Thursday, October 9, 2008

wananuar

Laporan akhbar tempatan baru-baru ini mendedahkan bahawa remaja Amerika Syarikat yang menonton televisyen pada hari biasa akan menunjukkan prestasi buruk di sekolah berbanding mereka yang tidak menonton pada hari berkenaan, tetapi menonton pada hujung minggu memberi kesan lebih negatif terhadap kerja sekolah mereka.
Kajian terhadap 4,508 pelajar sekolah menengah berumur antara sembilan hingga 15 tahun juga mendapati kerja sekolah terjejas di kalangan mereka yang dibenarkan menonton rancangan dewasa, filem dan rangkaian kabel membabitkan program dewasa.
Data sokongan mendapati ibu bapa yang membataskan televisyen pada hari biasa dan masa permainan video kurang daripada sejam dan menyekat media dewasa dengan membataskan pendedahan terhadap rangkaian filem kabel dan filem dewasa serta video.
Pelajar yang tidak menonton televisyen ketika hari biasa, separuh menunjukkan kecemerlangan di sekolah, demikian menurut kajian terbaru yang dibuat oleh Dr Iman Sharif dari Kolej Perubatan Albert Einstein di Bronx, New York.
Sejak beberapa tahun yang lalu CAP telah menyuarakan kesan TV terhadap perkembangan anak-anak kita lebih-lebih lagi Akademi Pediatrik Amerika sendiri menggesa supaya diharamkan televisyen bagi kanak-kanak di bawah usia dua tahun.
Menonton TV boleh menjadikan kanak-kanak kurang cerdik kerana TV mampu membunuh IQ, membekukan otak, menyekat kreativiti, menghalang daripada berfikir secara mendalam, mencuri masa, mengganggu tidur, merampas waktu bermain dan banyak keburukan lagi.
Beberapa kajian mendapati menonton televisyen lebih berbahaya dan berpotensi merosakkan otak kanak-kanak yang sedang membesar berbanding apa yang dipaparkan di televisyen.
Menghabiskan banyak masa di depan televisyen menjadikan sukar untuk kanak-kanak belajar membaca, memberikan tumpuan yang berterusan dan cemerlang dalam peperiksaan di sekolah.

3 comments:

  1. masyarakat kita sakit jiwa,gelisah,resah,serabut dan macam2 lagi..
    sebab itu mereka diubati dgn pelbagai hiburan bagi menghilang 'sakit2'itu. antara ubatan penghilang sepi sunyi>>> JOM HEBOH sebelum ni SURE HEBOH!!
    itulah cara pemimpin negara islam hadhari memberi ubat penawarnya!

    ReplyDelete
  2. salam...
    uztaz tak nak buat kajian ke kanapa kelas PA selalu datang lambat????

    ReplyDelete
  3. kenapa ye.. menarik juga.cuba bagi hint sikit. saya juga tertanya2

    ReplyDelete