Thursday, February 26, 2009

Pengelolaan Permainan Bahasa

(a) Secara Berkumpulan
Anda boleh melaksanakan permainan bahasa menerusi pembentukan kumpulankumpulan
yang kecil. Bilangan empat hingga enam orang pemain dalam satu
kumpulan sudah memadai. Anda perlu teliti dalam menentukan bilangan ahli dalam
sesebuah kumpulan kerana ia memainkan peranan dalam menentukan kelancaran
permainan. Jika bilangan pelajar di dalam kelas anda terlalu ramai, anda hendaklah
membahagikan pelajar ke dalam banyak kumpulan. Keadaan ini mungkin kurang
selesa. Walau bagaimanapun, jika keadaan ini tidak dielakkan, permainan bahasa
bolehlah digantikan dengan jenis permainan yang tidak memerlukan terlalu banyak
gerak kerja menulis. Sebagai alternatif, anda boleh membawa pelajar anda keluar
kelas untuk meneruskan permainan.
Sebelum anda memulakan satu permainan yang baru secara kumpulan, anda
perlulah:
(i) Jelaskan kepada pelajar apakah jenis permainan yang hendak dimainkan itu.
(ii) Adakan tunjuk ajar atau demonstrasi. Dalam hal ini sebahagian daripada
pelajar boleh diminta membantu guru.
(iii) Arahan-arahan boleh ditulis di papan hitam, jika pelajar sudah boleh menulis,
membaca dan memahaminya.
(b) Secara Berpasangan
Permainan secara berpasangan boleh memberi lebih banyak peluang latihan
mendengar dan bertutur. Biasanya, permainan secara berpasangan tidak banyak
meninbulkan masalah jika dibandingkan dengan permaianan secara kumpulan. Anda
boleh mengawal pelajar anda dengan mudah.
(c) Secara Individu
Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya
dilakukan bagi pelajar yang pintar, cergas serta telah menghabiskan tugasan yang
diberikan oleh guru dalam sesuatu masa yang tertentu. Dalam situasi begini, pelajar
berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Jika tidak dapat
menyelesaikannya. Pelajar boleh merujuk kepada anda untuk mendapatkan petunjuk
dan panduan.

No comments:

Post a Comment