Thursday, February 26, 2009

CONTOH-CONTOH PERMAINAN BAHASA

Radio Ajaib
Objektif: Melatih pelajar mendengar dan mengenalpasti.
Bahan: Rakaman suara binatang, fenomena alam, perbualan dan lain-lain.
Cara bermain: Berkumpulan

Langkah:
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Anda kemudiannya memperdengarkan bunyi dari rakaman anda. (persediaan yang
rapi diperlukan).
3. Anda meminta kumpulan tertentu menjawab / meneka secara bergilir.
4. Kumpulan yang berjaya meneka bunyi yang gagal diteka kumpulan lawan akan
mendapat markah bonus.

Nota:
�� Anda boleh mempelbagaikan rakaman. Susunan rakaman mestilah daripada mudah
kepada sukar seperti daripada bunyi suara binatang kemudian fenomena alam,
suasana sekolah dan diakhiri dengan perbualan.


Membentuk Perkataan

Objektif: Supaya pelajar mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang
diberi.
Bahan: Kad yang mengandungi huruf tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan

Langkah:
1. Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan ejaannya.
2. Mereka dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya membentuk
perkataan yang betul ejaannya.
3. Peruntukan masa tertentu untuk setiap soalan yang diberi.


Nota:
�� Cara yang sama juga boleh digunakan untuk permainan membentuk ayat. Dalam
permainan ini anda perlu menyediakan kad-kad yang mengandungi perkataan untuk
disusun membentuk ayat yang betul.
�� Untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar, anda boleh memperuntukkan masa
yang singkat dalam satu-satu soalan. Keadaan ini juga boleh menambahkan lagi
tarikan dan keseronokan pelajar.


Permainan Teka Lukisan/Lakaran

Objektif : Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik
Bahan: Kertas dan Pensel
Cara bermain: Kelas/Berkumpulan

Langkah:
1. Pelajar duduk ditempat atau di dalam kumpulan masing-masing.
2. Anda akan melukis sesuatu objek sambil meminta pelajar anda meneka apakah
objek yang sedang anda lukis. Pertanyaan anda perlu dilakukan berdasarkan
peringkat lukisan atau lakaran.
3. Kumpulan yang paling banyak dapat meneka dengan tepat dikira pemenang.
4. Aktiviti melukis ini pula diikuti
oleh wakil kumpulan masing-masing manakala
kumpulan lawan membuat tekaan.



Pemainan Telefon Rosak

Objektif: Membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu dan
menyampaikannya kepada rakan dengan tepat.
Bahan: Kad yang mengandungi ayat tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan.
Langkah:
1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai
bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap
kumpulan.
3. Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang
perlu diingati.
4. Ketua kumpulan tersebut
5. Ketua kumpulan perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada orang
kedua dan orang kedua pula membisikkan kepada orang ketiga dan seterusnya
kepada orang terakhir.
6. Pelajar terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari melalui bisikan
tersebut.
7. Laporan maklumat kumpulan yang tepat akan dianggap pemenang.




Permainan Kotak Beracun

Objektif: Melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab soalan.
Bahan: Kotak, radio (sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi soalan.
Cara bermain: Kumpulan/Kelas.
Langkah:
1. Permainan ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan.
2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Pelajar akan meyerahkan kotak
tersebut kepada rakan sebelahnya dan begirulah seterusnya.
3. Apabila muzik dihentikan, pelajar yang terakhir yang memegang kotak itu akan
didenda.
4. Pelajar yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas yang
mengandungi soalan (denda), pelajar dikehendaki membaca denda itu dengan kuat.
5. Pelajar yang didenda akan melakonkan / menjawab soalan.
6. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula.
7. Seperti pusingan pertama, apabila mizik diberhentikan, pelajar terakhir yang
memegang kotak itu akan dikenakan denda mengikut arahan yang terdapat pada
lipatan kertas yang terdapat di dalam kotak tersebut.

Permainan Fikir dan Nyatakan

Objektif: Memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir
Bahan: Pen (marker/kapur), papan tulis, beberapa perkataan.
Cara bermain: Kumpulan
Langkah:
1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan yang
dibahagikan perlu mempunyai bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan huruf yang
hendak diteka. Contoh:- ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ (����������������)
3. Selepas itu, pelajar-pelajar perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang perlu
diisi pada ruang kosong tersebut. Kumpulan yang silap meneka akan dikenakan
hukuman dimana guru akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala,
diikuti badan, tangan, dan akhir sekali kaki bagi setiap kesalahan teka yang mereka
lakukan.
4. Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi tersebut dikira tewas.
Nota:
�� Anda boleh menjalankan permainan ini secara berpusingan mengikut peruntukan
masa yang dihadkan.


Permainan Teka Lakonan

Objektif: Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik
Bahan: Kertas arahan (sampul)
Cara bermain: Kelas/berkumpulan
Langkah:
1. Pelajar duduk di tempat masing-masing.
2. Anda perlu membuat satu lakonan.
3. Pelajar diminta meneka apa yang dilakonkan oleh anda.
4. Kemudian anda perlu memilih seorang pelajar membuat lakonan berdasarkan
arahan dalam sampul yang dipilih.
5. Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut.
6. Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan kumpulan.
Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil kumpulan lain.
7. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka.

40 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Ustaz ana nak mintak bahan ini untuk ana buat assingment end applykan dalam P&P ana, syukran.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. nk mintak izin untuk ambil nota ini..nota ini amat berguna..terima kasih

    ReplyDelete
  3. assalamualaikun...saya juga nak mintak bahan ini utk assignment....harap tuan halalkan

    ReplyDelete
  4. Boleh saja, saya dpt pahala sama dgn org yg menggunakannya. -WAY

    ReplyDelete
  5. salam..panduan yg baik.. saya nk pinjam gak idea ni.. nk wat permainn untuk warga emas .. tens..

    ReplyDelete
  6. saya pn...syukran..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...izinkan saya amik bahan2 ini yer...terima kasih

    ReplyDelete
  8. Salam..sy pn mintak izin untuk amik bhn ni.tq

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum.minta izin utk dijadikan bahan pengajaran.syukran akhi

    ReplyDelete
  10. ASSALAMUALAIKUM USTAZ SAYA PUN MAHU AMBIK BAHAN NI UNTUK AJAK MURID-MURID.K TRM KASIH

    ReplyDelete
  11. sy amik wat rjukan ye..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum....mohon izin utk aplikasi kt murid2. t.kasih.

    ReplyDelete
  13. salam... ustaz.. saya student ustaz di ipkb... mohon halalkan bahan ni ye... sy guna untuk PBS.. sy kene ganti kleas... syukran...

    ReplyDelete
  14. as salam, ustaz..saya mtk dihalalkn utk gunakan nota ustaz ni semasa sy tgh m'ajar ni...syukran

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum. us, minta izin copy bahan utk p&p sekolah

    ReplyDelete
  16. salam...sy ciplak gak ni ustaz harap dihalalkan dunia akhirat:)tqvm

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..sangat berguna...mohon untuk ambil bagi P&P di dalam kelas saya ..terima kasih

    ReplyDelete
  18. nak kongsi jgk la..
    untuk jawi..

    game ni nama de "A(alif),W(wau)Y(ya')=AWY BISU"..

    - caranya guru teka perkataan kepada murid,sebut huruf tp xblh sebut huruf alif,wau dan ya..

    - alif diganti dengan angkat tgn kanan,wau diganti dgn angkat tgn kiri,ya diganti dgn pegang dagu..

    - contohnya: AYAM (dlm jawi Alif,Ya',Mim)
    guru angkat tgn kanan(alif),pegang dagu(ya') dan sebut mim..

    ulang 2x pastu bg ms utk murid jwb..
    lg best kalau byk alif,wau dan ya'..

    ce cuba ce cuba..msti ank murid akn seronok..insyaAllah

    p/s: blh jgk guna utk subjek BM dan BI..

    sama jgk tp guru xleh sebut AEIOU, A gnti dgn angkat tgn knan,E angkat tgn kiri,I pgg mata,O pgg mulut,U tnjuk pd murid..

    contoh: House
    guru sebut H-O(pgg mulut)-U(tnjuk murid)-S-E(angkt tgn kiri)

    contoh: Lembu
    guru sebut L-E(angkt tgn kiri)-M-B-U(tnjuk murid)

    selamat mencuba

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum wbt...dan salam ziarah..ustaz,,ana mohon izin utk menggunakan CONTOH2 PERMAINAN BAHASA utk proses P & P ana ye ustaz...syukran jaziilan..moga Allah merahmati usaha ustaz..aamiin

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum wbt..

    mohon izin untuk buat rujukan.
    terima kasih..

    ReplyDelete
  21. ustaz, saya minta izin juga untuk ambil permainan bahasa ni untuk assignment.

    ReplyDelete
  22. salam us,.. mohon share yer tuk kegunaan pnp dlm kelas,... syukran jazilan...

    ReplyDelete
  23. Salam. mohon share yer. aktiviti dalam kelas. syukran.juga utk cikgujaat yer, mohon share. :)

    ReplyDelete
  24. terima kasih,mohon digunakan untuk praktikum

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,

    Ustaz, bahan-bahan ini amat baik untuk menjana minda kreatif pelajar di samping menambah minat mereka mempelajari bahasa Arab. Saya memohon menggunakan bahan ini untuk pnp saya. syukran jazilan.

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum. sy nak minta kongsi utk sy gunakan dlm program permainan bahasa di sekolah saya. terima kasih banyak di atas ilmu yg sgt berharga ni.. ;)

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum..mohon share untuk pnp..syukran.

    ReplyDelete
  28. minta izin dari ustaz megunakan hasil kerja ini,terima kasih

    ReplyDelete
  29. uztaz, minta izin menggunakan hasil nota ini. terima kasih

    ReplyDelete
  30. salam ustaz..mohon share bahan nie..syukran..

    ReplyDelete
  31. salam ustaz..minta izin nak guna maklumat untuk praktikum.jazakallah khairul jaza`

    ReplyDelete
  32. salam ustaz, izinkan sy menggunakan idea ustaz ni utk p&p saya...syukran jazilan.

    ReplyDelete
  33. assalam....mohon share...semoga mendapat rahmat diatas perkongsian ilmu ini...

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah...telah lama saya mencari permainan2 bahasa arab untuk saya gunakan di dalam pembelajaran saya di sekolah.terima kasih di atas idea yang menarik ini.Moga Allah merahmati & memberkati usaha ustaz ini.

    ReplyDelete
  35. Assalamjualaikum..mintak izin guna note nie, sgt b,guna..syukran..

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum ustaz, izinkan saya share utk anak2 murid saya. Terima kasih.

    ReplyDelete