Sunday, December 28, 2008

BUDAYA lepak malam

Saya tertarik dengan rencana oleh Awang Selamat dalamMingguan Malaysia 28/12/2008. Saya amat menyokong saranan beliau supaya kerajaan cuba melihat semula isu budaya lepak malam di restoran.

Saya berpengalaman menjadi guru sekolah menengah selama hampir 15 tahun. Dari pengamatan saya, rata-rata pelajar yg lemah pelajaran dan lemah disiplin datangnya dari keluarga yg ketiadaan bapa (dlm erti kata bukan semua yg tiada bapa akan lemah pelajarannya kerana penulis juga ketiadaan bapa sejak dari darjah 1 lagi). Jika tiada bapa di rumah kerana bertugas seperti pemandu bas ekspress, pemandu lori, pengawal keselamatan dan sebagainya kemudian ditambah pula dengan kelembutan dan ketidak tegasan ibu, maka amat mudah utk jadi seperti gejala di atas(walau pun ada juga segelintir yg cemerlang walau pun keadaan sebagaimana di atas). Maka itu, jika bapa bukan dari kalangan di atas, sebaliknya "ada" di rumah maka biarlah "ada" nya betul-betul ada. Janganlah pula ada tapi berada di kedai kopi. Pengalaman saya, bila seorang bapa suka melepak di kedai kopi di waktu malam maka si pelajar tadi juga akan "keluar malam" sebaik sahaja bapanya keluar dan akan balik sebelum bapanya balik.

Penyakit "berjalan malam" ini akan membawa petaka dalam dunia pembelajaran seorang pelajar. Percayalah, perbezaan amat ketara di antara prestasi pelajar yang "berjalan malam" dengan pelajar yang "tidak berjalan malam". Jalankanlah kajian jika tidak percaya.

Macam mana seorang bapa boleh membentuk anaknya belajar dan menyiapkan kerja sekolah jika dia sendiri tiada di rumah di waktu malam. Inilah juga di antara punca anak-anak muda melayu sekarang agak keterlaluan dalam akhlak dan pencapaian akademiknya. Renunglah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment