Friday, September 18, 2009

Juadah Aidilfitri dan Halal Haram kandungannya

Assalamualaikum,

Dalam kesibukan menyediakan juadah hari raya dengan berbagai-bagai resipi dan ramuan, sangat elok jika kita turut sama meneliti kandungan bahan-bahan yang digunakan. Apabila kita membeli kotak-kotak baking powder, perisa, tepung dan sebagainya amat baik untuk kita meneliti ruang ingredients yang tertera di bahagian luar bungkusan atau kotak-kotaknya sama ada ia mengandungi makanan-makanan yang terlarang oleh umat Islam. Jika timbul perasaan was was tentang halal haram khususnya berkaitan dengan lemak-lemak haiwan dan sebagainya, eloklah dirujuk kepada laman web-laman web tertentu yang dapat memberi penjelasan tentangnya seperti laman web JAKIM, laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (www.muslimconsumer.org.my), CAP dan sebagainya. Kita tidak mahu masyarakat kita hanya seronok berhari raya dan tidak pernah terfikir tentang halal haram ramauan-ramuan yang dimasukkan dalam hidangan kuih-kuih raya khususnya kuih-kuih raya moden yang diadun dari berbagai-bagai butter, self raising powder, baking powder dan sebagainya. Janganlah kita hanya berfikiran bahawa makanan-makanan haram itu hanya dalam bentuk daging babi dan arak sahaja tetapi apa yang lebih penting dan meluas kini, ia disebar kepada umat Islam dalam bentuk ekstrak, campuran alkohol dalam perisa dan sebagainya. Sekian.

No comments:

Post a Comment