Saturday, November 21, 2009

Ahli Sunnah Wa al-Jamaah.

Assalamualaikum.

Bising satu Malaysia pasal Ahlu Sunnah Wa al-Jamaah. Wahabi, beragama tanpa mazahab dan sebagainya. Sebenarnya perkara ini sudah lama berputar dalam kehidupan muslim di Malaysia, cuma mungkin ianya dalam "penjenamaan yang berbeza" seperti "kaum muda, kaum tua, golongan pondok, muslim moderate" dan seumpamanya.

Sebenarnya, bagi memudahkan pemahaman, saya kategorikan fahaman ini kepada dua atau tiga sahaja iaitu pertama, yang berpegang dengan amalan tradisi di nusantara yang menerima pakai amalan tahlil arwah, tunggu kubur, selawat berdiri dan berjamaah, solat teman dan seumpamanya. Kelompok kedua pula menolak amalan-amalan sedemikian dan mengambil serta menerima pakai amalan-amalan (ibadat) yang di perkenalkan oleh Rasulullah sahaja secara terpilih.

Cuma sedikit perubahan kini kerana kelihatan seolah-olah muncul kumpulan yang lebih rigid dari kumpulan kedua tadi iaitu menambah lagi penolakan mereka terhadap berbagai-bagai perkara-perkara yang masih boleh diterima oleh kumpulan kedua.

Ada di kalangan kita sekarang ini menerima pakai keharusan untuk menjamakkan solat w/pun jarak perjalanan tidak sampai dua marhalah, menerima pakai Mazhab Hanbali dengan mengatakan tidak batal wudhu w/pun bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita dalam keadaan biasa, wirid selepas solat dengan senyap, tidak membaca qunut dlm solat subuh dan sebagainya. (berada dalam kumpulan yang berlainan)

Pendapat ketiga ini kelihatan lebih bercampur-campur antara mazhab dan inilah sebahagiannya menggelar diri mereka "tidak mazhab".

Pihak berkuasa agama di Malaysia dilihat agak keberatan untuk mengizinkan suasana ini terus berleluasa dlm masyarakat kerana dibimbangi nanti akan membawa perpecahan masyarakat. Mana-mana ustaz yang menyampaikan kuliah agama yang mempunyai unsur-unsur di atas dinasihati agar berpaksikan Mazhab Shafie dalam kuliah mereka agar perpecahan itu tidak semakin melebar.

Nyata dari realti yang ada, pemikiran kedua dan ketiga di atas tidak boleh dikembangkan bukan kerana ianya salah tetapi kerana tidak sesuai dan tidak serasi dengan amalan setempat sahaja.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sendiri memperakui bahawa "Wahabi itu tidak difatwakan sebagai ajaran sesat dan ia diamalkan di Arab Saudi. Imam-imam Masjidil Haram pun Wahabi, kalau mereka dihukum sesat, habislah kita.


Dari sini timbul beberapa persoalan yang sering diperkatakan orang :

1. Sampai bila masyarakat kita tidak boleh didedahkan dengan pendapat-pendapat dari mazhab lain. Kalau dikatakan pemikiran masyarakat kita masih belum sampai ke tahap itu, ya tetapi sebahagian sahaja. Sebahagian lagi sudah mampu berfikir di luar dari kotak pemikiran lama.

2. Siapa itu ahli sunnah wa al-jamaah. Jika dikatakan ahli sunnah wal jamaah itu ialah orang yang mengikut sunnah, siapa sebenarnya yg mengikut sunnah dalam hal ini.

3. Sering kedengaran, " kita tak ikut mazhab syafie , kerana kita pengikut "ahli sunnah wal jamaah". Persoalannya adakah mazahab-mazhab lain itu bukan ahli sunnah wal jamaah.

4. Berbaloi ke umat Islam bertegang dalam hal ini (fiqh ibadat) sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlukan perhatian kita bersama, khususnya dalam aplikasi hukum syariah (muamalat, jenayah, siasah dll) dalam kehidupan masyarakat.

Setahu saya ahli sunnah wal jamaah ini adalah mazhab dalam aqidah, bukan mazhab dalam ibadah. (Maafkan saya jika silap) Ahli sunnah wa al-jamaah menolak fahaman Qadariah, Jabariah, Muktazilah, Syiah dan sebagainya. Hari ini, khususnya di negara-negara lain mereka disebut "puak sunni"

Wallahuaklam, sekadar menulis dengan ilmu yg amat sedikit.

No comments:

Post a Comment