Friday, January 29, 2010

PETUA MENGHINDARI GANGGUAN DALAM TIDUR DARI KITAB 101 DOA DARI HADIS2 SAHIH

Antara petua yang sering diabaikan bagi golongan yang sering didatangi oleh mimpi buruk adalah beramal dgn doa ini. أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِوَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِMaksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku) Keterangan & Petua Beramalالرؤيا الصالحة من الله والحلم من الشياطين فإذا رأى أحدكم ما يجبفلا يحدث به إلا من يحب الحديثMaksudnya : Nabi saw bersabda , yang bermaksud : “Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi (buruk) adalah dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya. Bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:a) Meludah ke kirinya, tiga kali b) Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali c) Membalikkan tubuh ( mengubah posisi) d) Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain. e) Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu . Menurut majalah Reader’s Digest edisi Julai 2006, berdasarkan kajian saintifik seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif .Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah : 1. Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.2. Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.3. Cuba bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.4. Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur. 5. Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.6. Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.7. Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula. - Petikan dari Ust Zahzan

Friday, January 22, 2010

Elakkan Melawat Kawasan Tinggalan Kaum Yang Pernah Di Azab Allah

PADA ada suatu hari, Rasulullah dan para pengikutnya telah bermusafir untuk menghadapi Perang Tabuk. Sebelum meneruskan perjalanan, mereka singgah di suatu tempat untuk beristirehat.
Sambil beristirehat, para sahabat berjalan-jalan menuju ke satu longgokan batu-batan. Batu-batan itu adalah kesan peninggalan kaum Tsamud pada zaman Nabi Saleh.
Ketika melalui kawasan tersebut, mereka menjumpai beberapa buah perigi. Perigi-perigi itu pernah digunakan oleh kaum Tsamud sebagai sumber minuman dan ternakan mereka.
Lalu para sahabat mengambil air dari perigi itu untuk menghilangkan dahaga. Mereka juga menggunakan air tersebut untuk mengadun roti.
Apabila Rasulullah mengetahui tentang perkara tersebut, baginda melarang mereka menggunakan air itu. Baginda juga menyuruh para sahabat supaya membuang adunan roti itu untuk dijadikan makanan unta.
Kemudian Rasulullah mengajak pengikutnya berpindah ke perigi yang pernah digunakan oleh unta Nabi Saleh. Walau bagaimanapun, baginda melarang mereka memasuki wilayah kaum Tsamud yang telah diazab oleh Allah suatu ketika dahulu.
Baginda bersabda, "Aku khuatir kalau kamu akan ditimpa azab seperti yang pernah menimpa kaum Tsamud. Oleh itu janganlah kamu masuk ke wilayah mereka".
Baginda juga bersabda, "Jangan kamu menjejakkan kaki ke tempat orang-orang yang pernah diseksa, kecuali kamu menangis. Sekiranya kamu tidak boleh menangis, jangan sekali-kali kamu menjejakkan kaki ke sana jika tidak ingin ditimpa bencana seperti yang mereka alami".
Lalu baginda menyeru pengikut-pengikutnya supaya mengerjakan solat berjemaah.
"Kami berasa takjub dengan mereka, wahai Rasulullah," kata salah seorang sahabat apabila mereka melihat kawasan tersebut.
Lalu Rasulullah pun berkata, "Kamu mahu aku tunjukkan sesuatu yang lebih mengagumkan daripada itu?
Perkara itu ialah apabila salah seorang daripada kamu menyampaikan berita kepada kamu tentang peristiwa yang terjadi sebelum dan selepas kamu. Oleh itu, luruskan dirimu dan rapatkan barisanmu nescaya kamu tidak akan diazab walau sedikitpun kelak".
Pengikut-pengikut Rasulullah akur dengan arahan baginda dan mereka mengerjakan solat berjemaah bersama baginda.
Ada sesetengah riwayat menerangkan ketika Rasulullah melintasi kawasan tersebut, baginda menundukkan kepala dan mempercepatkan langkahnya. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana.

Tuesday, January 19, 2010

Kebetulan.....

Renungkan.. 27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha, 18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah, 25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas, 01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi, 26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW, 02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus, 28-06-2010 Jumaat Hari Wesak, 05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali, 10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri, 01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan, 15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari; Kepada semua kenalanku..sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi MUHAMMAD SAW bahawa hari khiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT...sama2lah kita berdoa,beristigfar memohon keampunan dan keredhoan daripada ALLAH SWT.. renungan bersama..

Saturday, January 9, 2010

Hijrah: Diantara Keazam, Kepercayaan Dan Kejayaaan

Maal Hijrah tiba lagi. Setiap tahun umat Islam diajak untuk bersama-sama mengimbau kembali ,sejarah peristiwa yang membentuk dua era iaitu pra dan pasca hijratul rasul. Peristiwa ini penting kerana membentuk tempoh transisi dari dakwah secara sulit kepada dakwah secara terang-terangan, fokus agama dalam akidah dan ibadah kepada muamalah siasah dan jinayah, dari dakwah kepada kaum kerabat kepada dakwah untuk kominiti yang lebih besar dari era dicela kepada era terbela. Hijrah telah membentuk dakwah Rasulullah kepada dua period. Ini bererti hidup kita juga mesti hendaklah dirancang dan diatur kepada period-period tertentu yang setiap satunya mempunyai aturan dan target tersendiri. Sebagai contoh, seseorang itu perlulah membahagikan usianya kepada era mencari ilmu, bekerja, berkahwin, berumah tangga dan sebagainya dengan target dan aturan tertentu.


Dalam menentukan aturan dan target ini, setiap insan tidak boleh hanya menerima apa yang ada dan terus-menerus dengan indoktrinasi sedia ada. Kita mesti menyemai sepenuh keyakinan dan kepercayaan bahawa kita mampu dan kita boleh mencapai apa yang kita aturkan. Jika tidak begitu, manakan boleh Islam telah berjaya membentuk sebuah negara selepas peristiwa hijratul rasul. Dengan hijrah ini, umat Islam di kala itu telah memperoleh satu kekuatan baru, percaya kepada diri sendiri dan yakin dengan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah. Jika umat Islam di kala itu terus dengan kelemahan, kehinaan dan indoktrinasi sedia ada sebagaimana yang diwarisi di tanah Mekah tentu sekali Islam tidak mampu memenuhi dua pertiga muka bumi ini sebagaimana sebagaimana sekarang.


Contoh mudah dalam konteks ini ialah gajah dengan rantainya. Dia boleh memutuskan rantai yang diikat di kakinya dengan belalai yang kuat itu tetapi tidak dilakukan kerana semasa kecil ia telah berulang kali mencubanya namun tidak berjaya. Ibunya juga begitu, terus patuh kepada gembala walaupun badannya besar dan mampu untuk memutuskan kerana telah diindoktrinasikan bhw ia tidak boleh.




Contoh yang amat baik untuk kita lihat adalah keyakinan Sultan Muhammad al-Fateh untuk membuka Kota Constantinople. Baginda yakin dengan janji Nabi Muhammad yang bermaksud Kota Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang ketua (Islam) yang baik, tentera yang baik dan mempunyai rakyat yang baik.


Dengan keyakinan itu baginda merancang sejak remaja lagi, dengan fasa-fasanya tersendiri untuk membentuk diri menjadi pemimpin yang baikentera yang baik dan memeimpin rakyat yang baik. Semuanya di atur dengan penuh strategi berbekalkan semanngat 'Yakin Boleh" kerana Rasulullah telah berjanji dengan kejayaan itu untuk umat Islam. Akhirnya Baginda berjaya walau pun dengan penantian selama 800 tahun.


Adakah kita umat Islam akan terus dengan indoktrinasi sedemikian. Tentu sekali tidak dan tidak dan tidak boleh. Oleh itu marilah kita mengubah nasib kita dan umat kita. Marilah kita mengambil iktibar dari hijrah dengan keluar dari kepompong sedia ada, membentuk azam dan kepercayaan baru bahawa kita boleh.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT MEMULAKAN SESI PENGAJIAN 2010

Selamat meneruskan pengajian untuk semua yang masih mengaji secara formal. PISMP P.Islam ke Sem. 7, KDC KPLI memasuki sesi praktikum, PPISMP P.Islam memasuki Sem. 2 Persediaan. Anak-anak di bangku sekolah, selamat memasuki penggal pertama 2010. Semoga maju jaya.

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Hebat !. Itulah yang bleh dikatakan untuk sambuatn tahun baru 2010. Tapi sehebat mana kita semua msayarakat Islam menyambut ketibaan tahun hijrah !. Sekian dimaklumkan.