10, 2009

Kursus Jurulatih Bestari dan Sambutan Hari Lahir




Tanggal 6 hingga 10 Julai merupakan tarikh-tarikh yang pada mulanya agak merimaskan.Apakan tidak kerana terpaksa meninggalkan pejabat, rumahtangga, anak isteri dan lain-lain untuk tempoh 5 hari 4 malam iaitu sehingga menjangkau ke hari Jumaat, hari cuti bagi negeri tempat tinggal saya.Namun demikian, digagahkan juga diri ini untuk memenuhi kewajipan itu demi melengkapkan ilmu dan kemahiran dalam mengendalikan kursus-kursus sekolah bestari selepas ini.Kalau sebelum ini kursus-kursus tersebut dikendalikan secara agak kurang tersusun dan kabur namun selepas ini diharapkan ia akan lebih jelas, teratur dan berkesan.
Hasrat itu telah mula dirasai sebaik sahaja masuk hari kedua kursus.Segala masalah tentang kursus Bestari sebelum ini kelihatan agak terungkai dengan beberapa siri penerangan dan perbincangan dari fasilitator.Keseronokan makin terserlah apabila beberapa kemahiran baru hasil perkongsian maklumat dari fasilitator dan rakan peserta kursus diperolehi sedikit demi sedikit.Pertambahan rakan dan kenalan sekerja juga merupakan satu unsur yang menyeronokkan.Tenggelamlah sudah sedikit sebanyak kerimasan dan kekaburan sebelum ini.
Suatu kelainan yang agak mengejutkan kali ini ialah sambutan Hari Lahir dua orang peserta kursus yang dilaksanakan secara mengejut dan spontan oleh urusetia dan pihak hotel membuatkan para peserta begitu teruja sekali.Tahniah kepada pihak urusetia diatas keperihatinan dan kebijaksaan itu.Dalam pada kita menjalankan tugas, unsur-unsur kemanusiaan, sosial, hubungan inter personal dan intera personal perlu juga diambil kira dan dititik beratkan.Tahniah kepada urusetia dan orang yang diraikan. Hal ini perlu turut difikir dan diikuti juga oleh urusetia-urusetia lain di jabatan lain.Semoga hidup kita ceria kerja kita juga sempurna.

Sunday, June 28, 2009

Tahniah Untuk Yang Cemerlang Tetapi Bagaimana Dengan Yang Sederhana Dan Terkebelakang.

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi. Langkah kerajaan menyediakan lebih banyak peluang-peluang pengajian dan IPTS juga amat disokong. Dalam masa yang sama kita perlu fikirkan juga nasib pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik lantaran keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan.Mereka ini walaupun diberi peluang menukar aliran dari bidang akademik ke bidang pendidikan kemahiran selepas tingkatan tiga, namun mereka tidak menukar aliran tersebut kerana katanya dan kata ibu bapa mereka "tunggulah di sini, kerana di sini masih boleh meneruskan pengajian".

Sekarang timbul persoalan, adakah dengan membiarkan mereka meneruskan pengajian di aliran akademik di peringkat tingkatan 4 tanpa sekatan dan tapisan agar mereka menukar aliran ke arah pendidikan kemahiran akan membuahkan hasil yang baik untuk mereka ?. Yang pasti, jika dibenarkan semua lulusan PMR naik ke tingkatan 4 tanpa tapisan, maka kebanyakan mereka akan kekal di tingkatan 4 aliran akademik.Kebanyakan mereka tidak akan menukar aliran ketika itu. Mereka hanya berfikir untuk menukar aliran setelah di tapis selepas tingkatan 5, tetapi tahap ini mungkin sudah terlewat. Oleh itu tapisan untuk menyambung pengajian ke tingkatan 4 aliran akademik perlu ditapis.

Kalau di tahun-tahun 70an dulu, mereka ini ditapis, samada boleh atau tidak menyambung pengajian tetapi bukan itu yang kita cadangkan.Apa yang kita cadangkan ialah tapisan dilakukan untuk dialirkan samada ke bidang akademik atau kemahiran. Lakukan selepas PMR bukan selepas SPM. Jika ada orang berhujah bahawa akan bertambahlah kumpulan remaja yang tercicir , jawapannya kenapa tercicir, kerana mereka ini bukan dihalang dari belajar, cuma mengubah aliran.

Sejak akhir-akhir ini kita lihat semakin banyak sekolah-sekolah menengah yang dibuka kelas-kelas/bengkel kemahiran. Oleh itu idea di atas sebenarnya telah diaplikasikan sebahagiannya cuma dlm btk lain iaitu menyerap pendidikan kemahiran itu ke dalam kelas-kelas di aliran akademik.

Saya melontarkan pandangan ini berasaskan pengalaman menjadi pendidik kepada golongan ini selama 15 tahun. berbagai tabiat, sikap, kecenderungan, kemahiran dan minat mereka saya temui dan lalui dalam interaksi sepanjang tempoh itu.

Satu hal lagi, kita melihat dulu banyak sekolah-sekolah swasta timbul untuk menyediakan peluang pembelajaran bagi mereka yang tidak berkelayakan menyambung pelajaran ke tingkatan 4 namun setelah semua lulusan PMR layak ke tingkatan 4 , maka sekolah-sekolah ini mati satu persatu.

Sekolah-sekolah ini tidak akan timbul kembali dengan bentuk tapisan yang saya perkatakan ini kerana ia tidak melibatkan keciciran.

Ada beberapa negara yang kita lihat memberikan pendidikan kemahiran kepada warganya lebih awal dan berbagai-bagai bentuk.Mereka boleh meneruskan hidup dengan kemahiran yang diberikan sehingga negara kita dibanjiri dengan kehadiran mereka seperti kedai gunting rambut, kedai makan, sektor pembinaan dan sebagainya. Peluang-peluang utk kita direbut oleh mereka kerana mereka mempunyai kemahiran sedangkan remaja kita tidak sedemikian. Rentetan itu bertambahlah mat-mat motor, kaki lepak, kaki samun, kaki ragut dan seumpamanya.

Sekian.

Tuesday, June 16, 2009

Haji 2009 dan H1N1

Assalamualaikum wr.wbt.

Musim haji 2009 akan menjelang tiba.Pihak pengurusan haji telah mangatur perancangan untuk kursus-kursus haji dan lain-lain persiapan yang perlu.Persoalan yang timbul ialah sejauh mana persiapan jemaah haji tahun ini untuk berhadapan dengan wabak H1N1 yang sedang merebak di seluruh dunia sekarang.Lebih jauh dari itu, persiapan itu bukan sahaja perlu di pihak jemaah sahaja, malah pihak pengurusan haji, kesihatan, imigresen dan sebagainya.

Persoalan yang lebih besar perlu difikirkan bersama ialah sejauh mana kewajipan menunaikan fardu haji pada tahun ini bagi orang-orang yang telah cukup perbelanjaan haji, perbelanjaan tanggungan yang telah ditinggalkan serta keselamatan perjalanan. Persoalan ini timbul kerana aspek keselamatan dari sudut kesihatan dilihat kurang terjamin berikutan merebaknya wabak diatas. Kewajipan haji perlu ditinjau dari sudut itu juga walaupun ia tidak disebut secara jelas dalam Al-Qur'an dan Al-Hadis. Sayyidina Umar sendiri menyuruh umat Islam lari dari takdir yang buruk kepada takdir yang baik.

Dalm hal ini, galakan Mufti Mesir melalui sidang akhbarnya di Kaherah baru-baru ini agar ulama' seluruh dunia menerangkan kepada umat Islam di negara masing-masing untuk menangguhkan haji dan umrah pada tahun ini dilihat amatlah releven.

Keputusan ini tidak boleh dibuat oleh individu tetapi perlu kepada perbincangan dan tindakan daripada beberapa pihak yang berkaitan dan berautoriti di bidang masing-masing.Beberapa kaedah feqah boleh ditinjau untuk menyokong cadangan ini. Sekian.

Sunday, May 31, 2009

NILAI MASA

AMATILAH PARA SAHABAT DAN ORANG TERDAHULU MENJAGA MASA

Sabda Rasulullah SAW:"Dua nikmat yang kebanyakan manusia kerugian besar iaitu kesihatan dan kelapangan.

Para sahabat merupakan sebaik-baik generasi yang memahami konsep menghargai nilai masa.Pernah mereka berkata:"Diantara tanda-tanda kemurkaan Allah ialah menghabiskan masa tanpa faedah.Masa ialah pedang,jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu".

Mereka seringkali membuat reformasi dalam menyayangi masa.Hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.Mereka berkata:"Barang siapa yang keadaan hari ini sama seperti semalam,dia adalah orang yang tertipu dan barang siapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam,maka ia adalah orang yang dilaknat".

Hassan Al basri berkata:"Wahai anak Adam!Sebenarnya umur engkau adalah hari-hari yang boleh dihitung.Bila hilangnya satu hari,maka bererti hilanglah sebahagian daripada umur engkau.Dan apabila hilangnya sebahagian daripada umur engkau maka hampirlah kamu kepada kehilangan sedangkan kamu menyedarinya maka beramallah.

NILAI MASA BAGI PARA ULAMA

Salah seorang ulama bernama Abu Wafa' bin Akil Alhanbali pernah berkata "Sesungguhnya tidak halal bagi diriku menyia-nyiakan masa walaupun sesaat dari umurku.Andainya lidahku berhenti dari bermuzakarah atau berbicara sesuatu permasalahan dan mataku berhenti daripada menatap kitab maka aku akan pergunakan fikiranku pula semasa berehat.Aku tidak akan bangun kecuali telah terlintas dihatiku apa yang telah aku gariskan.Sesungguhnya penghayatan ilmu pengetahuanku ketika merumur 80 tahun lebih kuat dari penghayatan ilmuku ketika aku berumur 20 tahun

Mengikut sebahagian ulama' beliau telah mengarang kitab Al-Funun sebanyak 800 jilid ,

Sunday, May 24, 2009

Kerja Sebagai Ibadah

Kerja Adalah Ibadah

Banyak yang berkata, kerja adalah ibadah. Pernyataan ini bisa benar bisa juga salah, tergantung kejujuran dari masing-masing yang mengucapkan. Sesuatu yang kita nasabkan sebagai ibadah mestilah harus ada dalil dan tuntunannya dari syariat. Bukan dengan pertimbangan akal atau pertimbangan selera kita.

Apakah bekerja kemudian melupakan kewajiban yang lebih besar semisal Sholat lima waktu bisa dikatakan ibadah? Bukankah banyak orang yang melalaikan sholat wajib karena alasan kesibukannya dalam bekerja? Apakah bekerja dengan melupakan hak-hak keluarga juga dikatakan ibadah? Apakah bekerja dengan tujuan menjadi kaya dan menumpuk-numpuk harta adalah ibadah? Apakah bekerja dengan berikhtilath (campur baur laki perempuan yang bukan mahram dalam suatu tempat) dikatakan ibadah? Apakah bekerja kemudian ia belanjakan hartanya dijalan yang tidak diridhai Allah juga ibadah? Untuk membelikan baju baru istrinya, atau anaknya, padahal dilemari masih tersimpan setumpuk pakaian. Apakah pemborosan semacam ini juga ibadah? Dan lain-lain…

Seseorang yang bekerja dengan tujuan menghidupi keluarganya dan orang-orang yang ada dalam tanggungannya, dia sedekahkan kelebihan hartanya kepada mereka yang membutuhkan. Tidak ia gunakan hartanya untuk sesuatu yang tidak ada gunanya, tidak boros dalam membelanjakannya, tidak pula bakhil, tidak pula ia salurkan hartanya untuk sesuatu yang diharamkan Allah. Tidak ia tumpuk-tumpuk lalu menghitung-hitungnya, ia keluarkan zakat bagi hartanya yang memang sudah ada kewajiban mengeluarkan zakatnya. Tidaklah hartanya ia gunakan untuk berbangga-bangga dengan kesombongannya. Ia yakin bahwa hartanya adalah amanat dari Allah Subhanahu wa ta’ala sehingga ia benar-benar mendapatkannya dan membelanjakannya pun di jalan yang Allah ridhai. Ia amanah dalam mendapatkan hartanya tanpa melupakan kewajibannya kepada Allah ta’ala. Insya Allah, orang yang bekerja untukyang demikian inilah yang bisa dikatakan kerjanya adalah ibadah.



KERJA ADALAH IBADAH


Sesungguhnya setiap perbuatan yang dilakukan seorang muslim akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki syarak. Namun kenapa masih ada komuniti pekerja yang memandang remeh mengenai kerja yang diusahakan dengan melakukan sambil lewa dan ala kadar. Salah satu punca yang dikenalpasti adalah kerana mereka menganggap kerja sebagai amalan rutin untuk mendapat upah atau hasil tanpa membabitkan perancangan, etika dan kualiti. Kerja merupakan” kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.Manakala ibadah bermaksud” kepatuhan dari ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya”. Apabila digabungkan ,ia bolehlah diertikan sebagai tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah. Sesungguhnya bekerja amat dituntut oleh Islam bagi membolehkan umat manusia mendapat rezeki kurniaan Allah dan secara tidak langsung menjadi mekanisme memakmurkan muka bumi ini. Ini menepati penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Allah Taala berfirman dalam surah AtTaubah ayat 105 yang bermaksud:“Katanakanlah(Wahai Muhammad):”Beramallah kamu(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”Segala tindakan dan kerja hendaklah berorientasikan kepada ciri-ciri serta nilai-nilai kerja sebagai amal soleh dan bersifat sepadu antara duniawi dan ukhrawi, rohani dan jasmani. Allah Taala berfirman dalam surah Al Jumaah ayat 10 yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai solat,maka bertebaranlah kamu di mukabumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banykanya(dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya(di dunia dan akhirat) Sesuatu kerja itu dikategorikan sebagai ibadah apabila ia bekerja untuk:

1.Bekerja untuk keperluan diri Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika pergi sesorang di antara kamu pada tengahari untuk mengambil kayu bakar dibelakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah, mulailah daripada yang terdekat.”

2. Bekerja untuk keperluan keluarga. Rasulullad S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mu’min yang bekerja (Hadiht)”.

3. Bekerja untuk keperluan masyarakat Umum mengetahui tidak semua manusia mempunyia kepakaran dalam semua bidang. Untuk itu kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu kifayah sebagai menepati firman Allah yang bermaksud: “Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui.”

4. Bekerja untuk memakmurkan bumi Allah Pekerjaan yang kita lakukan mempunyai hubungan kait yang rapat dengan unsur kehidupan manusia didunia selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan dimuka bumi ini. Manakala cirri-ciri kerja itu, dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi perkara berikut:-

a) Niat kerana Allahb) Berteraskan Iman dan taqwac) Tidak meninggalkan yang wajibd) Mendapat ganjaran dunia dan akhiratNamum sesuatu kerja itu dianggap sebagai ibadah apabila :-a) Pekerjaan itu mestilah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syara’

b) Pekerjaan yang disertakan dengan niat dan diredhai Allah

c) Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh

d) Pekerjaan berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab)



__________________
Ini adalah kerana Islam ialah satu cara hidup yang lengkap dan syumul yang merangkumi semua aspek kehidupan. Islam tidak terbatas hanya kepada ibadah khusus semata-mata, malah lebih daripada itu.Setiap gerak-geri, perbuatan, amalan dan fikiran kita dikehendaki supaya berlandaskan kepada ajaran Islam. Di sinilah letaknya keindahan Islam kerana Islam adalah agama lengkap yang diturunkan oleh Allah swt kepada manusia sebagai panduan kepada kesejahteraan hidup duniawi dan ukhrawi.Pekerjaan pula adalah bermaksud ‘sesuatu yang dilakukan sebagai tanggungjawab’ atau dalam perkataan lain ‘kewajipan’ atau ‘tugas’. Pekerjaan juga dilihat sebagai satu usaha mencari rezeki untuk diri dan keluarga. Pekerjaan turut dianggap sebagai kerjaya atau profesion yang diceburi seseorang.Daripada perspektif Islam, pekerjaan bermaksud sesuatu yang dilakukan sebagai tanggungjawab dalam segala urusan yang halal. Islam memandang perkara ini sebagai satu tuntutan agama. Ia adalah satu tanggungjawab fardu kifayah di dalam masyarakat tetapi menjadi fardu ain bagi seorang ketua keluarga untuk menyara hidup diri dan keluarganya.Dalam erti kata lain, adalah menjadi satu kewajipan, iaitu fardu ain bagi seorang ketua keluarga untuk mencari rezeki dengan bekerja bagi menampung kehidupan harian semua yang berada di bawah tanggungannya termasuk dirinya. Jika ini tidak dilakukan, maka individu itu dikatakan tidak melaksanakan tanggungjawabnya ke atas mereka yang berhak.Di dalam konteks masyarakat pula, adalah menjadi kewajipan fardu kifayah bagi orang Islam untuk bergiat di dalam sesuatu kerjaya. Misalnya jika di dalam masyarakat berkenaan tidak ada orang Islam yang menjalankan sesuatu pekerjaan yang dianggap kritikal, maka adalah menjadi kewajipan bagi ahli masyarakat berkenaan untuk memastikan supaya ada orang Islam yang menceburi bidang itu. Ini adalah tanggungjawab masyarakat atau fardu kifayah.Hakikatnya, konsep ibadah di dalam Islam amat luas. Semua tindak-tanduk manusia menjadi ibadah jika tindak-tanduk yang dilaksanakan itu mendapat keredaan Ilahi. Janganlah disempitkan takrif ibadah itu hanya kepada ibadah khusus semata-mata. Perlu disedari bahawa setiap perbuatan kita diperhatikan oleh Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat. Justeru, bekerja adalah satu ibadah.Sebenarnya, banyak ciri yang dititikberatkan di dalam soal pekerjaan adalah selari dengan kehendak ajaran Islam. Ciri ini juga didokong dan ditekankan oleh Islam menerusi al-Quran dan sunnah Rasulullah saw.Malah, jika dikaji sejarah peradaban Islam bermula daripada Rasulullah saw kepada pemerintahan Khulafa’ Al-Rasyidin hinggalah kepada kerajaan Umaiyah dan Abbasiyah, dapat dilihat betapa ciri pekerjaan ini menjadi tulang belakang kepada kejayaan Islam itu sendiri sebagai satu agama yang dinamik dan progresif.Tidak salah jika dikatakan bahawa kejayaan Islam sebagai satu tamadun adalah kerana penganutnya menganggap dan meyakini bahawa setiap pekerjaan yang mereka lakukan adalah untuk mendapat keredaan Allah swt dan dengan ini, setiap pekerjaan yang dilakukan adalah satu ibadah kepada Allah Yang Maha Esa.Ciri yang paling utama di dalam menjadikan pekerjaan sebagai ibadah adalah niat. Niat adalah soal hati yang hanya diketahui oleh diri kita dan Allah swt. Jika sesuatu pekerjaan atau arahan kerja dilakukan secara ikhlas, insya-Allah pekerjaan kita itu akan diterima sebagai satu ibadah dan seterusnya akan diberi ganjaran oleh Allah swt.Umat Islam harus sedar dan yakin bahawa ganjaran yang diterima itu adalah dalam pelbagai bentuk seperti pahala untuk akhirat dan ganjaran kewangan di dunia. Namun, jika pekerjaan itu hanya dilaksanakan untuk mendapatkan wang, maka wang sajalah yang diperoleh.Jika pekerjaan itu dibuat untuk mendapat pujian, itu sajalah yang akan dikecapi. Jika pekerjaan itu dijalankan untuk dilihat sebagai rajin, itu sajalah ganjaran yang dirasai. Tetapi jika pekerjaan itu dijalankan dengan ikhlas, semua ini mungkin diperoleh di samping ganjaran di akhirat nanti.Sebab itulah kita digalakkan oleh Islam untuk sekurang-kurangnya memulakan pekerjaan kita dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’ dan setiap apa yang kita lakukan itu adalah ikhlas kerana Allah swt.Manusia adalah makhluk yang dicipta oleh Allah swt sebagai makhluk yang hidup secara bermasyarakat dan saling bergantungan antara satu sama lain. Ini memerlukan kepercayaan yang tinggi di antara satu sama lain atau dalam erti kata lain amanah. Setiap antara kita sebenarnya mempunyai amanah kepada masyarakat dan negara.Apabila pergantungan di dalam masyarakat diterjemahkan kepada perkhidmatan atau pekerjaan yang dilakukan, ini bermakna setiap orang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan melakukan pekerjaan yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.Perkhidmatan dan pekerjaan yang dilakukan dengan jujur, ikhlas dan sebaik mungkin mengikut keupayaan dan potensi setiap individu adalah satu bentuk ibadah yang dipandang tinggi oleh Islam.Umat Islam tidak boleh melakukan kerja ibarat melepaskan batuk di tangga saja. Jika tanggungjawab diberi, maka wajib bagi orang yang menerima tanggungjawab itu untuk melaksanakan amanah dengan cara yang paling baik mengikut kemampuan masing-masing. Ini sebenarnya adalah satu bentuk penghayatan amanah di dalam pekerjaan dan satu manifestasi konsep ibadah di dalam pekerjaan.Pelaksanaan amanah dengan sebaik mungkin adalah kunci ke arah kecemerlangan individu dan organisasi. Sememangnya ini selari dengan ajaran Islam. Justeru, adalah penting bagi setiap orang untuk melaksanakan tanggungjawab di dalam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, komited dan bersungguh-sungguh.Sabda Rasulullah saw di dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Apabila tugas diamanahkan kepada kamu, maka laksanakan tugas itu dengan cemerlang yang mungkin.”Disiplin dalam menjalankan tugas ialah melaksanakan sesuatu tugasan dengan sempurna dan mematuhi peraturan yang ditentukan serta menyelesaikan tugasan itu dalam jangka masa yang ditentukan. Dalam skop yang lebih luas, berdisiplin ialah cara hidup yang berperaturan berlandaskan pelbagai prinsip dan nilai yang mulia serta bertertib dalam kelakuan dan tindakan.Hakikatnya, Islam amat mementingkan soal disiplin. Ini dapat dilihat melalui ibadah khusus, misalnya solat. Solat perlu ditunaikan dalam jangka waktu yang ditetapkan. Ini bermakna untuk menunaikan solat memerlukan kepada disiplin waktu. Untuk menunaikan solat itu sendiri, ada rukun yang perlu dilakukan dengan tertib. Ini bermakna solat mempunyai prosedur dan kaedah pelaksanaannya sendiri.Begitu juga halnya dengan pekerjaan yang dilakukan. Ada prosedur dan peraturan yang ditetapkan yang perlu dipatuhi. Kerja itu sudah tentulah perlu disiapkan dalam satu tempoh tertentu yang diarahkan. Semua ini memerlukan disiplin.Berdisiplin ketika bekerja ialah satu kekuatan yang menggerak kepada kejayaan dan kemenangan. Pekerja yang berdisiplin akan dapat melaksanakan tugas dengan lebih cepat dan berkesan daripada pekerja yang tidak berdisiplin. Oleh itu, Saidina Ali berkata: “Kebenaran yang tidak dipertahan dengan disiplin akan dikalahkan oleh kepalsuan yang berdisiplin.”Di samping itu, kebersihan bukan saja kebersihan fizikal tetapi juga kebersihan rohani, iaitu bersih daripada sifat mazmumah. Justeru, kebersihan akan dapat meluruskan hala tuju perkhidmatan dan pekerjaan seseorang. Ini dapat meluruskan tujuan seseorang itu bekerja, bukan semata-mata untuk mencari nafkah tetapi juga untuk beribadah dan mencari keredaan Allah.Apabila tujuan dan haluan bekerja itu bersih dan mantap dalam hati dan jiwa individu, maka kehadiran dan sumbangannya dalam perkhidmatan akan dapat membersihkannya daripada kegiatan mungkar dan jahat.Perkhidmatan akan menjadi jentera untuk pembangunan dan tidak menjadi ejen kemungkaran dengan kegiatan seperti rasuah dan seumpamanya. Apabila arah pembangunan itu adalah untuk mencari keredaan Allah, maka akan lahirkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan bersih tujuan dan kegiatannya.Satu lagi ciri yang penting ialah mengakhiri setiap kerja dengan kalimah tahmid, iaitu ‘Alhamdulillah’ sebagai tanda bersyukur di atas pekerjaan yang dilaksanakan. Tanda bersyukur dalam perkhidmatan atau pekerjaan ialah dengan menjadikan khidmat sebagai satu ibadah selain daripada tujuan mencari nafkah, tujuan bekerja adalah untuk mencari keredaan Allah.Jika ini dijadikan sebagai matlamat pekerjaan, nescaya nafkah yang diperoleh itu mestilah nafkah yang halal kerana tujuan ialah juga untuk menunaikan kewajipan yang ditentukan oleh Allah terhadap diri dan keluarga.Gaji, elaun dan imbuhan yang diterima mestilah bersih daripada sesuatu yang haram seperti rasuah serta tuntutan berlebihan daripada yang sepatutnya. Bahkan di dalam Islam, untuk menjamin pendapatan diredai Allah, kita digalakkan bekerja lebih daripada yang dijanjikan.Tujuan bekerja, khususnya di dalam jabatan atau organisasi, adalah untuk menggerakkan jentera pentadbiran dan perkhidmatan supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai. Berkhidmat kepada orang ramai, berusaha untuk memberikan kemudahan dan kebaikan kepada rakyat dan perkara sepertinya – jika dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur – akan mendapat keredaan Allah.
Oleh sebab keredaan Allah swt tidak mempunyai batas, tidak luput dan tidak akan habis, setiap orang boleh memberikan khidmat sebanyak mungkin bagi memperoleh keredaan Ilahi. Dengan berkhidmat dan bekerja sebagai ibadah, seseorang akan mendapat kepuasan daripada kerjanya, mencintai kerjayanya dan berdedikasi di dalam menjalankan tugasannya.Sebenarnya, banyak lagi ciri yang boleh diketengahkan yang dipentingkan dalam pekerjaan dan menjadi ciri yang menjadikan pekerjaan itu suatu ibadah. Misalnya berilmu pengetahuan, sabar, tekun, berbincang (musyawarah), jujur dan banyak lagi. Ciri ini yang menjadi konsep kepada perkhidmatan berkualiti jika diterapkan di dalam diri kita akan mendatangkan banyak manfaat dan faedah.Bukan saja perkhidmatan dan pekerjaan yang dilakukan itu akan menjadi perkhidmatan dan pekerjaan yang berkualiti, malah ia boleh menjadi satu bentuk ibadah kepada Allah yang akan mendatangkan manfaat kepada diri kita di dunia dan akhirat
Muhammad saw.


ORANG Arab pada zaman jahiliah menganggap ‘kerja tangan’ adalah hina. Para penyair akan mengutuk manusia dengan menggunakaan ungkapan bahawa bapanya adalah seorang tukang besi atau tukang kayu. Kerja ini hampir-hampir menjadi kerja yang dikhususkan bagi para hamba dan orang bukan Arab. Diceritakan bahawa Ziyad bin Muawiyah yang terkenal dengan dengan gelaran al-Zibyani adalah seorang penyair yang rapat dengan pihak pemerintah, iaitu Nukman bin Munzir. Terdapat seorang lelaki yang dengki, ingin mengadu domba antara raja dan penyairnya. Dia menyuruh al-Zibyani mengarang sebuah syair, menungkapkan syair itu dengan isi kandungannya mengutuk Nukman dan menuduh bahawa bapanya adalah seorang tukang kayu. Maka Nukman pun murka. Penyair itu melarikan diri untuk beberapa waktu. Kemudian dia mengarang sebuah kasidah yang lebih indah dan menyerlahkan hakikat sebenar. Penyair itu telah masuk berjumpa Nukman dalam keadaan ketakutan lalu membacakan kasidah itu di depan Nukman.Maka Nukman pun mengampunkannya. Seterusnya Islam telah datang untuk mengubah pandangan orang-orang jahiliah yang salah terhadap kerja mulia tersebut. Islam menggalakkan dan menjanjikannya dengan ganjaran yang besar. Malah Islam menjadikan kerja itu sama dengan darjat amal yang paling tinggi, iaitu jihad di jalan Allah.Islam mengkeji penganggur dan orang yang membuang masa. Sabda baginda Rasulullah yang bermaksud:“Menganggur akan membuatkan hati menjadi keras.” (Riwayat al-Qadha’ei daripada Abdullah bin Umar bin al-As r.a)Islam juga mengajarkan kita supaya merebut masa lapang sebelum keluputannya. Sabda baginda yang bermaksud:“Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara: Hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sakit, muda sebelum tua dan kaya sebelum fakir.” (Riwayat Hakim dan Baihaqi daripada Ibnu Abbas). Ahmad meriwayatkannya di dalam bab ‘zuhud’ dan Abu Na’ain meriwayatkannya di dalam bab ‘al-Hulyah’, dan Baihaqi turut meriwayatkannya daripada Amru bin Maimun. Albani menyatakan hadis ini adalah hadis sahih di dalam ‘Sahih al-Jami’ (bil. 1077).Umar al-Khattab berkata: “Aku memberikan amaran kepada kamu tentang akibat masa lapang, sesungguhnya ia menghimpunkan pintu-pintu yang tertutup.” Sebagaimana aku juga membaca kata-kata Umar yang lain: “Sesungguhnya tangan ini dijadikan untuk bekerja. Sekiranya kamu tidak menyibukkannya dengan mentaati Allah, maka ia akan menyibukkan kamu dengan maksiat kepada Allah.” (Abbas Mahmud Aqad, ‘Kehebatan Umar’, hal. 198)Said bin Mansur mencerakinkan kata-kata Umar: “Tidak ada satu keadaan yang aku lebih suka maut datang menjemput aku selain daripada berjihad di jalan Allah melainkan aku sedang bekerja mencari kurniaan rezeki Allah.”Kemudian Umar membacakan petikan al-Quran yang bermaksud:“Dan orang-orang lain berjalan di atas muka bumi mencari kurniaan Allah, dan mereka yang lain pula berperang di jalan Allah.” (Al-Muzammil: 20)Imam Al-Nasafi berkata dalam menafsirkan ayat ini: “Allah telah menyamakan antara mereka yang berjihad di jalan Allah dengan mereka yang berusaaha bekerja di jalan mencari rezeki.”Umar mengutamakan darjat bekerja mencari rezeki ke atas jihad di jalan Allah, dengan katanya: “Sekiranya aku mati di antara dua bukit dalam perjalanan aku di atas muka bumi untuk aku mencari kurniaan Allah adalah lebih baik daripada aku terbunuh sebagai mujahid di jalan Allah kerana Allah telah mendahulukan orang-orang yang berjalan di atas muka bumi mencari kurniaan-Nya ke atas orang yang berjihad di jalan-Nya.” (‘Muhammad bin Hassan al-Syaibani, ‘Kerja Mencari Rezeki’, hal. 18)Umar juga berkata: “Sesungguhnya aku telah bertanya tentang seorang lelaki yang mengagumkan aku, adakah dia mempunyai pekerjaan. Sekiranya dia menjawab ‘tidak’, maka aku tidak akan menghiraukannya. Kemudian Umar berkata: “Wahai sekalian orang fakir bersegeralah kamu melakukan kebaikan dan janganlah kamu menjadi bebanan ke atas orang Muslimin.” (Al-Jauzi, ‘Talbis al-Iblis’, hal. 317)Umar amat memahami semangat Islam dalam persoalan ini, maka banyak kata hikmahnya yang diulang-ulang dalam banyak waktu dan ketika: “Sekiranyya aku mati di antara dua bukit dalam usaha aku mencari rezeki demi menjaga air mukaku adalah lebih baik daripada aku mati sebagai seorang yang berjuang di jalan Allah.” Beliau juga berkata: “Sesiapa daripada kalangan kamu yang bekerja, maka kami akan memujinya dan sesiapa yang tidak bekerja, kami akan mengutuknya.”Sehubungan itu, banyak ayat al-Quran dan hadis yang menggalakkan kita bekerja. Firman Allah yang bermaksud:“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Bekerjalah kamu, sesungguhnya Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman akan melihat kerja yang kamu lakukan.” (Al-Taubah: 105)Bagaimanapun, pernah berlaku satu tempoh di dalam sejarah Islam apabila banyak penganggur dan orang fakir yang cuba ‘mengharuskan’ keadaan mereka yang memedihkan itu dengan mencari beberapa dalil yang mengharuskan pula sifat malas dan kegagalan mereka serta mereka pura-pura tidak nampak terdapat banyak dalil yang menggesa mereka supaya bekerja bersungguh-sungguh. Malah ada sesetengah orang jahil yang sampai ke tahap menganggap kefakiran merupakan sesuatu suatu yang suci. Islam adalah bebas daripada konsep menyeleweng yang mereka yakini itu. Islam adalah agama kekuatan dan kerja. Islam menggesa supaya bekerja kita dan menjadikan kerja sebagai sejenis ibadah yang paling mulia. Sesungguhnya Allah telah menjadikan semua manusia untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Firman-Nya yang bermaksud:“Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” (Al-Zariat: 56)Bagaimanapun, konsep pengabdian di dalam Islam adalah merangkumi semua kerja yang berfaedah dan diniatkan kerana Allah. Firman Allah yang bermaksud:“Katakan: Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162)Malahan persetubuhan yang halal adalah dianggap ibadah yang diberikan ganjaran. Sabda baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“Bukankahh Allah telah menjadikan bagi kamu perkara yang dapat kamu sedekahkan? Sesungguhnya setiap tasbih itu adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah dan pada persetubuhan kamu juga ada sedekah.” Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah seseorang daripada kami melepaskan syahwatnya juga diberikan ganjaran?” Baginda menjawab: “Ya, tidakkah kamu lihat sekiranya dia melepaskannya pada tempat yang haram, bukankah dia akan dikenakan dosa? Maka, begitu jugalah apabila dia meletakkannya di tempat yang halal maka dia akan diberikan ganjaran pahala.” (Riwayat Muslim dan Ahmad daripada Abu Zar al-Ghifari)Antara dalil yang menegaskan lagi bahawa bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal adalah termasuk antara ibadah ialah pada suatu hari Rasulullah s.a.w sedang duduk di kalangan sahabat baginda, lalu para sahabat melihat ke arah seorang pemuda yang mempunyai kekuatan yang sejak awal pagi keluar berusaha mencari rezeki. Mereka berkata: “Alangkahh baiknya sekiranya pemuda ini menggunakan kekuatan dan kemudaannya itu di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu berkata seperti ini, kerana sesungguhnya jika pemuda itu bekerja untuk mencari bekalan hidup untuk dirinya dan untuk menghalang dirinya daripada meminta-minta, maka dia adalah di jalan Allah. Sekiranya dia bekerja untuk menjaga kedua-dua ibu bapanya yang sudah tua dan lemah atau untuk keturunannya yang lemah demi mencukupkan keperluan hidup dan mengelakkan mereka daripada meminta-meminta, maka dia adalah dijalan Allah. Sekiranya dia keluar bekerja kerana riak dan bermegah-megah, maka dia berada di jalan syaitan." (Riwayat Tabrani daripada Kaab bin Ajrah)Sabda baginda lagi yang bermaksud:“Sesiapa yang bekerja untuk menanggung bebanannya, maka dia adalah seperti mujahid di jalan Allah. Sesiapa yang mencari dunia secara halal dalam keadaan menjaga kehormatan diri, maka dia berada padadarjat para syuhada.” (Riwayat Tabrani daripada Abu Hurairah)Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Mencari rezeki adalah terletak selepas menunaikan sembahyang yang wajib. Ia adalah suatu yang wajib selepas suatu yang wajib.” (Riwayat Tabrani dan Baihaqi)Baginda bersabda lagi yang bermaksud:“Bekerja mencari rezeki adalah fardu ke atas setiap Muslim.” (Riwayat Tabrani dan Dailami daripada Abdullafh bin Mas’ud dan Anas bin Malik)Di dalam bebrapa riwayat hadis, terdapat penggunaan perkataan fardu, wajib, dan jihad mengenai bekerja mencari rezeki. Mazhab Sunnah berpandapat bahawa bekerja mencari keperluan ‘daruri’ untuk kehidupan adalah fardu ain bagi orang yang berupaya melakukannya. Manakala mencari yang lebih daripada keperluan ‘daruri’ adalah harus hukumnya bagi orang yang mahukannya. Sebagaimana bekerja mencari rezeki untuk melakukan kebaikan adalah lebih afdal daripada menggunakan masa dengan melakukan amalan sunat. Dalil bagi pendapat ini ialah menerusi firman Allah yang bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian yang baik-baik daripada apa yang kamu usahakan dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan untuk kamu daripada muka bumi.” (Al-Baqarah: 267)Perkataan ‘suruhan’ di sini dari sisi penggunaan hakikatnya adalah bermaksud ‘wajib’. Adalah tidak masuk akal hendak memperoleh nafkah melainkan setelah berusaha mendapatkan rezeki. Tidak akan sempurna suatu kewajipan melainkan dengannya adalah wajib, iaitu bekerja mencari harta untuk dinafkahkan juga adalah wajib.Islam menggalakkan kita bekerja supaya tidak meminta-minta daripada orang lain. Sabda baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“Kemuliaan seorang mukmin ialah dia tidak meminta daripada orang lain.” Bukhari dan Muslim pula meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tangan di atas (pemberi) lebih baik daripada tangan di bawah (penerima).”

IBADAH & KERJAIstilah Ibadah dan Kerja atau sebaliknya mengesankan bahwa ibadah berbeda dengan kerja. Padahal, lebih baik secara konseptual juga secara praktis, bila kita berkata bahwa "ibadah adalah kerja" atau "kerja adalah ibadah", sehingga menjadikan aktivitas yang dilakukan menjadi ibadah dan pengabdian kepada Tuhan Yang Mahaesa.Ibadah dan Kerja atau sebaliknya mengesankan bahwa ibadah berbeda dengan kerja. Ini karena dua hal itu diselingi oleh kata dan yang mengandung arti bahwa keduanya berbeda. Dengan demikian, Ibadah berbeda dengan kerja. Hal tersebut dapat dibenarkan, karena memang banyak orang yang membedakannya dalam praktik hidup mereka. Misalnya, seseorang beribadah di masjid atau gereja dalam arti menyadari kehadiran Tuhan dan melakukan apa yang diperintahkan-Nya. Namun, ketika di kantor atau pasar, ia bekerja tanpa mengingat kehadiran Tuhan, bahkan bisa jadi melanggar perintah-Nya. Padahal, lebih baik secara konseptual juga secara praktis, bila kita berkata bahwa "ibadah adalah kerja" atau "kerja adalah ibadah", sehingga menjadikan aktivitas yang dilakukan menjadi ibadah dan pengabdian kepada Tuhan Yang Mahaesa.Kerja didefinisikan sebagai penggunaan daya. Manusia secara garis besar dianugerahi Tuhan empat daya pokok, yaitu daya fisik, yang menghasilkan kegiatan fisik dan keterampilan; daya pikir yang mendorong pemiliknya berfikir dan menghasilkan ilmu pengetahuan; daya kalbu yang menjadikan manusia mampu berkhayal, mengekspresikan keindahan, serta beriman, merasakan, dan berhubungan dengan Allah Sang Maha Pencipta; dan daya hidup yang menghasilkan semangat juang, kemampuan menghadapi tantangan, serta menanggulangi kesulitan.Penggunaan salah satu dari daya-daya tersebut -- betapapun sederhananya -- melahiran kerja, atau "amal" dalam istilah agama. Anda tidak dapat hidup tanpa menggunakan (paling sedikit) salah satu dari daya itu. Untuk melangkah, anda memerlukan daya fisik, paling tidak guna menghadapi daya tarik bumi. Karena itu, kerja adalah keniscayaan. Tetapi, perlu diingat bahwa kerja atau amal yang dituntut oleh-Nya bukan asal kerja, tetapi kerja yang baik (amal saleh). Saleh adalah yang sesuai, bermanfaat, lagi memenuhi syarat-syarat dan nilai-nilainya. Sebuah kursi yang tidak hanya memiliki tiga kaki, sehingga tidak dapat diduduki, maka ia bukan kursi yang saleh. Ia tidak bermanfaat karena tidak memenuhi nilai-nilai yang menjadikannya dapat dijadikan tempat duduk. Seseorang dituntut untuk melakukan yang saleh, karena itu bila ia bertemu dengan sesuatu yang tidak memenuhi nilai-nilainya, maka ia dituntut untuk melakukan perbaikan (ishlâh) dengan menambah yang kurang dari nilainya itu, yakni menambah satu kaki bagi kursi tadi. Bahkan, ishlâh yang lebih baik lagi adalah memberi nilai tambah bagi kursi yang saleh, sehingga ia bukan saja dapat diduduki, tetapi juga nyaman dan indah dipandang.Ibadah terambil dari akar kata yang sama dengan 'abid. Lalu, darinya dibentuk kata Abdullah yang arti harfiyahnya adalah "hamba Allah". Dalam kamus-kamus bahasa, 'abid (atau abdi) mempunyai sekian banyak arti. "Hamba sahaya, anak panah yang pendek dan lebar, serta "tumbuhan yang memiliki aroma yang harum". Apabila seseorang menjadi 'abid/"abdi" sesuatu, anggaplah sebagai abdi negara, maka ketiga arti di atas merupakan sifat dan sikapnya yang menonjol.Seorang hamba sahaya tidak memiliki sesuatu. Apa yang dimilikinya adalah milik tuannya. Dia adalah anak panah yang dapat digunakan tuannya untuk tujuan yang dikehendaki sang tuan, dan dalam saat yang sama dia juga harus mampu memberi aroma yang harum bagi lingkungannya. Pengabdian bukan hanya sekedar ketaatan dan ketundukan, tetapi ia adalah satu bentuk ketundukan dan ketaatan yang mencapai puncaknya akibat adanya rasa keagungan dalam jiwa seseorang terhadap siapa yang kepadanya ia mengabdi, serta sebagai dampak dari keyakinan bahwa pengabdian itu tertuju kepada yang memiliki kekuasaan yang tidak terjangkau arti hakikatnya.Sementara pakar berkata bahwa ada tiga unsur pokok yang merupakan hakikat ibadah kepada Allah: Pertama, si pengabdi tidak menganggap apa yang berada dalam genggaman tangannya sebagai miliknya, karena yang dinamai hamba tidak memi liki sesuatu. Apa yang dimilikinya adalah milik tuannya. Kedua, segala usahanya hanya berkisar pada mengindahkan apa yang diperintahkan oleh siapa yang kepadanya ia mengabdi. Ketiga, tidak memastikan sesuatu untuk dilaksanakan, kecuali mengaitkannya dengan izin dan restu siapa yang kepadanya ia mengabdi.Ada dua ragam ibadah, yaitu: Pertama, ibadah murni, yaitu kegiatan yang telah ditentukan Tuhan atau Nabi-Nya dalam hal cara, waktu, kadar, atau tempatnya. Bagi seorang muslim, shalat, zakat, puasa, dan haji adalah ibadah murni, karena cara, waktu, atau kadarnya telah ditentukan Tuhan. Kedua, ibadah umum, yaitu semua aktivitas yang dilakukan dengan motivasi memenuhi perintah Tuhan. Berdandan, misalnya, dapat bernilai ibadah jika motivasinya ingin tampil indah sebagaimana diperintahkan Tuhan, bukan untuk merayu dan menggoda. Bahkan, Nabi Muhammad Saw. pernah menyatakan bahwa hubungan seks dengan pasangan yang sah pun merupakan ibadah, selama motivasinya dibenarkan agama. Dengan demikian, motivasi-lah yang menjadikan satu aktivitas dinilai ibadah atau bukan. Dua orang yang menggunakan pisau yang sama dalam memotong kaki seseorang, dapat berbeda nilai kegiatannya tergantung dari motivasinya. Jika yang pertama seorang dokter yang mengamputasi pasiennya, maka aktivitasnya ini dapat menjadi ibadah, berbeda dengan seorang penjahat yang melakukan hal serupa. Jika demikian, semua aktivitas dapat menjadi ibadah, selama motivasinya sejalan dengan tuntunan Tuhan. Dalam konteks beribadah, kita harus pandai-pandai memilih apa yang disenangi Tuhan bukan apa yang kita senangi. Dari sini ada prioritas-prioritas yang harus menjadi pilihan. Secara umum, membersihkan diri dari yang kotor lebih baik daripada menghiasi diri dengan yang indah. Mandi tanpa parfum lebih baik daripada memakai parfum tanpa mandi. Ironinya, sementara kita melakukan kegiatan ibadah yang bersifat menghiasi diri (tidak wajib), tetapi tidak meninggalkan larangan Tuhan yang bersifat wajib. Ini adalah kekeliruan umum dalam ibadah kita.Sekian banyak hal yang berkaitan dengan aktivitas kerja dan ibadah yang harus mendapat perhatian, antara lain: Pertama, motivasi mesti menjadi landasan setiap aktivitas agar lebih terarah. Guna bernilai ibadah, maka aktivitas harus tertuju kepada Tuhan, yang dalam bahasa agama disebut ikhlash. Ikhlas menjadikan pelakunya tidak semata-mata menuntut atau mengandalkan imbalan di sini dan sekarang (duniawi), tetapi pandangan dan visinya harus melampaui batas-batas kekinian dan kedisinian, yaitu kekal di akhirat sana. Berangkat dari hal ini, setiap pekerjaan hendaknya dihiasi dengan niat yang tulus, serta hendaknya juga dimulai dengan membaca Basmalah untuk mengingatkan pelakunya tentang tujuan akhir yang diharapkan dari kerjanya, serta menyadarkan dirinya tentang anugerah Allah yang menjadikannya mampu melaksanakan pekerjaan itu.Kedua, tiada waktu tanpa kerja (amal saleh) dalam hidup. Al-Quran tidak memberi peluang bagi seseorang untuk menganggur sepanjang saat yang dialami dalam kehidupan dunia ini. Faidzâ faraghta fanshab (QS. 94: 7). Kata faraghta terambil dari kata faragha, yang berarti "kosong setelah sebelumnya penuh". Kata ini tidak digunakan kecuali untuk menggambarkan kekosongan yang didahului oleh kepenuhan, termasuk keluangan yang didahului oleh kesibukan. Seseorang yang telah memenuhi waktunya dengan pekerjaan, kemudian ia menyelesaikan pekerjaan tersebut, maka waktu antara selesainya pekerjaan pertama dan dimulainya pekerjaan selanjutnya dinamai faragha. Ayat di atas berpesan, "Kalau engkau dalam keluangan sedang sebelumnya engkau telah memenuhi waktumu dengan kerja, maka fanshab". Kata fanshab antara lain berarti berat, letih. Pada mulanya ia berarti "menegakkan sesuatu sampai nyata dan mantap". fanshab seakar dengn kata "nasib" yang biasa difahami sebagai "bahagian tertentu yang diperoleh dalam kehidupan yang telah ditegakkan, sehingga menjadi nyata dan tidak dapat (sulit) dielakkan". Atas dasar ini, ayat di atas dapat diterjemahkan, "Maka apabila engkau telah berada di dalam keluangan (setelah tadinya engkau sibuk), maka (bersungguh-sungguhlah bekerja) sampai engkau letih, atau tegakkanlah (persoalan baru ) sehingga menjadi nyata".Ketiga, bertebaran ayat dan hadis Nabi yang menuntut umat Islam agar bekerja dengan penuh kesungguhan, apik, dan bukan asal jadi. "Sesungguhnya Allah senang apabila salah seorang di antara kamu mengerjakan satu pekerjaan, (bila) dikerjakannya dengan baik (jitu)", demikian sabda Nabi Muhammad Saw. Di sisi lain perlu dicatat bahwa Nabi pernah menjelaskan kepada malaikat Jibril tentang makna Ihsân (kebajikan) dengan sabdanya: "Ihsân adalah beribadah kepada Allah sekan-akan engkau melihat-Nya. Bila tak mampu, maka yakinlah bahwa Allah melihatmu". Ibadah ritual atau ibadah secara umum bila didasari oleh petunjuk ini pastilah akan lahir bentuk keindahan dan keapikan yang mengagumkan. Ketiga, penghargaan kepada waktu. Al-Quran mengaitkan dengan sangat erat antara waktu dan kerja keras, antara lain melalui surah al-'Ashr. 'Ashr berarti memeras. Waktu dinamai 'ashr karena seseorang dituntut untuk memeras tenaga dan fikirannya untuk mengisi waktunya. Mereka yang tidak memerasnya akan rugi dan kerugian itu akan dirasakannya pada 'ashr umurnya, yakni pada saat tua atau menjelang kehadiran ajalnya. Dalam konteks menghargai waktu, apabila ada dua alternatif untuk melakukan satu pekerjaan yang sama dan nilainya sama, maka hendaknya dipilih yang menggunakan waktu lebih singkat. Di sisi lain, apabila ada pekerjaan yang mengandung nilai tambah dan dapat diselesaikan dalam waktu yang sama tanpa nilai tambah, maka pilihlah yang memiliki nilai tambah. Itu sebabnya shalat jamaah jauh lebih dianjurkan daripada shalat sendirian, karena waktu yang digunakan untuk kedua shalat sama atau tidak jauh berbeda, tetapi nilai tambah berupa ganjarannya adalah 27:1.Kelima, kerja sama dalam melakukan sesuatu (bekerja). Pernyataan seorang muslim dalam shalat, iyyâka na'budu (hanya kepada-Mu kami beribadah), yang dikemukakan dalam bentuk jamak itu -- walau yang bersangkutan shalat sendirian -- menunjukkan bahwa Islam sangat mendambakan kerjasama dalam melaksanakan ibadah, termasuk dalam bekerja. Dengan kerjasama akan lahir harmonisme, yang pada gilirannya akan mempercepat penyelesaian pekerjaan dan mempermudahnya. Kerjasama akan meningkatkan produktivitas. Keenam, optimisme dalam bekerja. Kerja harus dibarengi dengan optimisme dan harapan akan bantuan Ilahi, sebagaimana ditegaskan dalam surah asy-Syarh: fa inna ma'al 'usri yusran, inna ma'al 'usri yusran. Ayat ini menegaskan bahwa satu kesulitan akan dibarengi dengan dua kemudahan. Karena itu, akhir surah tersebut menyatakan, wa ilâ Rabbika farghab (Hanya kepada Tuhanmulah, hendaknya engkau berharap).Manusia dituntut untuk melakukan usaha, atau dalam bahasa al-Quran disebut sa'y. Usaha tersebut harus bertolak dari Shafâ yang arti harfiahnya adalah "kesucian" dan berakhir di Marwah. Bila terpenuhi usahanya akan berakhir dengan "kepuasaan" (Marwah). Insya Allah, ia akan memperoleh hasil dari sumber yang ia sendiri tidak pernah menduganya.Ketujuh, rejeki yang diraih dari hasil kerja seseorang. Rejeki ada dua macam, yaitu "rejeki materil" dan "rejeki spirituil". Jangan pernah menduga bahwa rejeki hanya sesuatu yang bersifat materil. Seorang yang berpenghasilan sepuluh juta belum tentu mendapat rejeki lebih banyak daripada yang berpenghasilan lima juta. Karena, yang berpenghasilan sepuluh juta itu boleh jadi tidak meraih ketenangan, sehingga - katakanlah - bila anaknya sakit, ia cepat-cepat membawanya ke dokter dan memberikannya obat. Sedangkan yang mendapat rejeki materil hanya lima juta, bila disertai dengan rejeki spirituil, boleh jadi dia membeli untuk anaknya salah satu obat di kedai obat dan sembuh. Jika kecemasan berlarut-larut, maka rejeki materil yang diperoleh pada akhirnya akan sangat berkurang, bahkan lebih kurang daripada yang tadinya hanya memperoleh setengah penghasilannya. Demikian, Wallahu a'lam.

Islam telah menetapkan satu prinsip yang jelas berkaitan sesuatu kerja yang boleh dikategorikan sebagai ibadat. Imam Ghazali dalam kitabnya Ikhya' Ulumuddin menjelaskan bahawa setiap pekerjaan itu hendaklah menepati ciri-ciri berikut iaiatu:

1. Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjung perintah Allah;

2. Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah dengan syariat Allah S.W.T;

3. Kerja yang dilakukan adalah dengan bersungguh-sungguh dan tidak memudaratkan; dan

4. Kerja tersebut tidak menghalang daripada menunaikan syariat Allah S.W.T. seperti solat, puasa dan sebagainya.


Dalam memenuhi syarat untuk menjadikan kerja sebagai satu ibadat seterusnya ialah setiap pekerjaan perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kerja yang dilakukan dapat memenuhi kehendak pelanggan dan dapat meningkatkan produktiviti serta memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan.


Setiap pekerja perlu berusaha dengan sebaik mungkin dan sedia menghadapi segala karenah dengan bersikap sabar, tekun, berwawasan dan seumpamanya. Adalah merupakan satu kesalahan jika kerja yang diamanahkan dibuat sambil lewa. Islam begitu tegas berkaitan kerja secara bersungguh-sungguh ini sehingga dijelaskan oleh Nabi S.A.W :


"Sesungguhnya Allah S.W.T. suka apabila seseorang diantara kamu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh"
(Riwayat At-Tabrani)

Tuesday, March 17, 2009

Thursday, February 26, 2009

CONTOH-CONTOH PERMAINAN BAHASA

Radio Ajaib
Objektif: Melatih pelajar mendengar dan mengenalpasti.
Bahan: Rakaman suara binatang, fenomena alam, perbualan dan lain-lain.
Cara bermain: Berkumpulan

Langkah:
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Anda kemudiannya memperdengarkan bunyi dari rakaman anda. (persediaan yang
rapi diperlukan).
3. Anda meminta kumpulan tertentu menjawab / meneka secara bergilir.
4. Kumpulan yang berjaya meneka bunyi yang gagal diteka kumpulan lawan akan
mendapat markah bonus.

Nota:
􀁸 Anda boleh mempelbagaikan rakaman. Susunan rakaman mestilah daripada mudah
kepada sukar seperti daripada bunyi suara binatang kemudian fenomena alam,
suasana sekolah dan diakhiri dengan perbualan.


Membentuk Perkataan

Objektif: Supaya pelajar mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang
diberi.
Bahan: Kad yang mengandungi huruf tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan

Langkah:
1. Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan ejaannya.
2. Mereka dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya membentuk
perkataan yang betul ejaannya.
3. Peruntukan masa tertentu untuk setiap soalan yang diberi.


Nota:
􀁸 Cara yang sama juga boleh digunakan untuk permainan membentuk ayat. Dalam
permainan ini anda perlu menyediakan kad-kad yang mengandungi perkataan untuk
disusun membentuk ayat yang betul.
􀁸 Untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar, anda boleh memperuntukkan masa
yang singkat dalam satu-satu soalan. Keadaan ini juga boleh menambahkan lagi
tarikan dan keseronokan pelajar.


Permainan Teka Lukisan/Lakaran

Objektif : Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik
Bahan: Kertas dan Pensel
Cara bermain: Kelas/Berkumpulan

Langkah:
1. Pelajar duduk ditempat atau di dalam kumpulan masing-masing.
2. Anda akan melukis sesuatu objek sambil meminta pelajar anda meneka apakah
objek yang sedang anda lukis. Pertanyaan anda perlu dilakukan berdasarkan
peringkat lukisan atau lakaran.
3. Kumpulan yang paling banyak dapat meneka dengan tepat dikira pemenang.
4. Aktiviti melukis ini pula diikuti
oleh wakil kumpulan masing-masing manakala
kumpulan lawan membuat tekaan.



Pemainan Telefon Rosak

Objektif: Membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu dan
menyampaikannya kepada rakan dengan tepat.
Bahan: Kad yang mengandungi ayat tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan.
Langkah:
1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai
bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap
kumpulan.
3. Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang
perlu diingati.
4. Ketua kumpulan tersebut
5. Ketua kumpulan perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada orang
kedua dan orang kedua pula membisikkan kepada orang ketiga dan seterusnya
kepada orang terakhir.
6. Pelajar terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari melalui bisikan
tersebut.
7. Laporan maklumat kumpulan yang tepat akan dianggap pemenang.




Permainan Kotak Beracun

Objektif: Melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab soalan.
Bahan: Kotak, radio (sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi soalan.
Cara bermain: Kumpulan/Kelas.
Langkah:
1. Permainan ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan.
2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Pelajar akan meyerahkan kotak
tersebut kepada rakan sebelahnya dan begirulah seterusnya.
3. Apabila muzik dihentikan, pelajar yang terakhir yang memegang kotak itu akan
didenda.
4. Pelajar yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas yang
mengandungi soalan (denda), pelajar dikehendaki membaca denda itu dengan kuat.
5. Pelajar yang didenda akan melakonkan / menjawab soalan.
6. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula.
7. Seperti pusingan pertama, apabila mizik diberhentikan, pelajar terakhir yang
memegang kotak itu akan dikenakan denda mengikut arahan yang terdapat pada
lipatan kertas yang terdapat di dalam kotak tersebut.

Permainan Fikir dan Nyatakan

Objektif: Memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir
Bahan: Pen (marker/kapur), papan tulis, beberapa perkataan.
Cara bermain: Kumpulan
Langkah:
1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan yang
dibahagikan perlu mempunyai bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan huruf yang
hendak diteka. Contoh:- ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ (􀏥􀏮􀏤􀏠􀎴􀏤􀏟􀎍)
3. Selepas itu, pelajar-pelajar perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang perlu
diisi pada ruang kosong tersebut. Kumpulan yang silap meneka akan dikenakan
hukuman dimana guru akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala,
diikuti badan, tangan, dan akhir sekali kaki bagi setiap kesalahan teka yang mereka
lakukan.
4. Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi tersebut dikira tewas.
Nota:
􀁸 Anda boleh menjalankan permainan ini secara berpusingan mengikut peruntukan
masa yang dihadkan.


Permainan Teka Lakonan

Objektif: Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik
Bahan: Kertas arahan (sampul)
Cara bermain: Kelas/berkumpulan
Langkah:
1. Pelajar duduk di tempat masing-masing.
2. Anda perlu membuat satu lakonan.
3. Pelajar diminta meneka apa yang dilakonkan oleh anda.
4. Kemudian anda perlu memilih seorang pelajar membuat lakonan berdasarkan
arahan dalam sampul yang dipilih.
5. Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut.
6. Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan kumpulan.
Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil kumpulan lain.
7. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka.

Pengelolaan Permainan Bahasa

(a) Secara Berkumpulan
Anda boleh melaksanakan permainan bahasa menerusi pembentukan kumpulankumpulan
yang kecil. Bilangan empat hingga enam orang pemain dalam satu
kumpulan sudah memadai. Anda perlu teliti dalam menentukan bilangan ahli dalam
sesebuah kumpulan kerana ia memainkan peranan dalam menentukan kelancaran
permainan. Jika bilangan pelajar di dalam kelas anda terlalu ramai, anda hendaklah
membahagikan pelajar ke dalam banyak kumpulan. Keadaan ini mungkin kurang
selesa. Walau bagaimanapun, jika keadaan ini tidak dielakkan, permainan bahasa
bolehlah digantikan dengan jenis permainan yang tidak memerlukan terlalu banyak
gerak kerja menulis. Sebagai alternatif, anda boleh membawa pelajar anda keluar
kelas untuk meneruskan permainan.
Sebelum anda memulakan satu permainan yang baru secara kumpulan, anda
perlulah:
(i) Jelaskan kepada pelajar apakah jenis permainan yang hendak dimainkan itu.
(ii) Adakan tunjuk ajar atau demonstrasi. Dalam hal ini sebahagian daripada
pelajar boleh diminta membantu guru.
(iii) Arahan-arahan boleh ditulis di papan hitam, jika pelajar sudah boleh menulis,
membaca dan memahaminya.
(b) Secara Berpasangan
Permainan secara berpasangan boleh memberi lebih banyak peluang latihan
mendengar dan bertutur. Biasanya, permainan secara berpasangan tidak banyak
meninbulkan masalah jika dibandingkan dengan permaianan secara kumpulan. Anda
boleh mengawal pelajar anda dengan mudah.
(c) Secara Individu
Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya
dilakukan bagi pelajar yang pintar, cergas serta telah menghabiskan tugasan yang
diberikan oleh guru dalam sesuatu masa yang tertentu. Dalam situasi begini, pelajar
berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Jika tidak dapat
menyelesaikannya. Pelajar boleh merujuk kepada anda untuk mendapatkan petunjuk
dan panduan.

Objektif Permainan Bahasa

(a) Merangsangkan Interaksi Verbal Pelajar
Dalam permainan yang anda pilih, para pelajar akan diminta bercakap dan
mempraktikkan ungkapan-ungkapan tertentu. Di samping itu, mereka juga diminta
memberikan kerjasama. Permainan perlulah melibatkan pelajar sepenuhnya secara
aktif.Anda perlu mewujudkan kesedaran dikalangan pelajar anda bahawa mereka
merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu dan pada bila-bila masa
sahaja mereka akan diminta untuk bercakap. Tiada seorang pun daripada mereka
dibenarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya mereka harus menggunakan
peluang tersebut untuk berkomunikasi sesama mereka. Kesedaran seperti ini akan
memberi peluang kepada anda menghasilkan satu suasana pembelajaran yang
menarik dan berorientasikan pelajar. Anda hanya bertindak sebagai fasilitator dan
menjaga disiplin kelas.
(b) Menambah Kefasihan dan Keyakinan
Permainan yang dipilih perlulah bertujuan untuk mengingatkan kefasihan berbahasa
serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan dalam sesuatu
permainan itu tidak harus terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Fungsi
bahasa boleh melibatkan semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza.
Permainan yang mengandungi kegiatan-kegiatan memberi arahan umpamanya
boleh dimainkan pada semua peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa dan
kefasihan tertentu para pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila
berhadapan dengan permainan-permainan yang mencabar. Secara tidak langsung
mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang
dipelajari. Peranan anda adalah sebagai pemaklumat bahasa. anda harus bersedia
memenuhi keperluan para pelajar dalam permainan tersebut, terutama dalam
konteks kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa dan sinteks.
(c) Bertindak sebagai Alat yang Dapat Mengikis Rasa Bosan
Merasa bosan adalah fitrah semua guru. Begitu juga pelajar, mereka akan menjadi
bosan, mengantuk dan lapar apatah lagi apabila menjelangnya tengahari. Jika dalam
suasana ini anda cuba sampaikan suatu yang berbentuk pengetahuan tatabahasa
atau aspek berbahasa yang lain, ia akan mewujudkan suasana yang melesukan.
Sebagai altenatif, anda bolehlah menjadikan aktivi permainan sebagai satu teknik
pembelajaran.


(d) Bertindak sebagai Alat Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan
Dalam pengajaran bahasa, permainan yang anda jalankan hendaklah sebagai agen
aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Segelintit pelajar anda mungkin
menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran serta hafalan. Kelemahan ini
dapat diatasi sedikit demi sedikit dengan melibatkan mereka kedalam aktiviti-aktiviti
permainan yang dirancangkan.

Sunday, February 22, 2009


الاسم : أمينة صدقي
المدرسة : الابتدائية
السنة : الأولى
التاريخ : 20/2/2009
الوقت : 8.00 - 8.30صباحا
المادة : اللغة العربية الاتصالية
الموضوع : الأدوات المنزلية
المعلومات السابقة : قد عرف الطلاب الأدوات المنزلية باللغة الأم والإنجليزية .
نتاج التعلم : في آخر الحصة يتمكن التلاميذ من

المستوى الأول : ذكر الكلمات من الأشياء الموجودة في غرفة النوم بعدالاستماع إلى قراءة المعلم
المستوى الثاني : قراءة بطاقات الكلمات المعروضة قراءة صحيحة .
المستوى الثالث : نسخ الكلمات على السبورة نسخا صحيحا .
مهارة التفكير : التوفيق بين الكلمات والصور.
التركيز على المهارة : القراءة والكتابة
الترابط والتكامل : القواعد العربية
الربط بالمواد الأخرى: العلوم الشرعية ( أخلاق )
ربط الدرس بالقيم الاسلامية / المحمودة : حث التلاميذ على تعلم اللغة العربية
والاعتزاز بها باعتبار أنها لغة القرآن ولغة الاتصال العالمية.
الوسائل المعينة : شريط مسجل – بطاقة ومضية – لوحة ملفوفة مكتوبة عليها نص
الحوار.