Saturday, January 9, 2010

Hijrah: Diantara Keazam, Kepercayaan Dan Kejayaaan

Maal Hijrah tiba lagi. Setiap tahun umat Islam diajak untuk bersama-sama mengimbau kembali ,sejarah peristiwa yang membentuk dua era iaitu pra dan pasca hijratul rasul. Peristiwa ini penting kerana membentuk tempoh transisi dari dakwah secara sulit kepada dakwah secara terang-terangan, fokus agama dalam akidah dan ibadah kepada muamalah siasah dan jinayah, dari dakwah kepada kaum kerabat kepada dakwah untuk kominiti yang lebih besar dari era dicela kepada era terbela. Hijrah telah membentuk dakwah Rasulullah kepada dua period. Ini bererti hidup kita juga mesti hendaklah dirancang dan diatur kepada period-period tertentu yang setiap satunya mempunyai aturan dan target tersendiri. Sebagai contoh, seseorang itu perlulah membahagikan usianya kepada era mencari ilmu, bekerja, berkahwin, berumah tangga dan sebagainya dengan target dan aturan tertentu.


Dalam menentukan aturan dan target ini, setiap insan tidak boleh hanya menerima apa yang ada dan terus-menerus dengan indoktrinasi sedia ada. Kita mesti menyemai sepenuh keyakinan dan kepercayaan bahawa kita mampu dan kita boleh mencapai apa yang kita aturkan. Jika tidak begitu, manakan boleh Islam telah berjaya membentuk sebuah negara selepas peristiwa hijratul rasul. Dengan hijrah ini, umat Islam di kala itu telah memperoleh satu kekuatan baru, percaya kepada diri sendiri dan yakin dengan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah. Jika umat Islam di kala itu terus dengan kelemahan, kehinaan dan indoktrinasi sedia ada sebagaimana yang diwarisi di tanah Mekah tentu sekali Islam tidak mampu memenuhi dua pertiga muka bumi ini sebagaimana sebagaimana sekarang.


Contoh mudah dalam konteks ini ialah gajah dengan rantainya. Dia boleh memutuskan rantai yang diikat di kakinya dengan belalai yang kuat itu tetapi tidak dilakukan kerana semasa kecil ia telah berulang kali mencubanya namun tidak berjaya. Ibunya juga begitu, terus patuh kepada gembala walaupun badannya besar dan mampu untuk memutuskan kerana telah diindoktrinasikan bhw ia tidak boleh.




Contoh yang amat baik untuk kita lihat adalah keyakinan Sultan Muhammad al-Fateh untuk membuka Kota Constantinople. Baginda yakin dengan janji Nabi Muhammad yang bermaksud Kota Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang ketua (Islam) yang baik, tentera yang baik dan mempunyai rakyat yang baik.


Dengan keyakinan itu baginda merancang sejak remaja lagi, dengan fasa-fasanya tersendiri untuk membentuk diri menjadi pemimpin yang baikentera yang baik dan memeimpin rakyat yang baik. Semuanya di atur dengan penuh strategi berbekalkan semanngat 'Yakin Boleh" kerana Rasulullah telah berjanji dengan kejayaan itu untuk umat Islam. Akhirnya Baginda berjaya walau pun dengan penantian selama 800 tahun.


Adakah kita umat Islam akan terus dengan indoktrinasi sedemikian. Tentu sekali tidak dan tidak dan tidak boleh. Oleh itu marilah kita mengubah nasib kita dan umat kita. Marilah kita mengambil iktibar dari hijrah dengan keluar dari kepompong sedia ada, membentuk azam dan kepercayaan baru bahawa kita boleh.

No comments:

Post a Comment