Wednesday, December 9, 2009

Cuti Dan Tugas

Setiap kali tiba musim cuti sekolah, kesibukan dalam menjalankan kelas-kelas toturial semakin meningkat. Peningkatan tersebut dirasai berganda pada tahun ini kerana kemasukan lebih banyak pelajar melalui berbagai-bagai program latihan perguruan. Kesan langsung daripada kepelbagaian itu maka makin bertambahlah sesi-sesi toturial yang perlu diselesaikan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Selain dari sesi-sesi toturial yang bersimpang-siur itu, sesi mesyuarat dan bengkel pernyiapan dokumen MQA juga turut sama merebut masa dan meraih tenaga yang ada. Habis tamat persiapan akhir datang lagi persiapan akhir yang lain. Sudah berapa kali 'akhir' dah, namun masih tak siap-siap. Pada satu keadaan, keluar rumah dalam suasana hari masih gelap, jam 11 malam masih berada di pejabat demi akreditasi anak-anak PISMP. Dikatakan ini adalah persiapan terakhir, rupanya datang lagi yang lagi akhir. Buatlah lagi kami yang entah berapa kali 'akhir' ini buat kesekian kalinya. Semoga ia betul-betul akhir. Namun apa yang dirasai ialah apabila ia sudah dibuat berulang-ulang kali dan diubah serta diminta secara mengejut, dokumen-dokumen yang disediakan selama ini telah ber'tukar-takir' dan 'bercampur-gaul' tak tahu mana yang latest mana yang tidak, maka mutu dokumen yang disediakan tidaklah sangat memuaskan hati.

Bagi kelas-kelas toturial pula, saya cukup berhati-hati agar tidak mahu ada mana-mana bahagian yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh pelajar tidak sempat membincangkan sehingga menjejaskan mutu praktikum yang akan pelajar lalui. Dari pengalaman lepas, dapat saya simpulkan bahawa tertinggalnya beberapa aspek dalam toturial menyebabkan seperti penulisan hasil pembelajaran, pengukuhan dan penulisan jurnal tidak dapat disedia dan dilaksanakan dengan baik oleh pelajar. Untuk membetulkan keadaan ini, beberapa sesi lawatan yang memakan masa berminggu-minggu perlu diisi dengan melatih pelajar membetulkan keadaan yang kurang memuaskan itu. Masa dan tenaga akan kerugian dan kita akan terkejar-kejar di saat-saat akhir.

Selesai sesi toturial ini, suatu 'family holiday' perlu dijayakan agar segala ketegangan, stress dan tension dapat 'dikendurkan'. Insya-Allah, Johor Bharu menjadi destinasi. Disana nanti, kita 'menziarahi' Danga Bay, Pantai Mersing, Kota Tinggi, Pontian dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment