Thursday, February 26, 2009

Objektif Permainan Bahasa

(a) Merangsangkan Interaksi Verbal Pelajar
Dalam permainan yang anda pilih, para pelajar akan diminta bercakap dan
mempraktikkan ungkapan-ungkapan tertentu. Di samping itu, mereka juga diminta
memberikan kerjasama. Permainan perlulah melibatkan pelajar sepenuhnya secara
aktif.Anda perlu mewujudkan kesedaran dikalangan pelajar anda bahawa mereka
merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu dan pada bila-bila masa
sahaja mereka akan diminta untuk bercakap. Tiada seorang pun daripada mereka
dibenarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya mereka harus menggunakan
peluang tersebut untuk berkomunikasi sesama mereka. Kesedaran seperti ini akan
memberi peluang kepada anda menghasilkan satu suasana pembelajaran yang
menarik dan berorientasikan pelajar. Anda hanya bertindak sebagai fasilitator dan
menjaga disiplin kelas.
(b) Menambah Kefasihan dan Keyakinan
Permainan yang dipilih perlulah bertujuan untuk mengingatkan kefasihan berbahasa
serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan dalam sesuatu
permainan itu tidak harus terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Fungsi
bahasa boleh melibatkan semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza.
Permainan yang mengandungi kegiatan-kegiatan memberi arahan umpamanya
boleh dimainkan pada semua peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa dan
kefasihan tertentu para pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila
berhadapan dengan permainan-permainan yang mencabar. Secara tidak langsung
mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang
dipelajari. Peranan anda adalah sebagai pemaklumat bahasa. anda harus bersedia
memenuhi keperluan para pelajar dalam permainan tersebut, terutama dalam
konteks kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa dan sinteks.
(c) Bertindak sebagai Alat yang Dapat Mengikis Rasa Bosan
Merasa bosan adalah fitrah semua guru. Begitu juga pelajar, mereka akan menjadi
bosan, mengantuk dan lapar apatah lagi apabila menjelangnya tengahari. Jika dalam
suasana ini anda cuba sampaikan suatu yang berbentuk pengetahuan tatabahasa
atau aspek berbahasa yang lain, ia akan mewujudkan suasana yang melesukan.
Sebagai altenatif, anda bolehlah menjadikan aktivi permainan sebagai satu teknik
pembelajaran.


(d) Bertindak sebagai Alat Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan
Dalam pengajaran bahasa, permainan yang anda jalankan hendaklah sebagai agen
aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Segelintit pelajar anda mungkin
menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran serta hafalan. Kelemahan ini
dapat diatasi sedikit demi sedikit dengan melibatkan mereka kedalam aktiviti-aktiviti
permainan yang dirancangkan.

1 comment:

  1. salam...boleh tahu tak, maklumat ni daripada mana?

    ReplyDelete