Sunday, May 31, 2009

NILAI MASA

AMATILAH PARA SAHABAT DAN ORANG TERDAHULU MENJAGA MASA

Sabda Rasulullah SAW:"Dua nikmat yang kebanyakan manusia kerugian besar iaitu kesihatan dan kelapangan.

Para sahabat merupakan sebaik-baik generasi yang memahami konsep menghargai nilai masa.Pernah mereka berkata:"Diantara tanda-tanda kemurkaan Allah ialah menghabiskan masa tanpa faedah.Masa ialah pedang,jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu".

Mereka seringkali membuat reformasi dalam menyayangi masa.Hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.Mereka berkata:"Barang siapa yang keadaan hari ini sama seperti semalam,dia adalah orang yang tertipu dan barang siapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam,maka ia adalah orang yang dilaknat".

Hassan Al basri berkata:"Wahai anak Adam!Sebenarnya umur engkau adalah hari-hari yang boleh dihitung.Bila hilangnya satu hari,maka bererti hilanglah sebahagian daripada umur engkau.Dan apabila hilangnya sebahagian daripada umur engkau maka hampirlah kamu kepada kehilangan sedangkan kamu menyedarinya maka beramallah.

NILAI MASA BAGI PARA ULAMA

Salah seorang ulama bernama Abu Wafa' bin Akil Alhanbali pernah berkata "Sesungguhnya tidak halal bagi diriku menyia-nyiakan masa walaupun sesaat dari umurku.Andainya lidahku berhenti dari bermuzakarah atau berbicara sesuatu permasalahan dan mataku berhenti daripada menatap kitab maka aku akan pergunakan fikiranku pula semasa berehat.Aku tidak akan bangun kecuali telah terlintas dihatiku apa yang telah aku gariskan.Sesungguhnya penghayatan ilmu pengetahuanku ketika merumur 80 tahun lebih kuat dari penghayatan ilmuku ketika aku berumur 20 tahun

Mengikut sebahagian ulama' beliau telah mengarang kitab Al-Funun sebanyak 800 jilid ,

No comments:

Post a Comment