Wednesday, December 9, 2009

Beban Guru

Pihak KPM menjawab keluhan guru dengan menyatakan bahawa guru perlu menerima hakikat bahawa beban menulis buku rekod mengajar, menyemak buku latihan pelajar adalah sebahagian tugas guru. Kalau itulah yang dimaksudkan beban tugas guru, tidaklah guru merungut kerana memang mereka sedar itu tugas hakiki mereka.

Apa yang mereka sifatkan beban itu ialah kerja kerja lain. Suka saya menarik perhatian kpd pengalaman saya. Bila hampir tiba musim peperiksaan, saya terpaksa bertugas sebagai buruh mengatur kerusi meja peperiksaan jika pelajar sudah tiada atau pulang. Jika mereka ada, bolehlah minta tolong mereka siapkan, itu pun "serak dan pedih tekak" untuk mengendalikan mereka. Tukar mentol lampu jika ada yang tidak berfungsi dengan baik. Jika ada kerosakan major, amat susah untuk meminta pekerja sekolah membantu. Semua pihak saling tolak menolak untuk meminta tolong mereka agar tidak "terhutang budi" dengan pekerja, kena belanja makan.Pekerja pun satu hal, jika tak belanja makan, mereka kata kedekut kerana dirasainya ini bukan tugas dia. Tugas dia hanya tugas yg rutin dia lakukan shj. Kebersihan bilik peperiksaan dan kelengkapannya seperti pembesar suara dan seumpamanya perlu disediakan sendiri.

Bila tiba musim sukan, guru-guru dilihat bertungkus lumus membuat "line" di padang samada pagi mahu pun petang. Minyak hitam utk buat line, cari sendiri, muat dlm kereta sendiri. Kadang-kadang memesin sendiri rumput di lokasi gelanggang. Alasannya, pekerja sudah ada kerja rutinnya, tak sempat nak buat kerja-kerja berkala ini.

Bagi guru agama pula, kebersihan surau sekolah kena jaga sendiri, kena cuci karpet dengan vacum cleaner sendiri atas alasan bukan tugas pekerja untuk jaga premis khas ini. Dengan kata lain "coverage" mereka tidak termasuk dlm hal-hal kebersihan surau. Kolah air sembahyang kena pakat-pakat dengan pelajar utk mencucinya. Saya pernah bawa peralatan sendiri utk membaiki kemudahan surau kerana makluman saya kpd pihak atasan sering dilupai. Panjat tangki air sendiri utk baiki sistem bekalan air dan sistem pembesar suara dan sebagainya.



Pada satu peristiwa, seingat saya seorang guru sains disindir oleh pihak atas kerana "Taman Sains" yang diletakkan di bawah pengurusan makmal sains naik rumput panjang Apalah cikgu tu boleh buat,kerana pekerja sekolah tidak mesin rumput itu. Terpaksalah guru tu "merumput" sendiri pagi tu.



Suatu ketika dulu saya turun dari rumah jam 4 pagi. Untuk apa, semata-mata kerana nak nyalakan api dapur utk masak bubur asyura bersama beberapa org rakan setugas.13 kawah asyura nak dimasak kerana pihak atas nak buat pertandingan.Kalau ditanya utk apa ini semua, jawabnya demi pendidikan. Terfikir saya, org kerja bank, org kerja hospital, org kerja pejabat imigresen,,kastam ada ke semua ini. Di mana nak letak kerja utama mereka jika sentiasa menyibuk dengan kerja sebegini. Tapi kalau utk guru ,maka keluarlah madah... cubalah kerja dengan ikhlas, demi pelanggan kita, anak didik kita. Kenapa pekerja bank tak dikata begini " alahai dah jam 4.30 bank dah tutup !, buka lah lagi, ikhlaslah, demi pelanggan kita". Di mans nak letak tugas utama kita kalau sentiasa menyibukkan diri dengan tugas yg entah berantah ini.

bersambung....

2 comments:

  1. masa praktikum pn ada gak guru cite pasal keje yang sepatutnye pentadbiran wat tapi diserahkan sebulat2 pd cg...

    ReplyDelete
  2. mmm gitulah. di sekolah, staff sokongan hanya bantu urusan pejabat shj.urusan di luar pejabat diangap semuanya tugas guru, malah urusan pejabat pun guru yg kena buat. Lihatlah asal usul kerjaya guru dlm sejarah perguruan di Malaysia.Hingga kini btk-btk kerja itu masih blm byk perubah. Lambat sungguh, sebab ia berkaitan dgn kewangan dsbg.

    ReplyDelete